Tuesday, 7 April 2015

The Legends Golf & Country Resort, Sedenak Johor

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 Assalamu'alaikum..

Lama juga tak buat direct posting ni.. beberapa posting dari minggu lepas Auto publish je.. tu yang nampak posting tapi takde blogwalk.. 4H3M menghadiri kursus di The Legends, Sedenak Johor, dari 30Mac sampailah 2Apr.. masuk ofc Jumaat, 3Apr, keje dah menunggu.. adess.. hahaa.. tapi suka  dalam keadaan terkejar-kejar ni, takde masa untuk memikirkan bende remeh-temeh.. berlumba dengan masa.. walaupun of course la MASA yang menang^^....  timekasi bebanyak yang sudi menjengah humble blog ni sepanjang ketiadaan :))

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

The Legends Golf & Resort menyediakan penginapan berbentuk banglo and guestroom.. selesa sebab jauh dari hiruk-pikuk kota.. disini tiada shopping complex, tiada kedai runcit, jalanraya memang mati disini, sesekali lari dari rutin biasa, dikelilingi kehijauan padang golf.. ketenangan alam menyuntik semangat baru juga sesuai untuk bermuhasabah..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Ikan Koi  menyambut kedatangan tetamu, kolam terletak dikiri dan kanan pintu masuk utama resort.. pertamakali menjejakkan kaki disini, terasa ketenangan menyapa dalam hati.. 


The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Dalam berapa hari bermukim di The Legend Golf & Resort, sinilah Nurul bfast, lunch dan dinner bersama kawan-kawan baru dikenali..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor

Diluar ruang makan terhampar pemandangan hijau saujana mata memandang.. bila pandang jauh-jauh kehujung sana.. fikiran menerawang ke kampung.. kampung Nurul kan dikelilingi kehijauan alam.. berat pula rasa dalam hati.. rindulah agaknye tu :)


The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Tangga belakang menuju kediaman Nurul.. harus menapak turun kebawah.. naik kereta also can, tapi prefer jalan kaki je..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

3malam Nurul menghabiskan masa diatas katil empuk ni.. selesa tanpa sebarang gangguan mimpi.. hihii.. penat sangat kot menimba ilmu... uolls imagine timba air dari telaga ye.. penatkannn.. hehee :p

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Yang ini thrill skit.. hahaha.. ala2 mandi open air gitu.. nampak tak bumbungnye hanya kayu jarang? simple tapi nice kan?

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Ruangan ini bersebelahan dengan ruang mandi open air diatas tadi.. dinding yang kelihatan tu memisahkan bilik tidur dengan ruangan ini, ruangan ini sebenarnya terletak diantara bilik mandi open air tu dengan bilik tidur..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

SPA ni terletak dibangunan utama, tapi takde kesempatan untuk merasainya sebab kursus bermula dari pukul 8am hinggalah 11malam.. disini juga ade jacuzzi juga kolam renang.. masa sangat terhad.. takpe.. next time bole mai sini lagi :)


Sesiapa yang berminat bermain golf atau sekadar merasai ketenangan jauh dari pencemaran bunyi bolehlah kesini... Waze je The Legends Golf and Resort.. pasti sampai, In shaa Allah


No comments:

Post a Comment

Terimakasih meninggalkan jejak disini^^