Kosmo! Online - Varia @ 8 Februari 2013
Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
MAHSURI (kiri) bersama Rozita sempena majlis Melangkah ke Gerbang Keemasan bersama Safi Rania Gold di Port Dickson baru-baru ini |
Itulah keistimewaan yang diperoleh sepanjang berlangsungnya majlis Melangkah ke Gerbang Keemasan bersama Safi Rania Gold.
Menurut Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman, sejak rangkaian produk Safi Rania Gold dilancarkan pada tahun 2009, sambutan pengguna terhadap produk kecantikan itu cukup menggalakkan.
Dalam tempoh tiga tahun, statistik jualan produk Safi Rania Gold menunjukkan peningkatan yang positif meskipun terpaksa bersaing dengan jenama tempatan dan antarabangsa yang lain.
“Paling membanggakan adalah apabila kajian oleh AC Nielson pada tahun lalu mendapati Serum Safi Rania Gold yang bertindak sebagai agen antipenuaan merupakan serum awet muda nombor satu di Malaysia. Ini antara pencapaian terbaik dan penghormatan bagi pihak Safi Rania Gold.
“Secara asasnya, produk Safi Rania Gold, dicipta untuk golongan wanita yang berusia antara 30 dan 40 tahun. Namun kini, remaja seawal usia 24 tahun pun sudah menggunakan produk Safi Rania Gold,” jelas Mahsuri kepada Kosmo!, baru-baru ini.
Tambah Mahsuri, Safi Rania Gold menjadi simbol perjalanan wanita moden yang mampu mengecapi kejayaan dan mengharungi cabaran dalam kehidupan mereka. Mereka memberikan yang terbaik buat keluarga dan kerjaya serta berazam untuk terus berjaya.
Formula diperkaya
Justeru, bagi memastikan kelompok wanita berterusan berusaha mencapai tahap cemerlang, di samping mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit, maka Safi melancarkan produk Safi Rania Gold terbaharu yang diperkaya dengan sebatian amino peptida.
Jelas Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Produk Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Eileen Tan, kombinasi nano emas 24k bersama amino peptida memberikan dwikuasa kehebatan emas pada kulit wajah. Ia membantu mengembalikan keanjalan kulit, tona kulit sekata, mengurangkan garisan kedutan dan melambatkan penuaan.
“Amino peptida juga bertindak meningkatkan sintesis kolagen dan menghasilkan kolagen I dan III pada wajah sebanyak dua kali ganda. Kedua-dua kolagen ini ialah sejenis kolagen yang wujud dalam dermis untuk membentuk gentian.
“Umum mengetahui apabila usia meningkat, kadar penghasilan dan keanjalan kolagen semakin berkurangan. Dengan adanya paduan nano emas 24k dengan amino peptida, maka ia boleh memaksimumkan penghasilan kolagen serta melindungi lapisan dalaman kulit daripada rosak,” kata Eileen.
Safi jenama halal
Sementara itu, duta Safi Rania Gold yang dilantik pada bulan April tahun lalu, Rozita Che Wan, menyifatkan keistimewaan dan keunikan produk berkenaan bukan saja terletak pada kandungan nano emas 24k dan amino peptida yang bermutu, malah produk itu juga disahkan halal.
“Jika diperhatikan, pada hari ini wanita Muslim mengimpikan wajah yang menawan dan bebas daripada masalah jerawat, pigmentasi serta garis-garis halus. Namun, dalam proses mencantikkan wajah ini, mereka mementingkan penggunaan produk yang halal dan suci. Maka, produk Safi Rania Gold pilihan yang tepat.
“Tambahan pula, produk terbaharu yang terdiri daripada pencuci wajah, skrub, krim pelembap siang, krim pelembap malam dan krim kecantikan ini mengandungi bahan tambahan iaitu amino peptida.
“Ia meresap jauh ke dalam kulit dan dalam tempoh dua minggu, pengguna dapat melihat hasil yang menakjubkan,” luah Rozita, 38, ibu kepada dua cahaya mata lelaki dan pelakon wanita popular di Malaysia.
Rangkaian produk Safi Rania Gold boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya utama di seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga antara RM8.90 hingga RM33.90.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Terimakasih meninggalkan jejak disini^^