Saturday, 31 May 2014

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Malam ini akan berlangsung pertandingan Unduk Ngadau sebagai upacara kemuncak Pesta Menuai di KDCA (Kadazandusun Cultural Association) Penampang, Sabah. 

Gambar-gambar berikut adalah finalist pertandingan tersebut, bagaimanakan peserta itu terpilih? setiap kampung/daerah di Sabah mengadakan Pesta Menuai, satu acara wajib adalah mengadakan pertandingan Unduk Ngadau, pemenangnya akan mewakili kampung ke peringkat daerah dan seterusnya ke pertandingan yang gilang gemilang ini.

Jangan terperanjat bila melihat salah satu dari finalist tersebut dari JOHOR, itu menandakan bahawa masyarakat Kadazan Dusun yang menetap di Johor telah mengadakan Pesta Menuai dan juga telah memilih dan menghantar wakil Unduk Ngadau mereka ke pertandingan itu.

Apa yang ingin Nurul kongsikan disini sebenarnya adalah pakaian-pakaian Tradisi yang mereka kenakan mengikut suku kaum masing-masing... begitu unik dan menarik.

Nurul memilih peserta dari Tambunan.. anda bagaimana? 
Apa-apapun kita tunggu keputusannya malam ini :D

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan Sabah

Friday, 30 May 2014

Segmen Geng Blogwalkers

Segmen Geng Blogwalkers
Klik banner untuk join!

Diujung-ujung masa kecederaan ni.. Menyempatkan diri.. 
nak join juga segmen kawan blogger dari Brunei


"inda ku mengarti kurapak Brunei
Bermaksud
"Aku tidak faham bahasa Brunei"

 Esok (31/05/2014) last day!
Hurry peeps!

The Liebster Award By Noe Suhaimi

Assalamualaikum.

Liebster Award yang ni di TAG oleh +nOe suhaimi. Terimakasih :D
Sesiapa yang masih belum mengenali beliau boleh terjah blog nOe disini  ----->> alyadina




Alhamdulillah.. hari ini berjaya juga menyudahkannya.. tanaklah heret sampai June.. :D

11 soalan-soalan noe :-

1. Serba ringkas tentang diri anda
Anak Kedua dari lapan beradik. Berasal dari negeri dibawah bayu. Bekerja dan amat menggemari warna pink.


3. Di negeri mana anda tinggal?
Johor.


2. Kenapa anda suka jadi blogger?
Menulis apa yang ingin dikongsikan.


3. Kisah yang anda suka baca bila masuk blog2 orang lain.
Suka membaca semua kisah.


4. Pengalaman paling manis masa di sekolah.
Mewakili sekolah dalam Karate-DO dan menang tempat ke-2



5. Pengalaman paling pahit masa di sekolah.
Nurul tak dapat mengingati yang pahit. Takde la rasanya.


6. Permainan masa anda kecil (masa sekolah rendah ler)
Permainan pulas jari dengan dak2 lelaki.. wahaha.. menang tu! heee



7. Pada usia berapa, anda mula bercintun?
Bercintun? setelah bekerja...



8. Bahasa negeri mana yang anda paling suka dengar?
Kedah dan Kelantan



9. Genre muzik yang anda suka.
Slow rock dan balada


10. Siapa agaknya noe ni?
Bekerja. Seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya-mata.
Anak bongsu dalam keluarga.


11. Pendapat anda tentang blog noe ni, jujur tau.
Blog yang kemas dan sedap mata memandang. Posting menarik dengan penggunaan bahasa yang senang difahami. 


**Nurul tidak menyediakan soalan baru dan tidak tag sesiapa.

Wednesday, 28 May 2014

Rabu yang bisu # 22

Refresh : Makanan yang mengandungi lemak babi






   

Monday, 26 May 2014

The Liebster Award By Najah Mustapa

 

Tag oleh blogger  +Najah Mustapa
Sesape yang belum mengenali beliau boleh terjah sini --->  RealitiHidupKu

Liebster Award by Najah Mustapa


Nurul terima tag pada 09 May 2014 tapi baru ni berkesempatan... Sorry ea Najah,
kelambatan plak menjawabnya :))

Soalan yang Nurul kena jawab ialah :

1. Apa maksud nama awak?
- Cahaya petunjuk Allah


2. Bagaimana usaha yang ingin dilakukan untuk memartabatkan kembali islam
- Betulkan aqidah


3. Sehari berapa muka baca quran?
- Buat masa ni belum mampu membaca setiap hari tapi berusaha menerapkan apa yang terkandung dalam kehidupan seharian. In shaa Allah


4. Berapa kali update blog dalam masa sebulan?
- Mengikut masa terluang


5. Dalam sebulan berapa buah buku diniah yang habis dibaca?
- Habis baca 1 buku takde sebab Nurul baca lompat2, yang mana berkenaan sahaja.


6. Bagi 7 hobi yang dibuat pada masa lapang
- SPA, Shopping, Mencuba tempat / makan baru, Membaca, Menjahit dan Melayari Internet.


7. Kalau dapat menjadi CEO di syarikat microsoft menggantikan bill gates, apa yang akan dibuat? -Meneruskan apa yang dah ada sambil melihat peluang baru untuk berkembang.


