Thursday, 26 June 2014

SEGMEN - Jom Blogwalking # 1 | MissNick

Assalamua'alaikum...

 segmen-jom-blogwalking-1

Segmen yang simple, cuma tinggalkan URL.. 
mehlah sama-sama support 1st segmen MissNick ni..

Segmen berakhir 10:00 malam, 26 Jun 2014
Sooo.. Hurry peeps! :D

Wednesday, 25 June 2014

Rabu yang bisu # 25


Pasukan Brazil versi Khairy Jamaluddin

Berita lanjut boleh klik sumber : www.relevansokmo.com

Monday, 23 June 2014

Idea recycle Tayar Terbuang # 1

JOM BINA TAMAN PERMAINAN DARI TAYAR TERBUANG!

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
Kiutnyee..

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
Memang comeh kan? kan?

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
warna yang digunakan tu.. ceria sangat!

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
Menarik!

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
ala2 rocking chair la ni.. hihi

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
Grrhh...comeh! 

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
Swan putih juga dari tayar terpakai

Idea recycle Tayar Terbuang # 1
Step by step buat pasu osem dari tayar terbuang.. dah siap bole cat ikut warna kesukaan!
Selamat mencuba!
*Idea recycle tayar ini diambil dari posting seorang kawan dalam laman web syarikat dan tidak dinyatakan sumber.

Idea recycle Tayar Terbuang # 2

Hiasai kediaman anda dengan Tayar Terbuang!

Idea recycle Tayar Terbuang # 2
Woww... !

Idea recycle Tayar Terbuang # 2
I want! I want!...

Idea recycle Tayar Terbuang # 2
Unik kan?

Idea recycle Tayar Terbuang # 2
pun rare!

Idea recycle Tayar Terbuang # 2
colorful!

Idea recycle Tayar Terbuang # 2
wahh.. like sangat!

Idea recycle Tayar Terbuang # 2
Untuk kucing pun boleh :D

*Idea recycle tayar ini diambil dari posting seorang kawan dalam laman web syarikat dan tidak dinyatakan sumber.

Friday, 20 June 2014

Mutiara Iman : Perbualan Dua Malaikat

Mutiara Iman : Perbualan Dua MalaikatAdalah pada suatu musim haji, seorang ulamak yang terkenal dan juga ahli sufi iaitu Hasan Al-Basri pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur.

Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.


Berkatalah Malaikat pertama, " sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini."


Kata Malaikat kedua, " Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.  Kata Malaikat yang pertama, " tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?


" Kata Malaikat yang kedua, "hanya Allah jua yang Maha Mengetahui." Berkata lagi Malaikat yang pertama, "tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?"


"Tidak, jawab Malaikat yang kedua."


Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, "mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur."


Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat  akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.


Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak  memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan  perihal mimpinya itu.



Lalu berkatalah si Tukang Kasut. " Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi  Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal 
yang menyara enam orang anak.


Mutiara Iman : Perbualan Dua Malaikat Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang
baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu sayadengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.


Setelah  mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil  keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.


"Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan", berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.


Sumber gambar hiasan dari Google Images

Tuesday, 17 June 2014

Mengembara mencari Rojak Asma Johor

Assalamualaikum.

Ahad baru lalu ni(15/6/2014), bapa tiba-tiba kata teringin nak makan rojak Asma, pening juga memikirkan.. dimanaaaa ya..macam teringat-ingat je.. tebayang-bayang jee kedai yang menjual rojak Asma tapi lupa kat area  mana..  urmm.. restoran mamak cuma jual basic rojak mamak + mee je, bapa bukan nak yang tu..

Start keta.. Thinkk... thinkk....pandu tanpa tujuan sambil otak ligat berfikir... kat pasar malam biasanya ada jual rojak ni tapi masalahnya, hari ni pasar malam taman mane ea? aduiii... tak sampai hati menghampakan harapan bapa. Sampai area Tampoi baru teringat... haaa... @Mart Tampoi!!

Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Inilah @mart Tampoi Johor (gambar yg ni ihsan googles images)
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Inilah gerai tu, terletak di Medan Selera @mart Tampoi
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Woww..banyak sungguh pilihan..! 
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Sambal sotong kembang ada...
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Sotong goreng tepung pun ada...
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Tempe goreng! ni musti ada..fevret bapa ni..
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
yang ni.. sure kena tolak tepi, Nurul lah yang makan.. haha
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Peniaga tengah mengisi kuah dalam plastik.. Kuahnya memang sedap,
ngam-ngam pass orang kata :D
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
dah sampai umah...Tara!! siap untuk dimakan...

P/S: Rojak Asma ni sama tak dengan Rojak Pasembor Kat Penang tu?

Sunday, 15 June 2014

Semangat kejiranan yang hilang..

Assalamua'laikum.

Hari ini merupakan hari pertama sekolah selepas cuti sekolah pertengahan tahun. Awal pagi sudah kedengaran bising kereta lalu-lalang depan rumah, juga petanda esok pagi keadaan jalan-raya akan kembali sesak seperti selalu.

Sejak kerajaan Johor mengistiharkan pada awal tahun ni, cuti resmi hujung minggu untuk negeri Johor adalah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, kenduri kawin banyak diadakan pada hari Sabtu sebab hanya Sabtu pekerja kerajaan dan swasta cuti bersama.

Semalam Nurul menghadiri 3 jemputan majlis kawin. Jemputan yang terakhir agak istimewa sikit. Pelik tapi benar. Tengok pada photo bawah ni:

Semangat kejiranan yang hilang..
Apa yang anda lihat?

Nurul bertanya pada mak pengantin, kenapa agaknya kereta itu tidak dialihkan. "Sejak semalam jiran sebelah rumah sudah diberitahu tapi dia sekadar kata..apa?.. Ooo..! Masa tu tengah nak pasang khemah, ingatkan dia nak alihkan pagi, sampai petang ni dia tak alihkan pun, takpelah.. Nak buat camne, dah depan rumah dia" 

Inilah pertama seumur hidup melihat keadaan sebegini. So irritating..! Pentingkan diri sendiri! secara tak langsung ia mencerminkan hati dan keperibadian orang tersebut. 

Sama-samalah kita menahan diri dari bersikap sebegini kerana ia hanya mengundang persepsi buruk dari jiran setempat dan orang yang datang dan memalukan diri sendiri sahaja.


Wednesday, 11 June 2014

The Liebster Award by Yun Sing

Assalamualaikum... 


Tag untuk Liebster Award oleh blogger Yun Sing, bolehlah terjah blog adik ni untuk berkenal-kenalan bagi yang belum bersuai-kenal lagi... 

Timekasihlah sudi tag.. hehee 


Soalan Yun Sing:

1. Satu perkataan yang menggambarkan hidup korang?
  • Feel blest

2. Perkara yang korang tak suka pasal blog saya?
  • Okay je :D

3. Kepci (KFC) atau McD?
  • Cuba menghindar dari fastfood tapi kalau kena juga, pilih KFC

4. Quote yang korang rasa best?

  • Dun depend too much on any1 because even ur shadow leaves u when u r in darkness

5. Korang mudah menangis tak?
  • Perasaan mudah terusik terutama berita mengenai penganiayaan kanak-kanak atau orang tua

6. Aktiviti sukan yang digemari?
  • Aerobic

7. Korang dari negeri mana?
  • Asal Sabah. Sekarang menetap di Johor Bahru

8. Seni visual atau muzik? Kenapa?
  • Kedua-duanya. Pendedahan dari kecil

9. Sekiranya anda berada di suatu kawasan pelik, dan seimbas lalu anda seperti ternampak seorang yang berlari dan hilang dari pandangan anda. Apakah tindakan anda?
  • Menoleh kearah hilangnya imbasan tersebut

10. Mimpi paling ngeri yang korang pernah alami?
  • Belum ada (Jarang sangat bermimpi)

11. Sekiranya anda diberi pilihan, adakah anda akan memilih kuasa untuk melihat perkara yang sudah lalu, kuasa untuk melihat sesuatu yang akan berlaku atau memilih untuk tidak mempunyai kuasa? Kenapa?
  • Kuasa untuk melihat yang akan berlaku. Untuk membantu pada yang memerlukan.


**Nurul tidak menyediakan soalan baru dan tidak tag sesiapa.


Ayat-ayat pemusnah sel barah


Ayat-ayat pemusnah sel barah
Assalamualaikum...

