Friday, 27 December 2013

Segmen Azam Blog 2014 by HBP

Segmen Azam Blog 2014 by HBP


Nurul takde azam tahun 2013 untuk blog ni.. 
Memandangkan tahun hadapan kemungkinan besar tahun yang busy untuk Nurul so Nurul berazam nak buat post paling kurang 5 sebulan.. hehe.. sikit sangat ke? dan masa free yang selebihnya untuk buat blogwalking..

Jom sama-sama memeriahkan segmen simple +Pha Is untuk lebih lanjut lagi, klik banner :D

Monday, 23 December 2013

Street Art @ Bazar karat Johor Bahru

Kalau sudah singgah bazar karat JB, seakan menjadi kemestian untuk singgah di Mariners Cafe,  Lebih kurang 5meters dari pintu masuk cafe tu terlihat kain hitam bergantungan dengan imej yang mengingatkan Nurul pada posting Nurul sebelum ini Handphone oh handphone...


Apa agaknya yang ingin disampaikan oleh Street Art tersebut?




Mariners Cafe @ Bazar Karat Johor Bahru

Salah satu tempat persinggahan yang best untuk santai-santai selepas penat meronda di bazar karat Johor Bahru adalah di Mariners Cafe yang beralamat di 55, Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. Satu jalan yang turut sama memeriahkan bazar karat JB.

Jalan Tan Hiok Nee juga merupakan jalan kebudayaan(Cultural street) yang telah diakui oleh kerajaan Johor, untuk memelihara budaya masyarakat Cina di sini, jadi jangan terperanjat bila anda melalui jalan ini dan menyaksikan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Jalan Tan Hiok Nee mendapat nama sempena nama seorang saudagar rempah yang berjaya semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar  sebagai peringatan dan penghargaan kepada beliau.

Mariners Cafe hanya bersebelahan dengan pentas persembahan. Kita boleh memilih untuk duduk diluar sambil melihat aktiviti peniaga dan pengunjung yang lalu-lalang, boleh juga duduk di tingkat atas sambil menikmati pandangan bazar karat dari atas..

Cafe yang memang sempoi..
Tangga menuju tingkat atas cafe
Tangga membawa anda berhadapan dengan lukisan dinding ini
Pandangan dari tingkat atas cafe
Ada budak pening kepala buat the most important decision of his life..
"apa nak makan supper ni?? arghhhh!!!"
Decision made!! (nampak rentungss plak lamb chop ni kt pic..ehehe..)

Friday, 20 December 2013

Handphone oh handphone...

Nurul selalu melihat keadaan dimana satu keluarga keluar makan, duduk je kat meja makan, anak-anak sibuk keluarkan gadget, sikakak dengan tabletnya, siabang dengan smartphonenya.. ayah atau ibu lepas memesan makanan pun sama.. semua diammmmm membisu seribu bahasa..begitu tekun mengadap gadget memasing sambil tersenyum-simpul, hanyut dalam dunia sendiri, yang jadi mangsa anak-anak kecil tanpa perhatian yang sepatutnya atau Atuk nenek yang turut serta...terpinggir..toleh kiri..toleh kanan...apabila makanan sampai, keadaan itu diteruskan.. sambil makan sambil menghayati gadget.... 

Terfikir dalam hati, bila agaknya masa berkualiti sesama keluarga? setelah seharian bekerja, masa dimeja makan boleh digunakan sepenuhnya untuk berbual, beramah-mesra sesama ahli keluarga. Banyak kejadian yang tidak diingini terjadi berpunca dari kurangnya komunikasi antara keluarga.

Seorang kawan bercerita, semasa makan disebuah restoran, situasi yang agak sama berlaku, satu couple ni tunggu order sampai, yang wanita beriya-iya berbual manja dengan silelaki, sedangkan yang lelaki matanya lekat trusss kat handphone dan tak response langsung pada wanita tu....bengang tak bengang?? kawan Nurul cakap, kalau akulah yang kena camtu....kat situ juga aku jerit.. "Makanlah handphone ko tu..Aku nak balik!!" haha... dengar macam kelakar.. tapi tidak kalau kena kat batang hidung sendiri.. ehehee..

