Sunday, 31 August 2014

Disini lahirnya sebuah cinta..!

Assalamua'laikum... 

Salam hari kemerdekaan buat semua! 




Tuesday, 26 August 2014

Pekerja asing Kilang JCY Kulaijaya Mengamuk!

Assalamualaikum...

Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor

Petang-petang ni Nurul terima whatsapp dari kawan, siap dengan gambar sekali.. urmm.. melihat gambar-gambar tu pun mengerikan Nurul, apalagi kalau Nurul berada ditempat kejadian.Kawan whatsapp menasihatkan supaya mengelak dari melalui jalan raya area Kelapa Sawit, Kulai, Johor kerana pekerja asing di kilang JCY HDD Technology Sdn. Bhd. merusuh.


Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor


Menurut sumber berkenaan, pekerja asing merusuh sebagai tanda protes atas layanan yang mereka terima selama ini. Mereka mendakwa dipukul dengan tangan, kaki dan kayu sekiranya melakukan kesalahan sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan sama, dipaksa untuk melakukan kerja lebih masa 4jam tetapi hanya dibayar untuk 2jam.

Bertimbang-rasa sesama manusia tanpa mengira darjat, warna kulit, saling memahami dan menghormati kejadian seumpama ini pasti dapat dielakkan.

Lagi gambar-gambar ditempat kejadian.


Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor

Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor

Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor

Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor

Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor

Rusuhan pekerja asing di kilang JCY Kulai Johor


Info lanjut bole klik sini : Utusan Online

Friday, 22 August 2014

Khasiat buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma

Assalamua'laikum...

Pagi tadi seorang kawan datang desk Nurul, cakap pasal keja la memulanya.. entah macam mane bole pula dia tersangkut pasal buah zuriat.. terpinga-pinga Nurul sat... buah zuriat?? tak pernah dengar pon! dia kata mak mentua bawa balik dari Mekah, bagi 2 biji kat dia.. urmm.. kawan Nurul ni dah kawin dalam 5~6 tahun tapi belum dikurniakan zuriat.. Kawan ni mengeluh, akak ipar dia datang rumah, tolong kemas2 dapur, buah zuriat tu disangkakan buah ciku yang dah rosak/kering lalu dibuangnya ke dalam tong sampah.. adesss... esok pagi, lori sampah pun angkuttttt... selamattt...sob..sob..sob......


 Buah Zuriat?
Inilah rupa buah Zuriat tu atau Buah Adam/Hawa
Info lanjut sila klik imej untuk ke link asal

Nasib baiklah, seorang kawan bagi lagi 2biji buah ni.. macam tau-tauuuu je... Alhamdulillah, rezekiii.. menurut kawan, bila direbus, baunye seperti kelapa laut.. Nurul teruja dengan info baru ni, apalagi terus usha tenet. Buah Zuriat juga dikenali sebagai buah Adam atau buah Hawa, dikenali sebagai buah Doum di negara Arab digunakan sebagai persediaan herba untuk mengubati masalah kesuburan bagi kaum lelaki juga wanita. 

Rata-rata website yang bercerita tentang khasiat buah Zuriat ini amat baik untuk :

  • Darah tinggi / darah rendah
  • memperbaiki hormon
  • menambahkan kecergasan badan / bertenaga
  • melancarkan haid
  • membantu usaha untuk hamil 


 Buah Zuriat?
Ini cara penyediaannya.. 
Info lanjut sila klik imej ke link asal

Untuk hasil yang lebih baik/cepat, dicadangkan pengambilan Debunga Kurma untuk menguatkan rahim, mengurangkan risiko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani.


Serbuk Debunga Kurma
Serbuk Debunga Kurma
Sila klik Imej ke link yang berkaitan

Masa surf cari info buah ini, rata-rata harga yang ditawarkan antara  RM20 ~ RM30 untuk 2biji (perlu 2 biji setiapkali menggunakannya). Nurul surf juga untuk pembekal buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma yang menawarkan harga yang terbaik, Nurul jumpa kat satu website ni, klik link bawah tu, 100biji dengan harga RM270.. memang murah sangat la berbanding yang lain, Nurul try whatsapp empunya blog, response beliau seperti dibawah : 

Whatsapp pada 20/08/2014

Posting beliau untuk Buah Zuriat ni pada 15/12/13 tapi pada ruang komen masih aktif membalas setiap komen, latest response komen dari beliau 19/04/14 dan latest komen yang ditinggalkan 10/07/14.

Komen-komen yang ditinggalkan untuk Buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma ada juga yang berupa testimonial dengan result yang menggembirakan.. alhamdulillah :)


Akhirkata, kita mampu merancang namun Allah yang menentukan. Kita digalakkan berusaha dan setelah itu bertawakal. Allah sebaik-baiknya perancang... In shaa Allah.


