Hari ini merupakan hari pertama sekolah selepas cuti sekolah pertengahan tahun. Awal pagi sudah kedengaran bising kereta lalu-lalang depan rumah, juga petanda esok pagi keadaan jalan-raya akan kembali sesak seperti selalu.
Sejak kerajaan Johor mengistiharkan pada awal tahun ni, cuti resmi hujung minggu untuk negeri Johor adalah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, kenduri kawin banyak diadakan pada hari Sabtu sebab hanya Sabtu pekerja kerajaan dan swasta cuti bersama.
Semalam Nurul menghadiri 3 jemputan majlis kawin. Jemputan yang terakhir agak istimewa sikit. Pelik tapi benar. Tengok pada photo bawah ni:
Apa yang anda lihat? |
Nurul bertanya pada mak pengantin, kenapa agaknya kereta itu tidak dialihkan. "Sejak semalam jiran sebelah rumah sudah diberitahu tapi dia sekadar kata..apa?.. Ooo..! Masa tu tengah nak pasang khemah, ingatkan dia nak alihkan pagi, sampai petang ni dia tak alihkan pun, takpelah.. Nak buat camne, dah depan rumah dia"
Inilah pertama seumur hidup melihat keadaan sebegini. So irritating..! Pentingkan diri sendiri! secara tak langsung ia mencerminkan hati dan keperibadian orang tersebut.
Sama-samalah kita menahan diri dari bersikap sebegini kerana ia hanya mengundang persepsi buruk dari jiran setempat dan orang yang datang dan memalukan diri sendiri sahaja.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih meninggalkan jejak disini^^