Kadangkan... simbol camni depan mata je pun tak perasan.. atau buat2 tak perasan kot? seringkali juga Nurul perasan, bila announcement semasa flight nak berlepas "...and please switch off your handphone bla..bla..." tapi masih ramai yang masa bodoh aja.. adoiiii... ngeri pun ade.. depa2 ni tak dengar ke yang bende tu bole menganggu system kapal terbang.. urmm... perasaan pentingkan diri sendiri sangat menebal pada sesetengah orang...Malang itu kan tidak berbau...

Handphone ni memang banyak memudahkan kita, yang jauh terasa dekat, yang dekat menjadi rapat.. dulu-dulu dengar suara saja tapi sekarang sudah nampak muka :) tapi disela-sela kebaikan tu, pasti terselit keburukannya juga so.. gunakanlah secara berpada-pada ya :D

Wednesday, 18 December 2013

Rabu yang bisu # 11

Last post 11.12.13 sebelum Nurul berlepas ke kg halaman untuk kenduri setahun arwah bapa, 16Dec petang balik sini...

Dalam sibuk berkemas lepas kenduri tu kan, Nurul perasan dengan satu benda ni... jeng..jeng..jeng...... Kalau time Nurul kecik2 dulu, badannya tu diperbuat dari kayu yang memang mempunyai cabang seperti kaki.. cari sendiri kt hutan tau..cume tang kepala tu kene beli dan pasang kat kayu berkaki tu.

Pernah nampak tak benda ni? agak-agak tau tak kegunaannya?

Macam dinosour pun ade kan? :D



Wednesday, 11 December 2013

Kenangan yang mengusik perasaan...

…….Mengimbau kenangan setahun lalu, terasa sesuatu yang kosong, berat dan sakit disudut hatiku, airmata pasti bergenang dan jika tak ditahan-tahan pasti tidak segan-silu mengalir..

Pada 10/12/12,  aku balik kampung dengan flight malam, mengambil masa lebih kurang 2jam 20minit dan tiba dirumah sekitar 1pagi pada 11/12/12. Aku sempat berbual sekejap dengan bapa dalam 30 minit selepas beliau terjaga dengan kepulangan kami.

Esoknya 11/12/12, kira-kira dalam 7pagi, Aku bersiap untuk menghantar adik ke klinik untuk normal pregnancy check-up. Bapa pun nak pergi sama, kata dia, kaki kanannya sakit sehingga kehujung jari.

Setiba di klinik daerah, bapa mengatakan yang dia akan meminta kepada Dr. untuk dimasukkan ke hospital dibandar kerana inginkan rawatan yang lebih baik dan boleh cepat sembuh supaya dapat berjalan-jalan dengan kami, anak-anaknya yang balik bercuti hujung tahun. Menurut Dr. bapa terkena jangkitan kuman dibahagian luka kaki dan dalam masa yang sama sakit gout. Beliau dihantar ke hospital di bandar menggunakan ambulance dalam pukul 2petang.

Kami akan datang menyusul selepas adik menjalani satu lagi ujian kandungan gula dalam darah pukul 3petang(adik hanya tunggu hari untuk bersalin dan kandungan gula dalam darah tinggi), sekaligus untuk membawa kelengkapan bapa yang lain.

Bertolak dari rumah pukul 6petang dan sampai di hospital sekitar 7petang.. Semasa tiba di wad, aku melihat seorang HO sedang mengambil tekanan darah bapa bersama seorang MO yang memerhatikan kerja HO tersebut. HO seorang lelaki berbangsa Cina dan mesra orangnya, Manakala MO, seorang wanita melayu bertudung dan kelihatan agak tidak sabar dan tergesa-gesa, mungkin banyak kerja yang harus diselesaikan. Dr. di hospital besar itu mengatakan yang sakit dikaki bapa BUKAN kerana jangkitan kuman tetapi gout yang teruk sehingga keluar nanah yang seakan berbatu beserta darah.

