…….Mengimbau kenangan setahun lalu, terasa sesuatu yang
kosong, berat dan sakit disudut hatiku, airmata pasti bergenang dan jika tak
ditahan-tahan pasti tidak segan-silu mengalir..
Pada 10/12/12, aku balik
kampung dengan flight malam, mengambil masa lebih kurang 2jam 20minit dan tiba
dirumah sekitar 1pagi pada 11/12/12. Aku sempat berbual sekejap dengan bapa
dalam 30 minit selepas beliau terjaga dengan kepulangan kami.
Esoknya 11/12/12, kira-kira dalam 7pagi, Aku bersiap untuk
menghantar adik ke klinik untuk normal pregnancy check-up. Bapa pun nak pergi
sama, kata dia, kaki kanannya sakit sehingga kehujung jari.
Setiba di klinik daerah, bapa mengatakan yang dia akan
meminta kepada Dr. untuk dimasukkan ke hospital dibandar kerana inginkan
rawatan yang lebih baik dan boleh cepat sembuh supaya dapat berjalan-jalan
dengan kami, anak-anaknya yang balik bercuti hujung tahun. Menurut Dr. bapa terkena
jangkitan kuman dibahagian luka kaki dan dalam masa yang sama sakit gout.
Beliau dihantar ke hospital di bandar menggunakan ambulance dalam pukul
2petang.
Kami akan datang menyusul selepas adik menjalani satu lagi ujian
kandungan gula dalam darah pukul 3petang(adik hanya tunggu hari untuk bersalin
dan kandungan gula dalam darah tinggi), sekaligus untuk membawa kelengkapan
bapa yang lain.
Bertolak dari rumah pukul 6petang dan sampai di hospital sekitar
7petang.. Semasa tiba di wad, aku melihat seorang HO sedang mengambil tekanan
darah bapa bersama seorang MO yang memerhatikan kerja HO tersebut. HO seorang
lelaki berbangsa Cina dan mesra orangnya, Manakala MO, seorang wanita melayu
bertudung dan kelihatan agak tidak sabar dan tergesa-gesa, mungkin banyak kerja
yang harus diselesaikan. Dr. di hospital besar itu mengatakan yang sakit
dikaki bapa BUKAN kerana jangkitan kuman tetapi gout yang teruk sehingga keluar
nanah yang seakan berbatu beserta darah.
Bapa kelihatan lemah tapi masih ceria menyambut kami sambil
dengan gembira mengatakan yang disini, di hospital ini beliau pasti akan cepat
sembuh kerana nurse dan doktor sentiasa ada untuk memantau keadaan kesihatannya.
Bapa memang begitu dari dulu… bila sakit sahaja, sebolah-boleh ingin berumah di
hospital, beliau sangat mempercayai kemampuan Doktor dan Hospital.
Kami meninggalkan bapa selepas mencuri sedikit masa extra lepas
lawatan dengan janji esok pagi kami akan datang lagi selepas adik menjalani ujian
gula dalam darah.
Pada 12/12/12, seawal 7pagi kami bertolak ke klinik dengan
harapan dapat nombor awal dan boleh melawat bapa dengan lebih cepat. Dalam masa
menunggu giliran, adik mendapat panggilan telefon dari pihak hospital meminta kami
supaya segera datang…Adik bertanya kenapa? The caller just said..
cepat…cepat….cepat… and letak. Adik
menyuruh aku ke sana
kerana dia harus menunggu giliran untuk ujian gula. Dari daerah ku ke hospital
mengambil masa paling cepat 45minit dan awal pagi begini jalan menuju ke bandar
memang sesak dengan kereta.
Aku sampai dalam pukul 10.15pagi.. terus bergegas ke bilik dimana bapa ditempatkan semalam tapi katil kosong, kemas dan rapi.. dengan perasaan yang berkecamuk.
Aku menerpa ke kaunter dan nurse kelihatan serba-salah sambil
memandang-mandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang..
“Dr.. Dr.. ni patient bilik xx punya relative datang..”
Dr. datang bertemu dengan aku…
“Apa hubungan cik dengan pesakit ward xx?”
“Saya anak beliau”
“Siapa nama pesakit ward xx?”
“………..”
Selepas sedikit confirmation… Dr. memberikan penerangan..
“Nama saya Dr. Siew (bukan nama sebenar), saya bukan dari
ward Pathology tapi dari ward (aku dah lupa..), saya yang in-charge bapa cik
selepas dia dirujuk kepada saya awal pagi ini. Anda tahukan yang luka dikaki
bapa cik terkena jangkitan yang SANGAT serius? mengakibatkan jangkitan
dalaman yang menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman untuk berfungsi, kami
sudah berusaha sedaya-upaya selama lebih dari 3jam tapi kami gagal
menyelamatkan bapa cik, kami minta maaf..”
