بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Siput Gonggong Masak Lada Hitam |
Assalamu'alaikum ..
Hari ni nak share resipi Siput Tarik Ekor atau juga dikenali sebagai Siput Gonggong masak lada hitam, resipi yang simple tapi sedap, bagi pencinta siput ni la..
Nurul tak bagi sukatan bahan-bahan terpulang pada citarasa memasing, kalau suka pedas letaklah cili padi lebih, begitu juga yang lain tu, adjust sendiri la ye :))
Bahan-bahan
Siput gonggong
Cili padi/cili besar (ikut tahap kepedasan memasing)
Daun bawang - potong kasar
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Sos lada hitam
Kicap manis secukup
Asam keping
Bawang merah besar - dihiris halus
Bawang putih - dihiris halus
Serai - diketuk
Lada hitam biji - ditumbuk halus
Air, minyak masak dan serbuk perasa secukupnya
Cara penyediaan
1. Panaskan periuk
2. Masukkan minyak masak
3. Masukkan bawang merah, bawah putih dan serai, tumis hingga keluar bau
4. Masukkan air
5. Masukkan semua jenis sos satu per satu termasuk kicap kacau sebati
6. Masukkan cili padi bersama asam keping
7. Masukkan siput gonggong
8. Kecilkan api, biar masak perlahan sambil sesekali dikacau-kacau
9. Selepas Siput masak, taburkan serbuk lada hitam, kacau sebati,
10. Rasa kuah.. kalau kurang tambahkan perasa.
11. Taburkan daun bawang.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih meninggalkan jejak disini^^