Quotation dalam entry ni antara yang Nurul terima sempena hari ibu baru-baru ni, bagi Nurul hari Ibu adalah setiap hari, tidak ada hari yang mampu Nurul lalui tanpa mengingati mak, jauh dimata namun sangat dekat diwhatsapp...
Nurul rasakan tepat bila ada pepatah mengatakan,
kita tidak mungkin dapat menjiwai naluri perasaan seorang ibu selagi kita tidak berada ditempat mereka, disaat kita bergelar ibu, disaat itu jugalah fikiran kita terrrtukar tanpa dapat ditahan.. mula berfikir seperti mereka...ketakutan, kebimbangan, kerisauan, dan segala macam ke.. mula menghantui fikiran, kadang-kadang ketakutan yang tidak rasional, namun itulah Ibu, kita tidak mungkin mampu menghalau seekor nyamuk pun dari menghinggapi mereka walau depan mata, hanya pada Allah kita memohon pertolongan, pasrah dan tawakal untuk semua ketentuannya.
Untuk semua yang bergelar anak diluar sana(termasuk Nurul).. walau segunung emas atau selautan permata anda mampu hadiahkan kepada ibu, itu bukanlah bandingan pada kasihsayang mereka.. Kasih ibu sanggup berkorban segala, bukan sekadar lapar dahaga malah nyawa sanggup digadai untuk menjadi benteng pertahanan anak-anaknya.
Wang ringgit bukanlah apa yang mereka harapkan. Cukuplah sekadar meluangkan sedikit masa, bertanya khabar, sihat ke tidak, dah makan ke belum.. Pandang mata mereka dikala anda bercerita kisah-kisah kecil anda.. begitu redup dan bercahaya-cahaya mata tua itu. Disaat kesibukan melanda kita, hadirkan kembali memori suatu waktu dulu semasa kita masih berharap sepenuhnya pada ibu, pasti anda dengan ringan tangan mendail no. telefon ibu.
Banyak kenangan yang sangat mengusik perasaan Nurul bila mengingati ibu. Hanya dengan mengingati ibu sahaja, airmata Nurul pasti akan mengalir. Terkenangkan semula, masa Nurul masih belajar ditadika, setiap hari ibu menghantar dan menjemput balik, masa balik ibu pasti singgah kat satu kedai makan yang Nurul suka sangat makan bubur ayamnya... tempat tu pun dah takde dah sekarang namun memori tu menjadi satu memori yang amat sentimental nilainya buat Nurul.
Walaupun Nurul bertemu muka dengan mak dua-tiga kali je setahun namun doa sentiasa bersama mak. Semoga mak terbuka hati untuk turut bersama-sama Nurul dalam 'kehidupan' baru ini.. Semoga Allah memberikan hidayah dan mengetuk pintu hati mak.. In shaa Allah.
Nurul sayang mak sangat-sangat!