8. Mudah bangun pagi tak?
- Mudah


9. Kereta apakah yang ingin dibeli jika ada yang ingin sponsor?
- Audi R8


10. Sebutkan tempat di dunia yang ingin dilawati bersama family, dan bersama rakan taulan.
- Switzerland


**Nurul tidak menyediakan soalan baru dan tidak tag sesiapa.


Ini semua Piala Thomas punya pasal!!

Morning n salam uolss.. 

Gumbira hati mendapat whatsapp yang ini, wahh... ada harapan coti!
Namun harapan tinggal harapan.. hanya mampu berputih mata melihat piala jatuh pada Jepun..uhukss
Bye Thomas Cup!

Ini semua Piala Thomas punya pasal!!

Harapan berbunga lagi disubuh hari... Kawan forward whatsapp.. aikkkk.. betol ka?? 
Otak kata..impossible, hati kata.. possible .. berperang dengan perasaan pada benda yang 
dah tau takde.. wahahahaha 

Ini semua Piala Thomas punya pasal!!

Pengakhiran cerita :

Ini semua Piala Thomas punya pasal!!

Ini semua Piala Thomas punya pasal!!

Sekian cerita dipagi Monday yang BLUES .. Huhu..


Thursday, 22 May 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Salam. Jom join simple giveaway dengan hadiah yang oHsem

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih
Klik banner untuk JOIN. Akan tamat pada 04 June 2014

Syarat-syarat penyertaan:
Mestilah mempunyai blog/website dan akaun Google+

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
Tempat Pertama: 1 X RM100
Tempat Kedua: 1 X RM60
Tempat Ketiga: 1 X RM40
Hadiah Saguhati: 5 X RM20

    Pemenang 100% by Random.org

    Hurry! :D


    Monday, 19 May 2014

    Akulah si Ikan Kitang

    Salam.

    Tenghari semalam entry Nurul ada menyebut ikan kitang.. Tak mana glemer ikan kitang ni rupanya hihii.. ada juga yang tak tahu kewujudannya dari komen-komen entry semalam.  Ingat punya ingat, ada 2 ekor lagi dalam freezer, tapi sirip atasnya tu sudah dipotong, minta abang pasar tu potongkan sekali.. siripnye kalau tertusuk... perghhh.. bisanya memang tersangat sakittt..! so hati-hati ye..

    Aku la si Ikan Kitang
    Salam kenal..  Saya Kitang...

    Ikan Kitang ni sesuai dimasak dalam pelbagai masakan. Asam pedas, Kari Asam, Masak Singgang, Masak sambal, Goreng Kunyit atau dibakar cicah dengan sambal kicap atau sambal Asam. 

    Nurul cuma dapat ikan ni di Pasar Awam Taman Universiti(Johor), dijual RM14/kg... itupun dah pesan kat abang pasar tu calling2 kalau ada ikan pilihan... Abang ni cuma jual ikan segar tangkap sendiri, before 9am habis dah semua ikan-ikannya seperti Ikan Kitang, Ikan Sembilang, Ikan Debam, Ikan Susu, Ikan Belanak tapi pun bergantung pada hasil tangkapannya malam tu.

    Aku la si Ikan Kitang
    Ikan Kitang Masak Asam Pedas

    Menurut komen seorang blogger +Khamsi Abdullah, kat area PCB pun panggil ikan ni Kitang, pemancing area KL pun panggil Kitang juga.. kat Jb dengan Spore pun panggil Kitang. Tempat selain tu mungkin ada nama lain kot.. ce citer :D


    Sunday, 18 May 2014

    Roti Canai Segera dan Asam pedas ikan Kitang!

    Happy Sunday morning.. Ahad ni layan bfast kat rumah je.. Teringat last Thursday ade beli roti canai segera kat Econsave.

    Nurul suka jenama Kawan sebab tak berminyak dan selalu Nurul masak extra garing tanpa minyak.. Kena dengan selera. 3 keping pun sekali lalu je... Ahakss :-) , ade pula offer time tu. Beli 3 percuma 1 tapi percumanya itu roti Chapatti.

    Roti Canai Segera dan Asam pedas ikan Kitang!
    Roti Canai jenama Kawan

    Layan dengan baki asam pedas ikan kitang semalam.. Jangan tanya lak ikan kitang tu camne rupe... kang dengan poyonye Nurul kata, serupa Angelina Jolie miahahaaa...

    Urmm... Honestly, dah check dengan mum, name glemernye memang kitang, rupe paras macam bawal tp kitang ni putih skit, rasa pun beza. Kalau Nurul ke pasar dan kalau tak lupa tinggalkn 'segan' tu kat umah.. Nurul amik la pic ikan kitang tu ea :-D 

    Roti Canai Segera dan Asam pedas ikan Kitang!
    Asam Pedas Ikan Kitang & Roti Canai Segera

    Thursday, 15 May 2014

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village

    Bergerak menyusuri jalanraya menuju ke daerah Kudat, Nurul mengikuti adik untuk menghantar set tagungnya(Set Gong) untuk diservis, menurutnya, bunyi sudah 'lari' tune.. baru Nurul tau, rupanye, gong ni pun kena servis juga.. ramai yang nak sewa set gong ini untuk majlis kawin, di Sabah, khasnya Tamparuli, kurang meriah majlis perkahwinan tanpa paluan gong menyambut kedatangan pengantin lelaki atau perempuan.
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village

    Kg. Sumangkap ini terletak kira-kira 92 kilometres dari bandar Kota Kinabalu, dalam 2jam perjalanan.
    Penduduk kampungnya kaum Rungus, salah satu cabang bangsa Kadazan.

