Ustaz Azhar Idrus Berkata "Kita relax dan baca ni, perbualan antara Rasulullah & iblis...
Rasulullah bertanya : “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “Aku berasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “Kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “Jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “Jika ia berhaji?”
Iblis : “Aku seperti orang gila”
Rasulullah : “Jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “Aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
Rasulullah : “Jika ia bersedekah?”
Iblis : “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “Mengapa boleh begitu?“
Iblis: ”Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dalam hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dari dirinya,
Rasulullah : “Apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “Taubat orang yang bertaubat”
Rasulullah : “Apa yang dapat membakar hatimu?”
Iblis : “Istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
Iblis : “Sedekah yang diam2”
Rasulullah : “Apa yang dapat menusuk matamu?”
Iblis : “Solat fajar”
Rasulullah : “Apa yang dapat memukul kepalamu?”
Iblis : “Solat berjemaah”
Rasulullah : “Apa yang paling mengganggumu”
Iblis : “Majlis para ulama”
Rasulullah : “Bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “Dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “Dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “Dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “Siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “Penzina”
Rasulullah : “Siapa teman tidurmu?”
Iblis : “Pemabuk”
Rasulullah : “Siapa tamumu?”
Iblis : “Pencuri”
Rasulullah : “Siapa utusanmu?”
Iblis : “Tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “Apa yang membuatmu gembira?”
Iblis : “Bersumpah dan cerai”
Rasulullah : “Siapa kekasihmu?”
Iblis : “Orang yg meninggalkan Solat Jum'at”
Rasulullah : “Siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”
Wallahu'alam
Salam Jumaat. Moga bermanfaat.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Friday, 11 July 2014
Wednesday, 9 July 2014
Kuih-Muih Bazaar Ramadhan
Assalamua'alaikum...
Lama Nurul tak update blog ni. Minta maaf kalau ada sesapa yang datang menjenguk tapi takde entry baru. Agak terlambat Nurul mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua.. maafkan Nurul kalau selama berceloteh disini atau komen-komen yang ditinggalkan diblog yang Nurul kunjungi, ada yang menyinggung perasaan, Nurul dengan rendah hati mohon ampun dan maaf.
Urmm.. jom bercerita pasal gambar kuih-muih kat bawah ni.. bukan sengaja nak mencabar puasa tau hehee.. Kuih-muih ni antara kuih yang mak Nurul buat untuk dijual diBazaar Ramadhan.. Mak tak jual tapi orang amik.. orang tu amik dalal.. mak bagi 25%..(huh... kelas mak aku! main percent bagai hihi..) Ada sesapa yang tak kenal kuih-muih ni? Adaaaaa? takde la kot ye.. :p kalau ade yang baru nak berkenalan silalah layangkan mouse anda digambar kuih-muih tu :))
Labels:
Kuih-Muih Malaysia
,
Makan-makan
,
Ramadhan
Tuesday, 13 May 2014
Ramadhan semakin terasa...
Hari ni Wesak Day tapi Nurul bekerja juga, cuti yang ni kita tak amik tapikan seronok juga bekerja masa public holiday ni tau sebabkan jalanraya smooth jeee.. takyah nak cilok-cilok, takyah nak sakit jantung kena sudden overtake atau kena potong Q, boleh lalala dengan senang hati gi keja *motivasi diri yang sebenarnye..huhu
Member Nurul ni dah menjadi surirumah sepenuh masa, lepas berenti keje dia buat kraftangan untuk hiasan rumah tema English.. selalu la juga beli. Ramadhan tahun ni tambah satu lagi kegiatan rupenya.. nampak tak packaging tu? ade ala2 English juga kan? :D
Bulan Ramadhan bukan saja bulan penuh keberkatan tapi juga bulan penuh rezeki.. dimana-mana kelihatan orang berniaga, ditepi-tepi jalanraya, ditepi-tepi padang, tepi-tepi deretan blok kedai, tepi rumah.. kalau tempat tu laluan keta, kelihatanlah gerai sementara didirikan, tak campur lagi dengan bazar ramadhan.. uishh.. makanan yang jarang-jarang nampak pun, pasti jumpa! Banyak memudahkan mereka yang balik keja lambat, jem kat jalan atau penat.. kan bekerja kann? :D sekali-sekala nak juga rehat^^
Lunch hour tadi, kawan lama ajak lunch bersama, ingatkan ape bendalah yang nak sangat dikongsi cerita.. huk alohhh.. taraaaa.. inilah bendanya... hahhaha :D
Adoiiilah.. tiba-tiba rasa seram sejuk.. eh..eh.. Ramadhan dah dekat la.. bulan depan je? halloooo.. utang pose tak ingat2 lagi ke nak bayorrr?? tiba-tiba ade lak la suara halus menerpa dalam fikiran.. ahahaha..
![]() |
| Chocolate with Macadamia nuts |
![]() |
| Biscuit Kelapa |
Nurul dah try dah tadi.. siap beli lagi..hehe.. memang yummy! semuanya RM25 je sebekas! Tart tu mmg peroi dan terasa manis masam Nanasnya, coklat tu pun sama sedap dan tak muak.. honestly, Nurul rasa coklat tu murah sebab kebiasaannya, jenis-jenis full chocolate dengan sebiji kacang macadamia susah la nak dapat harga RM25, normally dah RM35 keatas.
*Pic sekadar untuk entry je.. bukan untuk dijual yer.. eheee
Sunday, 14 July 2013
Pergi Takkan Kembali...
Subuh ini selepas membersihkan meja selepas sahur, Nurul masuk bilik Jahit, on Radio saluran pilihan Hot.FM, sambil bersedia memulakan aktiviti jahit menjahit, gunting menggunting... terdengar lagu Rabbani ~ Pergi Takkan Kembali berkumandang.. dalam suasana yang begitu sunyi, lagu ini kedengaran begitu syahdu menusuk hati, menyebabkan mata ini berkaca2... terdetik dihati untuk share dgn kawan2. Semoga kita semua sentiasa melakukan yang terbaik untuk bekal kita di'sana' kelak. In Shaa Allah.
![]() |
| Semua orang pasti akan melalui keadaan ini, samada bersedia ataupun tidak, Ia adalah satu yang Pasti! |
![]() |
| Ya Allah, Matikanlah kami dalam keadaan Khusnul Khotimah.. |
PERGI TAKKAN KEMBALI ~ RABBANI
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Labels:
Ramadhan
Thursday, 11 July 2013
Harapan Ramadhan
![]() |
Ya Allah.. janganlah kau tinggalkan aku setelah kau beri sinar padaku,
Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Mu
HARAPAN RAMADHAN ~ RAIHAN
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua.
Labels:
Ramadhan
Tuesday, 9 July 2013
Marhaban ya Ramadhan...
Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita sempurnakan dengan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..
In Shaa Allah. Amin... Amin...Ya Rabbal alamin.
Labels:
Ramadhan
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)









.jpg)







