بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kursus eglobal online ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang online marketing, selaras dengan kepesatan perniagaan online yang begitu berkembang dengan meriahnya sekarang ini. Antara kandungan kursus yang menarik bagi Nurul adalah pembinaan "Shopping Cart" yang boleh digabungkan pada Facebook melalui "Pages"..
Nurul ada letakkan link kat tepi kanan atas tu.. ce nengok.. klik la sekali :)) nampak tak? yang tulis camni MyStylista4u .. Masih dalam pembikinan tapi dah Nurul dah masuklah juga sikit-sikit apa yang ada.. Happynya dapat menambah ilmu walaupun taklah segempaq mana.. hehee.. :))
Kandungan yang lainnya seperti pendaftaran untuk akaun email, facebook dan pages mungkin sudah tidak perlu diajar lagi pada sesetengah yang celik IT, namun disamping itu, banyak ilmu, nasihat, tips berharga yang dikongsi bersama.. sesuatu yang baru untuk diterokai.
Dari kediaman Nurul, kadang menaiki buggy ke bangunan utama tempat kursus dijalankan.. comel lote tu kawan sebilik Nurul yang turut sama menimba ilmu dalam kursus ini. Beliau bertugas sebagai seorang guru disalah satu sekolah menengah sekitar sini.. baik sangat orangnya :D
Selepas bersarapan terus menuju kesini.. inilah bilik kursus.. penyelaras belum sampai untuk membuka pintu. Para peserta kursus kebanyakannya sudah mempunyai perniagaan sendiri, cuma Nurul dan kawan sebilik je yang datang untuk mendapatkan ilmu keusahawanan ni.. datang dengan timba yang kosong..hehee
Salah satu sebab kenapa Nurul mengikuti kursus ini ialah berkenal-kenalan dengan usahawan untuk mendapatkan tips dan networking untuk bertanya pada perkara-perkara yang tidak Nurul ketahui dan perlu diketahui sebelum bergelar usahawan.
Yang bertali leher tu adalah En. Azmi, beliau adalah Consultant dari Nova Sdn. Bhd. yang mengajar kami tentang eglobal online.. beliau berpengetahuan luas dalam bidang ni dan banyak berkongsi idea-idea dan cadangan perniagaan.
Antara peserta kursus.. adik manis yang duduk sebelah Nurul ni merupakan pengeluar dan pembekal keropok lekor.. mempunyai kilang memproses dan mengedarkannya sehingga ke KL. Peserta termuda dalam kursus ni berusia 18tahun, mempunyai impian untuk membuka perniagaan online yang sistematik.
Tekun mendengar ucapan penutupan.. ucapan yang amat bersemangat dari PUSMA Johor.. Menurut beliau, MARA Kulaijaya adalah yang pertama mengadakan kursus seumpama ini.
Ini adalah kursus keusahawan yang pertama Nurul sertai, tujuan Nurul adalah mendapatkan pengetahuan tentang perniagaan tak kiralah online atau offline, mempersiapkan diri sebelum menceburi bidang perniagaan sepenuh-masa.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih meninggalkan jejak disini^^