….and I was like… uhhhh… ..……... fikiran buntu tidak mampu mencerna kata-kata Dr.
tersebut.
“maksud Dr., bapa saya sudah tiada? sudah meninggal?”
Dr. sekadar mampu mengangguk dan berkata “kami minta maaf
cik, kami sudah cuba
yang terbaik untuk menyelamatkan bapa cik.”
“Dimana bapa saya sekarang?”
“Bapa cik sedang dibersihkan, cik boleh tunggu sebentar di
ruang menunggu”
Dr. berlalu pergi meninggalkan aku dengan perasaan yang…
entah… sukar digambarkan…
Dunia terasa terhenti sejenak..
suasana sangat hening.. kosong… Dr. berusaha lebih 3jam?? Tapi call suruh
datang lebihkurang sejam yang lalu….
Keseorangan menghadapi keadaan sebegini.. mak? Adik? semua masih
didaerah dan negeri lain.. Hujung tahun
memang semua akan ambil cuti balik kampung tapi tahun ni aku yang balik awal, adik
yang pregnant tu pun pulang bercuti untuk bersalin dari bertugas di Sarawak.
“Kak, bapa akak dah ditempatkan di bilik xx.” sambil nurse
menunjukkan arah bilik.
Badan terasa melayang-layang… tidak terasa kaki melangkah..
dengan fikiran kosong.. bergerak ke arah bilik yang nurse tunjukkan.. terhenti seketika dimuka pintu …
Langsir pembahagi ruang ditarik untuk menghalang pandangan
dari luar pintu… aku terus menuju ke arah langsir pembahagi itu … bagai terhenti jantung sejurus tiba ditepi
langsir, melihat sekujur tubuh berbungkus kain putih terbaring diatas katil...
Bermimpikah aku?
Baru semalam aku berbual dengan bapa..
Baru semalam kuraih dan kukucup tangan bapa....
Baru semalam ku berjanji untuk datang lagi hari ini…
dan bapa mengangguk sambil tersenyum…
TIDAKKKK!!
Bapaku masih hidup..!
baru semalam aku berbual dengan
dia..!
Masih segar senyum dan ketawa dengan
aku.. tak mungkin!!
Itu pasti bukan bapaku!!
Hati terus memberontak....
Bagaimana kalau betul?
Bagaimana kalau memang bapaku?
Bagaimana? bagaimana?
Dengan tak berdaya kugagahi tangan
membuka balutan dibahagian muka… dalam hati tak putus-putus berdoa… ini bukan
bapa ku… pasti bukan dia..… BUKANNN…
“Ya Allah….
Apa yang harus kulakukan sekarang?
Menangis?
Menjerit?
Meraung?
Aku tidak mampu melakukan semua itu walaupun itulah yang
ingin kulakukan….
Terkedu.. kaku sambil
airmata terus mengalir laju….laju…. semakin laju….
*************************************************************************
Hari ini genap setahun permergian bapa.. pergi dengan
tarikh yang cantik 12.12.12 dan hari ini genap setahun 11.12.13..namun cantik yang tidak membawa makna apa-apa padaku melainkan kesedihan pada kenangan setahun lalu.
Saman kami kemukakan berdasarkan Report yang doktor/nurse
tulis setiapkali selepas melakukan sebarang rawatan terhadap pesakit. Internal Inquiry sudah kami lalui, selanjutnya
External Inquiry.. pun membuktikan yang MO telah melakukan kecuaian dalam
menjalankan tugas…
Diruang mata ini, selalu terbayang, wajah MO wanita melayu
yang bertudung itu…
Tidak ada marah… jauh sekali berdendam… cuma rasa terkilan
dihati...
Seandainya….. seandainya…… dan… seandainya….
Aku pasti beliau sudah terhukum dengan kecuaian yang beliau
telah lakukan.
Berapapun saman yang kami kemukakan, nyawa bukanlah
nilainya, bapa yang kami kasihi telah pergi untuk selamanya… beliau yang sangat
berharap dan sangat percaya kepada kemampuan hospital, rupanya… kepercayaan
itulah yang seolah-olah telah meragut harapannya...
Cuma satu harapanku , semoga ini menjadi pengajaran kepada
yang terlibat supaya lebih bertanggung-jawab, bukannya sambil lewa dan membuat keputusan
yang tidak tepat kerana walau seribu penyesalan, kesudahannya tidak boleh
diperbaiki lagi.