بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum...
Ada sesiapa yang berminat nak mencuba membuat Tapai Pulut selepas membaca entry Nurul tentang Tapai Pulut kat SINI? Ni ada resipinye.. ce la buat :))
Tapai Pulut Daun Keladi |
Bahan-bahan :
- 1kg beras pulut
- 1/2 biji ragi
- Bekas untuk menyimpan/daun untuk membungkus
Cara membuatnya :
- Tanak pulut. Jangan terlebih masak nanti lembik. Nisbah pulut sama dengan nisbah air 1:1
- Selepas masak.. Sejukkan pulut. Keluarkan dari periuk dan ratakan nipis-nipis dalam bekas yang leper. Contohnya : Dulang
- Pastikan dah betul-betul sejuk sebelum menaburkan ragi yang telah ditumbuk halus.
- Gaulkan/terbalikkan pulut dan letak lagi ragi jika ada pulut yang tak terkena ragi.
- Sebaik-baiknya ayak ragi yang telah ditumbuk tu diatas pulut yang sudah sejuk.
- Masukkan dalam bekas plastik atau bungkus dengan daun
- Simpan lebihkurang 2 hari untuk tapai masak.
Selamat Mencuba :))
No comments:
Post a Comment
Terimakasih meninggalkan jejak disini^^