Kenapa ayah begitu? Satu pertanyaan yang tidak mungkin mampu mendapat jawaban apatah lagi ayahnya itu sudah beberapa tahun meninggal dunia, walaupun semasa hayatnya, ingin sekali beliau tanyakan namun sebagai anak, beliau tidak terluah akan pertanyaan itu. Mungkin juga malu, rasa tak sopan, takut menyinggung perasaan, rendah diri atau tidak sanggup mendengar jawapan? Namun yang pasti, rasa hormat pada seorang ayah masih ada walaupun diperlakukan sebegitu gaya.
"Dulu, ayah pakcik bekerja di Singapura, dua minggu atau sebulan sekali beliau akan balik dan setiapkali balik, beliau pasti membawa buah-tangan, hanya untuk abang pakcik, biasanya baju atau seluar. Masa ayah pakcik pakaikan pada abang pakcik, pakcik menyelit dibelakang pintu sambil melihat, memang rasa sedih dan jauh hati sangat-sangat. Kadang-kadang, kalau ayah pakcik nampak, dia marah, apa tengok-tengok ni? pergi..! pergi...!.." rasa simpati begitu mendalam dalam hati.
Alhamdulillah, pakcik tersebut tidak berdendam dengan ayahnya, menganggap sebagai takdir namun akibat dari keadaan itu, hubungan beliau dengan keluarga terutama ayah dan abangnya, amat renggang sampailah sekarang ini. Siapa yang harus disalahkan?
Secara peribadi, langsung tidak terfikir untuk melakukan perkara sedemikian pada anak-anak. Anak adalah anugerah Allah, lahir dari darah-daging kita sendiri. Masing-masing lahir dengan kelebihan dan kekurangan. Disetiap kelebihan pasti terselit kekurangan dan dalam setiap kekurangan pasti ada kelebihan.
Hindarkanlah sikap pilih kasih antara anak-anak. Layanan kita akan meninggalkan kesan kejiwaan yang besar pada mereka.. Kasih yang kita beri, in shaa Allah kasih juga yang akan kita dapat. Mudah-mudahan dalam zaman serba maju sekarang ini, mentaliti kita juga semakin tinggi, bukan hanya pada material juga pada spiritual.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih meninggalkan jejak disini^^