Sunday, 17 March 2013

Idam kulit anjal


MyMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

Melihat wanita ini, hati berasa cemburu. Tampak tenang ketika menghirup secawan kopi, wajahnya kelihatan masih anjal.

Berusia lingkungan 50 tahun, namun wajahnya langsung tidak menunjukkan garis penuaan dan ton kulitnya juga agak sekata membuatkan ia kelihatan begitu elegan.
Malah, dengan bentuk badannya yang comel, memudahkan dia bergaya anggun walaupun hanya ketika menghabiskan masa menikmati sajian minum petang bersama rakan.

Memasang impian untuk menjadi seperti wanita tidak dikenali itu, sesiapa saja tanpa mengira lelaki mahupun wanita turut mengidamkan kulit anjal walaupun sudah memasuki zon usia emas.


Memahami serba sedikit mengenai kulit orang Asia yang mempunyai ciri-ciri tebal, anjal dan tahan lasak, ia tidak menjanjikan wajah anda terhindar daripada masalah kedutan.


Lazimnya, mereka menghadapi masalah hiper pigmentasi, parut dan mudah terkena jangkitan kerana memiliki lebih kelenjar serum.

Disebabkan itu, apabila seseorang wanita memasuki usia 40 tahun, mereka lebih prihatin terhadap penjagaan wajah apatah lagi kulit sudah mula menunjukkan garis halus dan kedutan berbanding sebelum ini.

Memahami kebimba–ngan wanita bukan saja di Asia malah seluruh dunia, jenama kecantikan Avon menampilkan produk terbarunya, Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment bagi membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit wajah.

Pengarah Serantau Kajian dan Penyelidikan Avon, Dr Zhi Lu berkata, rang–kaian terbaru itu diperkenalkan berdasarkan keperluan kulit yang diinginkan oleh wanita di seluruh dunia.

“Bukan hanya wanita Asia malah di negara lain turut mengalami proses penuaan yang sama tanpa mengira etnik. Namun, kita bertuah kerana tidak mengalami masalah kedutan yang dalam di bahagian dahi.

“Masalah garis penuaan orang Asia biasa dilihat dengan ketara di bahagian tepi mulut dan mata, biasanya terjadi kepada mereka yang gemar ketawa walaupun usia masih muda.

“Bukan itu saja, kemunculan garis kedutan berbeza mengikut usia. Justeru, produk antipenuaan harus digunakan mengikut keperluan jenis kulit individu itu sendiri,” katanya.

Majlis turut dihadiri pengacara televisyen, Maria Tunku Sabri dan penulis blog, Nani Rostam.

Menurut Ketua Pemasaran Komersil Avon, Aspalin Sirat, penemuan terbaru molekul antipenuaan yang digunakan adalah revolusi terkini dalam rejim penjagaan kulit.

“Selepas kejayaan luar biasa selama dua dekad dan lebih daripada enam rangkaian produk antipenuaan, kerjasama jenama ini dengan NeoStrata menemukan satu lagi revolusi terkini.

“Kali ini, saintis menemui molekul unik yang membuka rahsia untuk kelihatan lebih muda dalam jangka panjang,” katanya yang menyarankan supaya krim berkenaan dipakai bersama krim pelindung UV atau pelembap yang mengandungi SPF.

Produk yang menggunakan molekul inovatif A-F33 Amino-fill itu membantu menentang kedutan lebih baik berbanding asid glycolic, retinol dan CoQ10.

Penggunaannya membantu menyahaktif halangan kolagen kritikal dalam sel kulit agar kolagen yang tidak digunakan kembali aktif. 

Bagi duta Anew, Soo Wincci, jumlah krim yang sedikit diperlukan untuk disapu selepas menggunakan penyegar pada bahagian yang mempunyai garis kedutan terutama mata.

“Bagi mereka yang memiliki jenis kulit normal, pemakaiannya tidak perlu terlalu banyak berbanding kulit kering kerana akan mengakibatkan wajah kelihatan berminyak.

“Selain itu, jangan gosok wajah terlalu kasar kerana ia akan merosakkan kulit muka yang halus. Sebaliknya, gunakan kapas muka dan tekapkan pada wajah secara lembut,” katanya ketika berkongsi panduan memakai krim antipenuaan itu.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Terimakasih meninggalkan jejak disini^^