Tuesday, 10 March 2015

Tapai Pulut Daun Keladi


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum

Pernah ke makan Tapai  Pulut yang dibungkus dengan daun keladi? keladi berdaun extra lebar ni, biasanya tumbuh meliar je, tidak ditanam, kata Mak, tak bole makan ubinye.. so far memang keladi ni cuma kita gunakan daunnye je..jangan lak memandai amik sebarangan daun keladi untuk bungkus tapai ye.. cuma daun keladi macam dalam gambar bawah ni je.. kalau takde daun keladi jenis ni, guna daun getah pun bole, Nurul pernah makan kat rumah sahabat dari Terengganu.. ok juga, adalah aroma daun getahnye kat situ.. itu yang membuatnya unik kan..


Tapai Manis Sabah yang unik


Cantik Lipatan Tapai Pulut Daun Keladi ni kan? kelihatan kemas, tebal bungkusan ni sebab daun keladi tu sangat lebar..Hihii.. tu diaaa.. daun je besar, tapainye to'eeettt jek tapi manis dan sedap :))


Tapai Manis Sabah yang unik


Di Sabah, tapai pulut mudah untuk dijumpai, apalagi kalau tiba musim tamu.. ia dijual sama darjat dengan kuih-muih yang lain macam gambar bawah ni.. 


Tapai Pulut Daun Keladi Sabah yang unik


ermacam-macam jenis kuih boleh dijumpai masa hari tamu.. kuih-muih tradisi kaum masing... kuih yang berwarna hijau dan coklat kat bawah ni adalah kuih penjaram atau penyaram kuih tradisi kaum Bajau. 

Tapai Pulut Daun Keladi Sabah yang unik
Kuih Cincin ~ Ihsan google images

Satu kuih yang sangat popular dikalangan pelancong ke Sabah adalah Kuih Cincin, kuihnya manis lemak dan sangat crunchy..kuih ini kuih Tradisi orang Brunei.. rasa sekali nak berali-kali.. wahh.. gitu! hahha..  jangan lupa mendapatkan Kuih ini kalau jenjalan ke Sabah ye :)



Post a Comment