Sharing is caring, caring is loving :)

MH17 dalam doa dan ingatan



"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali,
Ya Allah, berilah ganjaran kepadaku atas musibah yang menimpa ini,
dan gantikan untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya..."

Aamiin...

Rabu yang Bisu # 29

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system.
I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?



Signed,
Desperate Housewife







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Reply:


Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:

Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0, If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly. wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.


Good Luck,
IT Support



P/s: To be shared with our IT Support team


Penghuni baru rumah Nurul..

Assalamua'laikum...

Hehee.. pun boleeee :D
Kucing punya cerita ni :) Honestly, Nurul ni bukanlah pencinta kucing bukan juga pembenci kucing ok.. hehe.. biasa2 je.. masih terselit juga simpati dan rasa kecomelan tu bila nampak kucing lapar atau anak2 kucing comel..


Sapalah mengganggu pagi ku ini...
*gitulah agaknye dalam fikiran anak2 kucing ni.. hehee
Bermula dengan kedatangan seekor kucing kat umah Nurul..urmm.... dalam pertengahan tahun lalu gitu, sampai la ni dah memang duduk kat umah Nurul.. Kucing ni selalu tidur di beranda luar atau atas loteng rumah. Seingat-ingat Nurul, ni masuk kali ke-4 atau ke-5 kucing tu beranak, semua anak takde kekal sampai besar.. paling lama pun dalam 4~5 bulan gitulah, Kesian juga kat mak kucing, seksa beranak, kejap je anak-anak hilang pula.. memang rasa kepelikan sangat kat situ, mana pegi anak dia eaaa? orang amik ke? entah laa.. x-file! 

Tengok kepalanye tu.. semua arah samaaa... haha.. lucu!

Pagi tadi nak berangkat gi keje, nampak anak-anak kucing ni beratur cantikkk je tidur atas kayu sofa kat beranda luar.. sofanya dibawa masuk dalam rumah sebab tanak bagi hujan... mak dia dah meow-moew minta makan masa Nurul kuar pintu.. ye laa.. kejap lagi nak bagi anak2 dia ni nenen kannn.. gemuk-gemuk montel anak-anak kucing ni.. 

urmm..Anak kucing 4 ekor ni tak tau la sampai berapa lama pula ade kat umah Nurul.. selagi ada ni, amik la pic, bole buat kenangan :D



Tuesday, 19 August 2014

Fullmoon cake..!

Assalamua'laikum...

Hari ni murah rezeki, Salah seorang exec kat department berjiran dengan kita ni, babynya fullmoon.. urmm... padanpun lama tak nampak Amoi cun tu.. tengah maternity leave rupanya.. tak sedar-sedar dan sebulan pun, tu yang dapat Fullmoon cake ni.. ishh...isshhh Nurul... betapa tak pekanya ekau ni.. tapi bab makan nak ajeee.. hahhaa.. maafkan saya.. perangai yang tak elok untuk dicontohi :p 

Yang ni kotak untuk department we all..

Comel2nya kek ni kannn.. rasa cam tak sampai hati nak gigit..

oleh kerana terlalu 'kecomelan' dengan kek ni, zoom depan lagi..
Buruk perangai kau Nurul! haha

Seperti yang diduga, colleague Nurul ni tak heran dengan kek-kek comel ni, al-maklum semuanya jejaka-jejaka macho.... yang gugurl cuma Nurul dengan sorang lagi tu.. we all la yang belasah.. oopss.. behave Nurul! heheee..

Gugurl kannn.. so pilih yg ini.. hehee :p
 =
Lepas mamam yang gugurl kek, mam yang ini plak.. nak kasi balance balik..
kata Engineering kenalah keras sikit.. erkkkkk..Doremon?? keras ke? wahahhaa :p

Terimakasih kerana melayan entry perasan Nurul sampai kesini.. 
Have a great day! :D


Friday, 15 August 2014

Kuaci Togel!

Assalamua'laikum ...

Haha.. mesti pelik je baca tajuk tu kan? hehee.. Nurul ni bole dikatakan hantu kuaci juga.. sekarang ni je dah kurangkan.. kesian kat bibir asik mengelupas je terkena kulit kuaci tu..masin kan.. gigi pun boleh rosak juga kalau selalu buka kulit kuaci dengan gigi.. tak pasal-pasal kena pakai braces nanti..

Sebelum tu Nurul jadi seperti burung.. kuaci manjang.. Kalau burung lumba makan dengan Nurul, burung pun nangis rasanye... hahaha.. begitu tragis!


Kuaci Togel!
Ihsan Google Images
Kuaci Togel!
Ihsan Google Images


Kini tidak lagi! Inilah dia penyelamat ketagihan kuaci! Kuaci togel siap makan..... sedap pun sedap.. kat area Nurul ni dijual dengan harga MYR1.60 sepaket keluaran Tong Garden...

Sesiapa yang menghadapi ketagihan kuaci serupa Nurul bole la mencari produk ni.. :)



Kuaci Togel!