Bapa kelihatan lemah tapi masih ceria menyambut kami sambil dengan gembira mengatakan yang disini, di hospital ini beliau pasti akan cepat sembuh kerana nurse dan doktor sentiasa ada untuk memantau keadaan kesihatannya. Bapa memang begitu dari dulu… bila sakit sahaja, sebolah-boleh ingin berumah di hospital, beliau sangat mempercayai kemampuan Doktor dan Hospital.

Kami meninggalkan bapa selepas mencuri sedikit masa extra lepas lawatan dengan janji esok pagi kami akan datang lagi selepas adik menjalani ujian gula dalam darah.

Pada 12/12/12, seawal 7pagi kami bertolak ke klinik dengan harapan dapat nombor awal dan boleh melawat bapa dengan lebih cepat. Dalam masa menunggu giliran, adik mendapat panggilan telefon dari pihak hospital meminta kami supaya segera datang…Adik bertanya kenapa? The caller just said.. cepat…cepat….cepat… and letak.  Adik menyuruh aku ke sana kerana dia harus menunggu giliran untuk ujian gula. Dari daerah ku ke hospital mengambil masa paling cepat 45minit dan awal pagi begini jalan menuju ke bandar memang sesak dengan kereta.

Aku sampai dalam pukul 10.15pagi.. terus bergegas ke bilik dimana bapa ditempatkan semalam tapi katil kosong, kemas dan rapi.. dengan perasaan yang berkecamuk. Aku menerpa ke kaunter dan nurse kelihatan serba-salah sambil memandang-mandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang..

“Dr.. Dr.. ni patient bilik xx punya relative datang..”

Dr. datang bertemu dengan aku…

“Apa hubungan cik dengan pesakit ward xx?”

“Saya anak beliau”

“Siapa nama pesakit ward xx?”

“………..”

Selepas sedikit confirmation… Dr. memberikan penerangan..

“Nama saya Dr. Siew (bukan nama sebenar), saya bukan dari ward Pathology tapi dari ward (aku dah lupa..), saya yang in-charge bapa cik selepas dia dirujuk kepada saya awal pagi ini. Anda tahukan yang luka dikaki bapa cik terkena jangkitan yang SANGAT serius? mengakibatkan jangkitan dalaman yang menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman untuk berfungsi, kami sudah berusaha sedaya-upaya selama lebih dari 3jam tapi kami gagal menyelamatkan bapa cik, kami minta maaf..”

….and I was like… uhhhh… ..……... fikiran buntu  tidak mampu mencerna kata-kata Dr. tersebut.

“maksud Dr., bapa saya sudah tiada? sudah meninggal?”

Dr. sekadar mampu mengangguk dan berkata “kami minta maaf cik, kami sudah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan bapa cik.”

“Dimana bapa saya sekarang?”

“Bapa cik sedang dibersihkan, cik boleh tunggu sebentar di ruang menunggu”

Dr. berlalu pergi meninggalkan aku dengan perasaan yang… entah… sukar digambarkan…
Dunia terasa terhenti sejenak.. suasana sangat hening.. kosong… Dr. berusaha lebih 3jam?? Tapi call suruh datang lebihkurang sejam yang lalu….

 Keseorangan menghadapi keadaan sebegini.. mak? Adik? semua masih didaerah dan negeri lain..  Hujung tahun memang semua akan ambil cuti balik kampung tapi tahun ni aku yang balik awal, adik yang pregnant tu pun pulang bercuti untuk bersalin dari bertugas di Sarawak.

“Kak, bapa akak dah ditempatkan di bilik xx.” sambil nurse menunjukkan arah bilik.

