MyMetro Artikel ini disiarkan pada : 2010/12/08
KIRA-KIRA 70 peratus hingga 80 peratus komposisi protein dalam kulit, tulang, sendi, otot, rambut, kuku, rawan dan saluran darah diperbuat daripada kolagen.
Oleh itu, kolagen dianggap sebagai pati pemulih bagi kulit dan tulang. Bagaimanapun, apabila tubuh manusia mencapai umur 20 tahun, kolagen dalam tubuh akan berkurangan secara semula jadi lalu menyebabkan kulit nampak berumur, kasar, kusam serta berpigmen.
Masyarakat hari ini baik lelaki atau wanita memang prihatin soal kesihatan dan kecantikan.
Antara rahsia kulit terkini untuk kelihatan muda adalah pengenalan Avalon, kolagen ikan Jepun diperkenalkan Hi-Beau.
Menariknya, pemakanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan itu mudah diambil terus daripada bungkusan atau dicampur ke dalam minuman.
Kolagen ikan Jepun Avalon itu melalui proses kajian serta dibangunkan kepakaran Jepun yang menggabungkan bahan paling premium.
Ia diperbuat daripada kolagen ikan Jepun dengan berat molekul kurang daripada 3,000 Dalton iaitu satu rumusan yang direka khusus untuk mudah diserap tubuh manusia.
Kolagen terbabit membantu untuk memulih, menambah dan meningkatkan khasiat diperlukan badan dengan cepat dan selamat.
Ada tiga perisa buah-buahan lazat disediakan untuk rangkaian produk kolagen terbabit iaitu lemon, mangga dan beri biru bagi membantu menghasilkan kulit yang lebih anjal, muda serta sentiasa dalam keadaan baik.
Ia juga kaya dengan vitamin C, bahan antioksidan dan ciri antipenuaan. Untuk mereka yang mahu menjaga berat badan atau penghidap diabetes, ia juga sesuai kerana tidak mempunyai tambahan gula.
Produk ini turut menawarkan kemudahan kepada mereka yang sibuk. Ia didatangkan dalam bungkusan kecil 2,500 miligram yang boleh dimuatkan dalam beg tangan atau poket supaya boleh diambil pada bila-bila masa.
Diperkaya dengan bahan kompleks probiotik, kolagen ikan Jepun Avalon menjadi produk pertama di pasaran yang mengandungi gabungan bakteria baik yang berfungsi mengimbangi mikroflora usus dan membina semula sistem perut yang sihat.
Ia boleh didapati pada harga RM118 untuk pek 30 bungkusan. Produk ini dijual secara eksklusif di semua rangkaian kedai Watsons di seluruh negara mulai pertengahan November 2010.
Sumber
Ya.. betul sekali Ayie, itu merupakan petanda yang Wanita sekarang bukan sahaja mementingkan penampilan malah kesihatan^^
ReplyDeleteHaha.. ni mesti org tu siapkn awal2 kolagen campur oren dlm peti ais, mmg ade org tak dpt menelan Kolagen Asli semata2, a bit hanyir, terutama yang Gred AAA tu^^.. org tu Ayie ke? :P
ReplyDeleteThanks Ayie.. Sorry Nurul baru on9 ari ni
ReplyDeletePagi ni, Isnin 8/4/2013 br online.... Nurul mmg x expect langsung bole menang sebab penyertaan lain super da baboom.. Nurul punye pula..urmm.. so and so aje..rezeki Nurul kat GA pertama Nurul join kut.. ni yg buat semangat melonjak nk join GA lain pasni^^
ReplyDeleteKenangan yang amat manis^^ Thanks banyak2 Ayie..
Nurul dah tinggalkan details Nurul tadi..