Whatsapp sharing ni datang dari seorang teman, mudah-mudahan dapat membantu pada yang memerlukan. Nurul dapat merasakan perasaan mereka yang menderita sakit barah/kanser juga perasaan keluarga terdekat, sama macam adik Nurul lalui dulu, pernah Nurul kongsikan di entry ini

Kita berusaha dengan apa sahaja cara dan setelah itu barulah bertawakal. Percayalah kepada kuasa Allah.. tiada apa yang mustahil jika Allah menghendakinya.


********************************************************************************************************************

  
AYAT-AYAT PEMUSNAH SEL-SEL BARAH


Ayat-ayat pemusnah sel barahLapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya
Moga mendapat kesembuhan....In shaa Allah


Photo dari google images

Monday, 9 June 2014

Cuti-cuti Malaysia : Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia

COLMAR TROPICALE yang terletak di Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Berdekatan dengan Genting Highlands. Ia terkenal dengan bangunan bertemakan French- Colmar.
Jom.. biarkan gambar berbicara plak..

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Convention Center, bangunan yang pertama kita jumpa selepas pondok membayar Entrance Fee
Boleh park kereta kat sini, tapi agak menapak kebawah atau boleh juga terus lagi menuju
kebawah dan parking dibawah hotel

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Memandu dari Convention Center kita akan menuju kesini, parking bas area dan mencelah masuk antara bas
menuju parking bawah hotel

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
dari mencelah masuk antara bas, kita akan sampai kesini dan bolehlah mencari parking.

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Dari lobby hotel kita akan keluar kesini

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Buat masa ini, hanya dua deret bangunan yang ada, seperti dalam gambar.

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Bangunan yang berwarna-warni dengan senireka bertemakan French

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Tangga menuju kebawah, dimana terletaknya kolam/terusan
yang merupakan kediaman Swan putih dan hitam

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Teruja melihat Swan putih..

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Jarang melihat Swan hitam...


Personal Review : Dengan Entrance Fee sebanyak RM12/dewasa dan RM8/kanak-kanak(12yrs kebawah). Masih berbaloi untuk melihat suasana 'luarnegara' yang ada disini. Makanan memang agak mahal, sesuai sebagai kawasan pelancongan. Sejujurnya, apa yang Nurul bayangkan dan harapkan sebelum menjejakkan kaki kesini memang berbeza.

Kalau ditanya adakah Nurul akan kembali kesini? Yes! Kalau Nurul duduk sekitar KL sebab dekat dan bolehlah masuk list lepak-lepak malam atau hujung minggu, tapi memandangkan Nurul duduk JB so pilihan buat masa ni jatuh kepada tidak, melainkan ada penambahan..


Thursday, 5 June 2014

Jom tanam pokok Anggur..

Awal2 nak habaq mai yang bukan Nurul punya order tapi kawan ofc, dia cerita yang dia order pokok anggur dari website. Bila kawan kata yang website tu akan kirim dengan tanah sekali dan pokok anggurnya sudah setinggi 2kaki ... erkkk... memang pelik sangat rasanya.. kiriman poslaju pokok setinggi 2kaki yang tertanam kat tanah?? Biaq betoi! 

Nurul pesan, kalau dapat kiriman tu, amik pic step by step tau.. haha.. die tak tau akal Nurul ni dah panjang sampai ke blog... Ssyyshhhh.. rahsie kite-kite jek.. hihi.. Nurul memang curious, macam mana agaknya cara dorang packing.

Honestly, bila dapat je whatsapp member ni..  tersangatlah kagum.. memang pro! Menggunakan semula bekas botol plastik.. memang idea yang brilliant!

Jom tanam pokok Anggur..

Jom tanam pokok Anggur..

Jom tanam pokok Anggur..

Jom tanam pokok Anggur..

Jom tanam pokok Anggur..
TARRAAAA!! Masih segar nampak daun Anggur tu kan?

Sapa-sapa yang nak post pokok bole la ikut cara ni kan...  

Sapa yang berminat tu bole la ke website ini Semuamenjadi banyak info tentang tanaman yang bole kita dapat. Kalau tengah stress, tengok pokok-pokok hijau dan bunga-bunga kat blog ni pun rasa relax..
hilang jap stress tu :D