Friday, 27 February 2015

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Ini semalam punya cerita, pukul 4.30pm gitu.. dalam tekun buat keje.... betullah tekunnn.. hehee.. tiba-tiba seorang staff dari Facility Dept menjerit dengan muka separa cemas.. "Keluar...! Keluar!.. tinggalkan meja anda!" adehh... ade ape benda plak ni.. "Cepat...! Cepat..!" lagi sekali beliau menjerit.. kita lagi relax-relax.. ingatkan ujian kebakaran.. tapi apsal takde bunyi siren ea? "CEPAT! CEPAT!" lagi kuat dan lantang beliau menjerit..

Sempat Nurul mencapai benda-benda penting purse, henpong ngan access kad, dalam terkejar-kejar tu, tak perasan plak tak tukar kasut, adess.. kalau duk kat desk memang pakai sandal je..hilang vogue jap..hahaa.. vogue ke? *jari letak kat bahu, mana nengok atas... haha :p

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Rupanya terjadi kebakaran dibelukar bersebelahan.. dasat juga kebakaran tu.. asap tebal menyelubungi, bahang terasa perit lebih-lebih lagi dalam cuaca yang memang terik..

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Sementara menanti ketibaan bomba, mereka yang berkenaan berusaha mengawal kebakaran.. memang babak cemas betul la.. api begitu marak dan cepat merebak

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Dalam 20 minit juga baru pasukan bomba datang.. tapi agak pelik kenapa bomba beruniform tak kelihatan.. yang kecik tu kenderaan bomba juga, perkataan Bomba Sukarelawan tertulis kat kenderaan itu... dia datang dengan lori yg nampak kepala je tu, belah kanan, bomba kecik ni lebih cepat sampai dari bomba besar tu..

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Inilah latest pic yang Nurul amik tadi.. melihat keadaan ni, teringat kampung, kalau tanamkan padi atas jagung ni mesti suburkan?


Pesanan penaja : Musim panas terik begini jaga kesihatan ye.. elakkan aktiviti luar, kalau perlu juga, pakai topi, lebihkan minum air, pakai pakaian yang bersesuaian yang menyerap peluh contohnya jenis cotton. 


No comments:

Post a Comment

Terimakasih meninggalkan jejak disini^^