Badan terasa melayang-layang… tidak terasa kaki melangkah.. dengan fikiran kosong.. bergerak ke arah bilik yang nurse tunjukkan..  terhenti seketika dimuka pintu …
Langsir pembahagi ruang ditarik untuk menghalang pandangan dari luar pintu… aku terus menuju ke arah langsir pembahagi itu …  bagai terhenti jantung sejurus tiba ditepi langsir, melihat sekujur tubuh berbungkus kain putih terbaring diatas katil...

Bermimpikah aku?
Baru semalam aku berbual dengan bapa..
Baru semalam kuraih dan kukucup tangan bapa....
Baru semalam ku berjanji untuk datang lagi hari ini…
dan bapa mengangguk sambil tersenyum…

TIDAKKKK!! 
Bapaku masih hidup..!
baru semalam aku berbual dengan dia..!
Masih segar senyum dan ketawa dengan aku.. tak mungkin!!
Itu pasti bukan bapaku!!

Hati terus memberontak....

Bagaimana kalau betul?
Bagaimana kalau memang bapaku?
Bagaimana?  bagaimana?

Dengan tak berdaya kugagahi tangan membuka balutan dibahagian muka… dalam hati tak putus-putus berdoa… ini bukan bapa ku… pasti bukan dia..… BUKANNN…

“Ya Allah….

Apa yang harus kulakukan sekarang?

Menangis?

Menjerit?

Meraung?

Aku tidak mampu melakukan semua itu walaupun itulah yang ingin kulakukan….
Terkedu..  kaku sambil airmata terus mengalir laju….laju…. semakin laju….


*************************************************************************

Hari ini genap setahun permergian bapa.. pergi dengan tarikh yang cantik 12.12.12 dan hari ini genap setahun 11.12.13..namun cantik yang tidak membawa makna apa-apa padaku melainkan kesedihan pada kenangan setahun lalu.

Saman kami kemukakan berdasarkan Report yang doktor/nurse tulis setiapkali selepas melakukan sebarang rawatan terhadap pesakit.  Internal Inquiry sudah kami lalui, selanjutnya External Inquiry.. pun membuktikan yang MO telah melakukan kecuaian dalam menjalankan tugas…

Diruang mata ini, selalu terbayang, wajah MO wanita melayu yang bertudung itu…
Tidak ada marah… jauh sekali berdendam… cuma rasa terkilan dihati...
Seandainya….. seandainya…… dan… seandainya….

Aku pasti beliau sudah terhukum dengan kecuaian yang beliau telah lakukan.

Berapapun saman yang kami kemukakan, nyawa bukanlah nilainya, bapa yang kami kasihi telah pergi untuk selamanya… beliau yang sangat berharap dan sangat percaya kepada kemampuan hospital, rupanya… kepercayaan itulah yang seolah-olah telah meragut harapannya...


Cuma satu harapanku , semoga ini menjadi pengajaran kepada yang terlibat supaya lebih bertanggung-jawab, bukannya sambil lewa dan membuat keputusan yang tidak tepat kerana walau seribu penyesalan, kesudahannya tidak boleh diperbaiki lagi.

Tuesday, 10 December 2013

Bila Allah menghendaki....

Kenal dengan model jelita ini?


Nurul berkunjung ke Blog beliau untuk mengetahui apakah sebab sebenarnya yang membuatkan beliau berhijrah dari seorang Model Malaysia yang paling Hot & Sexy kepada Model berhijab. 

Sedikit petikan dari Blog beliau..

"And then, I started to look for something deeper...a religion, a God, a better way of living life.

I wanted to cover myself up more...be respected and known for who I am inside...not for how much flesh I am showing outside...

I fell in love with traditional Malay baju kurungs due to the fact that they are really comfortable to wear...and the first time I put on a hijab was when I went for local telco company TVC casting...

...and I looked at myself, and I feel liberated...I feel so happy and protected...I feel safe..."

Comelllll sangat macam patung2 peraga baju kat shopping complex kan?


Sweet^^


So lovely :D
Apa yang beliau luahkan dapat Nurul fahami dan cukup kagum dengan keputusan berani penghijrahan beliau ni..

Nurul doakan semoga beliau bertemu dengan apa yang beliau cari-cari selama ini.