Kuaci Togel!




Thursday, 14 August 2014

SEGMEN: BLOGLIST OGOS 2014 BY PERMATABIRU

Assalamua'alaikum.. 
Meh la join simple segmen ni^^

Segmen Bloglist Oogos 2014 by permatabiru.html

Tarikh Tutup : 14 Sept 2014 Jam 12 Tengahari

Croc shoes!?

Assalamua'laikum... 

Seorang kawan menunjukkan gambar kasut ni, dapat dari fesbuk dan berminat nak order, kalau Nurul berminat boleh la order sekali katanya, kat situ tertulis jenama Croc berharga cuma MYR48 sepasang plus postage MYR10(semenanjung)....urmm macam murah.. ye la, kata jenama Croc hehee..

Meh kita cuci mata dulu.. :)
  





Lovely! feminin sangat combination color tu kann..memang tertarik sangat-sangat, tapi ada dua perkara yang buat Nurul terfikir-fikir..

Pertama, Nurul surf punya surf tak jumpa pic Croc shoes dengan design macam ni.. ataukah Nurul yang terlepas pandang (tolong betulkan)

Keduanya, ada pula tulisan cina pada dua gambar kasut tu, ada perasaan risau sikit dengan kualitinya, ingat tak dulu.. kita pernah digemparkan dengan slipper buatan China? 



Further info bole layari sini : Bahaya Selipar Buatan China

Ini antara dilema yang kita hadapi bila berbelanja online, ada keadaan dimana kita sukaaaa sangat, rasa cam nak klik-klik je tapi perasaan risau menghalang kita dari meneruskan keinginan tu so pandai-pandailah kita manage perasaan kita dalam berbelanja ye :) 


Disclaimer : Posting ini tidak bermaksud mengatakan kasut diatas bukan buatan Croc ataupun buatan Negara China. Ia sekadar mengingatkan buruk baiknya berbelanja atas talian. Terimakasih.


Tuesday, 12 August 2014

Jom join segmen MEGA GIVEAWAY ANAK MERDEKA MALAYSIA!

Assalamua'laikum..

Nurul salah seorang sponsor... Hurry! :)

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

Monday, 4 August 2014

Marhaban datang lagi!

Assalamua'laikum..

Masih berada dibulan Syawal.. masih dalam mood raya :) seperti kebiasaan pada tahun-tahun lepas, taman Nurul duduk ni mengadakan Majlis Marhaban rumah ke rumah mengikut rumah yang menjemput. Marhaban sambil beraye bersama Jiran tetangga, diadakan masa weekdays, weekend aktiviti sendiri. Marhaban pertama Syawal ni telah diadakan pada 03/08/2014.. rumah pertama sekali dengan bacaan Yassin untuk ahli keluarga mereka yang meninggal awal bulan Ramadhan..


Bacaan Yassin
Marhaban... marhaban ya marhaban... :)

Bagi pendapat Nurul, aktiviti sebegini amat baik untuk saling mengenali dan beramah-mesra dengan jiran tetangga, untuk mereka yang bekerja seperti Nurul, masa untuk berbual dan mengenali jiran tetangga amat terhad sekali, dengan adanya aktiviti begini, walaupun cuma setahun sekali, dapat menjaga hubungan baik sesama jiran setaman, ada juga jiran dari taman kiri dan kanan menyertai sama, secara tak langsung, menambahkan lagi kawan-kawan.


Selepas mengadakan Marhaban, kita beraye dirumah yang menjemput, mengikut keikhlasan tuanrumah..
Marhaban pertama, kita disajikan dengan Nasi Beriani.. perghh.. memalam tu disajikan dengan set nasi beriani... hebat tak hebat... haha.. oye, marhaban kat taman Nurul ni start pukul 8 malam..


Nasi Beriani Daging/Ayam/Kambing

Mengeratkan juga hubungan sesama keluarga
Alaaa... comehnya akak dia ni... 

Dan yang paling penting sebenarnya, bukanlah terletak pada makanan atau apa yang disajikan tapi saling meghulurakan salam dan bermaafan diakhir majlis..


Sorang..sorang narr...tunggu giliran :)
Memohon ampun dan maaf

Mengikut pandangan mata Nurul ni, rata-rata yang datang untuk majlis marhaban ni adalah golongan lingkungan 45tahun dan keatas.. jarang kelihatan yang agak muda macam Nurul ni..(muda la sangat.. hahaa..)
Kalau ikut pada hati Nurul, memang rasa malas dan rasa 'tidak penting' untuk join majlis ni begitu menebal tapi kena lawan juga atas sebab-sebab yang Nurul sebutkan awal-awal entry ini.. urmm.. kalau ikutkan hati, duduk TV goyang kaki lagi best sesambil makan kuih raya.. uhukss.. tapi kita ni Hidup bermasyarakat, kenalah pandai membawa diri.. betul kan? :))