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    We are here!
    Kelihatan lengang kampung ini, kami datang weekday, memang beginilah keadaannya, kalau weekend, public holiday atau school holiday memang meriah kampung ni, menerima kunjungan orang luar, tempatan atau luar negara.

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village

    Kelihatan deretan bengkel juga kedai menjual gong. Disini, kita boleh menyaksikan sendiri pembuatan gong oleh pembuat-pembuat gong yang mahir, kemahiran diwarisi turun temurun.

    Jom layan pic... cakap banyak tak guna :p

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Gong yang ditempah khas
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Gong yang juga ditempah khas

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Bengkel gong

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Bengkel gong
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Disinilah asal tagung dibeli dan disini jugalah servis akan dijalankan
    sebab pembuat asal lebih arif tentang kelebihan dan kelemahan tagong buatannya
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Sedang menguji bunyi gong selepas diservis
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Hadapan : Seni bina rumah yang unik penduduk tempatan sini
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Adik manis sapa nama? bagi interframe sini :D
    Ini mercu tanda kg ini.. Giant Gong

    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Cenderahati yang boleh didapati disini
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Lagi cenderahati... Tip of Borneo berdekatan dengan
    Kg. ini, sudah dalam kawasan Kudat
    Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
    Yang belakang tu cenderahati, yang depan warna coklat tu 
    adalah set kulintangan, salah satu alat musik tradisi 7 sekawan

    Saya sayang mak sangat-sangat!

    Quotation dalam entry ni antara yang Nurul terima sempena hari ibu baru-baru ni, bagi Nurul hari Ibu adalah setiap hari, tidak ada hari yang mampu Nurul lalui tanpa mengingati mak, jauh dimata namun sangat dekat diwhatsapp... 

    Saya sayang mak sangat-sangat!

    Nurul rasakan tepat bila ada pepatah mengatakan, kita tidak mungkin dapat menjiwai naluri perasaan seorang ibu selagi kita tidak berada ditempat mereka, disaat kita bergelar ibu, disaat itu jugalah fikiran kita terrrtukar tanpa dapat ditahan.. mula berfikir seperti mereka...ketakutan, kebimbangan, kerisauan, dan segala macam ke.. mula menghantui fikiran, kadang-kadang ketakutan yang tidak rasional, namun itulah Ibu, kita tidak mungkin mampu menghalau seekor nyamuk pun dari menghinggapi mereka walau depan mata, hanya pada Allah kita memohon pertolongan, pasrah dan tawakal untuk semua ketentuannya.
    Untuk semua yang bergelar anak diluar sana(termasuk Nurul).. walau segunung emas atau selautan permata anda mampu hadiahkan kepada ibu, itu bukanlah bandingan pada kasihsayang mereka.. Kasih ibu sanggup berkorban segala, bukan sekadar lapar dahaga malah nyawa sanggup digadai untuk menjadi benteng pertahanan anak-anaknya. 


    Saya sayang mak sangat-sangat!

    Wang ringgit bukanlah apa yang mereka harapkan. Cukuplah sekadar meluangkan sedikit masa, bertanya khabar, sihat ke tidak, dah makan ke belum.. Pandang mata mereka dikala anda bercerita kisah-kisah kecil anda.. begitu redup dan bercahaya-cahaya mata tua itu. Disaat kesibukan melanda kita, hadirkan kembali memori suatu waktu dulu semasa kita masih berharap sepenuhnya pada ibu, pasti anda dengan ringan tangan mendail no. telefon ibu.

    Saya sayang mak sangat-sangat!

    Banyak kenangan yang sangat mengusik perasaan Nurul bila mengingati ibu. Hanya dengan mengingati ibu sahaja, airmata Nurul pasti akan mengalir. Terkenangkan semula, masa Nurul masih belajar ditadika, setiap hari ibu menghantar dan menjemput balik, masa balik ibu pasti singgah kat satu kedai makan yang Nurul suka sangat makan bubur ayamnya... tempat tu pun dah takde dah sekarang namun memori tu menjadi satu memori yang amat sentimental nilainya buat Nurul.

    Saya sayang mak sangat-sangat!

    Walaupun Nurul bertemu muka dengan mak dua-tiga kali je setahun namun doa sentiasa bersama mak. Semoga mak terbuka hati untuk turut bersama-sama Nurul dalam 'kehidupan' baru ini.. Semoga Allah memberikan hidayah dan mengetuk pintu hati mak.. In shaa Allah. 

    Saya sayang mak sangat-sangat!

    Nurul sayang mak sangat-sangat!