All the best Felixia Yeap!

**Untuk mengetahui lebih lanjut boleh berziarah ke blog beliau Felixiayeap blog

Friday, 6 December 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Hari ini blogwalking membawa Nurul ke satu blog yang sedang melangsungkan First Giveaway..

Syaratnya mudah cuma follow blog dan letakkan gambar hujan sebab empunya blog ni sukaaaa sangat dengan hujan... tak caya? tengok aje la nama blog ni.. summerkisseswinterrain.blogspot.com :D

Klik banner GA dibawah ni untuk info lanjut...

Adrianna Syaz First Giveaway



Jom sesama memeriahkan :D









Thursday, 5 December 2013

Blogger's Birthday Segment By Vee Lea Ricky

Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 30th Sept tettt...tetttt... :p

Jom la reramai memeriahkan.. mudah jeee^^

Wednesday, 4 December 2013

Rezeki yang mahal...

Agak lama juga gambar-gambar dibawah ini menghuni ruang photos di hp Nurul, gambar-gambar ini diambil semasa Nurul menjemput anak balik sekolah, sambil menunggu, Nurul berbual dengan salah seorang akak peniaga jajan disitu.


Menurut beliau, mula-mula berniaga memang terasa malu sangat tapi dipujuknya hati, lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.

"Majlis sekali-sekala akan datang memberi amaran namun tidaklah sampai bertindak drastik menyita barang dagangan kami. Mungkin pegawai-pegawai itu kesian dan faham yang pendapatan kami bukanlah banyak mana dan niat kami untuk membantu keluarga, Anak akak 4 orang, kecil-kecil lagi, kalau akak keluar bekerja, anak hantar pada orang pun, sorang dah RM200~RM250 sekarang ni, kalau 4 orang dah berapa?"


"Pada zaman sekarang ini, selangkah keluar rumah semuanya duit, dengan pendapatan suami akak yang bekerja sebagai penyelia kilang, dengar jumlahnya macam banyak tapi terus-terang akak akui, memang agak sempit, bukan tidak bersyukur namun itulah hakikatnya, dengan berniaga sebegini dapat juga akak membantu paling kurang RM1500 sebulan untuk menyelesaikan komitmen kami" 

Terbetik dalam hati, boleh tahan juga pendapatan akak ni.. rupanya, seawal 3 pagi beliau sudah bangun untuk  menyediakan kuih-muih untuk dihantar ke satu kedai runcit berdekatan rumahnya, beliau keluar rumah untuk berniaga jajan dalam pukul 11pagi hingga 1ptg di satu Sekolah Rendah area sini, selepas itu ke Sekolah Agama sekitar sini juga dari 1ptg hingga hampir 4ptg, balik rumah sebentar untuk mengoreng mee, kentang dan hotdog untuk dibawa ke Sekolah Menengah ini pula dari pukul 5.30ptg~7.15mlm.



Tidak lama perbualan kami terputus, jam rupanya sudah menunjukkan pukul 6.45ptg, kereta akak ni mula dikerumuni pelajar-pelajar sekolah yang kebanyakannya merupakan pelanggan tetapnya.. 


Sambil melihat akak ni mesra melayan telatah pelanggan-pelanggan kecilnya, dalam hati terselit pelbagai perasaan, perasaan simpati dan kagum silih berganti. Nurul percaya, sampai rumah sahaja, beliau pasti tidak akan duduk diam berehat selepas seharian 'bekerja'.


Begitulah secebis kisah kehidupan, Alhamdulillah, rezeki tetap ada bila dikais, ia ada dimana-mana bagi yang mahu dan berusaha!

Friday, 29 November 2013

Cemburu punya pasal...

Korang rasa-rasa ade ke hubby yang macam ni? Blender? hahhaa.. so funny.. 

    


Wednesday, 27 November 2013

Rabu yang Bisu # 9

Jalan-jalan mengkagumi keindahan alam dan nikmat penglihatan kurniaan Allah....