بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Showing posts with label Feeling low. Show all posts
Showing posts with label Feeling low. Show all posts
Thursday, 26 March 2015
Tuesday, 3 March 2015
Sakitnya tuh disini..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum...
Lawak melihat gambar diatas? haha.. memang lawak campur kiut kan? pernah tak rasa sakit hati? sakit sangat hati pada seseorang.. bukan sebab benci, bukan juga sebab marah tapi sebab.. jeng...jengg... hahha.. takyah la serius sangat weii... hehee.. urmm.. tapi sebab dia tak faham apa yang kita nak dia faham..
Susah juga nak bagi orang faham ni kan? mungkin juga dia faham tapi buat-buat tak faham? urmm... atau .. dia tanak terima ape yang kita nak dia faham? or..dia memang tak faham? ... or maybe.. frekuensi tak sama so memang tak dapat faham ape yang kita nak sampaikan? most probably kan? Adesss.. banyak sungguh kemungkinan.. .layannn je bak anggg....hahahaa...
so ape nak buat nak bagi dia faham? dah banyak..banyak... banyak kali dah bagitau but still the pandangan or cara fikir tu kenot ubah.. A masih A dan B masih B..duhh.. sakitnya tuh disini! huhuu...
- Gambar banyak2 ni semua ihsan google image -
Labels:
Feeling low
,
Motivasi
Saturday, 20 December 2014
Monolog...
Assalamu'alaikum...
Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari membuat pilihan. Sedar atau tak sedar, setiap masa, setiap detik, kita dihadapkan dengan pilihan.. Hidup adalah proses membuat pilihan.. dan aku bersetuju dengan kata-kata itu. Terjaga tidur diawal pagi, kita kena memilih bangun atau tidur lagi, nak mandi ke? berus gigi atau terus minum kopi.. urmm.. kopi or teh? dan begitulah seterusnya...
Itu pilihan yang biasa-biasa je, bagaimana pula kalau dengan pilihan luarbiasa? antara hidup dan mati? Memilih untuk melepaskan seseorang yang sangat dekat dihati juga umpama memilih hidup atau mati.. hilang dia lumpuhlah kehidupan, hilanglah semangat, seolah nafas terhenti, yang nampak cuma kelam..
Kadang kita cuba lari dari membuat pilihan yang seperti ini, terus mengalah, bertahan dan positif, suatu hari ia akan berakhir dengan baik2 saja walaupun dipenghujungnya kita dah tau, tetap derita... layakkah itu disebut pengorbanan? atau cuma kebodohan?
Mungkin juga ia boleh dinamakan ego, atau degil? entahlah.. ada soalan yang memang tidak ada jawaban atau tepatnya tak perlu jawapan kerana jawapan itu sebenarnya sudahpun ada, sangat terang didepan mata namun sesuatu menolak untuk menerima jawapan itu.
Mungkin lebih baik begitu.
Labels:
Feeling low
Wednesday, 17 December 2014
Bila disalah erti...
Assalamu'alaikum...
Hari ni Nurul nak cakap pasal prasangka, jangan pula ditanya mana dapat idea.. Ok2.. Idea dari seorang kawan bila datang mengomel.. menceceh panjang lagi lebar pada Nurul.. Betapa sakit hati dan geramnya dia bila apa yang dimaksudkan disalaherti oleh teman terciiiintanya.. Hohohoo.. Ini sudah bahye.. tunggu meletop je!!
Kawan : "Nurul, u just imagine situasi ni, tadi I tengah chat dengan Zul, tengah bual tu, suddenly dia hilang..senyap.. about 30mins, I bukan marah okayyy, I tau, mesti something happen, bila dia datang balik dan tulis "busy eaak?" kalau u la kat tempat i ni, confuse tak?
Dia yang hilang, tinggalkan I.. no word no nothing, and then dia juga yang tanya I busy ?! Bila i kata, i tunggu ur respon, dia kata " I gi beli twister, I selalu minum twister.." and i was like.. urmm.. ape kaitannya dengan selalu minum dengan pertanyaan I nape suddenly ilang? kalau betul pun nak ilang, bagilah tau macam sebelum-sebelum ini atau masa sambung chat, tulislah "sorry, I suddenly teringin sangat bla..bla...bla.... sampai tak sempat bagitau u" abis citer!

Bila I tanye lagi nape pula tiba-tiba begitu teringin sangat minum twister? dia kata, dia buka pintu umah, adik dia balik and terus gi kedai.. dia kata, sup cendawan yang dia makan lekat kat tekak so nak minum twister, pastu dalam tanye tu dia bole pula cakap, u ni tanya bukan-bukan, dah lah I belum lunch.. u dengar tak Nurul? dia kata dia belum lunch! daripada beli twister, nape tak lunch je sekali, dah tentu restoran pun sekali depan tu je!
It's so hard to believe la Nurul, i tau dia bukan rajin gi kedai, pemalas sangat! takat nak beli air!? memang tak lah! Selalu pun dia sampai menggigil tahan lapar disebabkan malasnya gi restoran apatah lagi hanya air! Dan i tau dia selalu tak pakai baju pun kat umah, mcm mana dia kata, buka pintu terus pegi? banyak yang buat I confuse... I tak rasa dia bagi jawapan yg betul dan i nakkan jawapan yg betul tu!! U faham tak Nurul? Nurul....!!
Adesss.. Aku tertidur sat rupenye dengar bebelan kawan tu.. Hiihiiiii..
Nurul : u tanyalah lagi...
Kawan : I dah tanye, dia cakap, "takkan beli air pun jadi hal", sedangkan bukan itu halnye, ade ke patut dia kata i jeles, kononnya, I marah sebab dia tak chat dengan i, memang bengang tahap gaban.. Takkan bodoh sangat sampai otak tu tak mampu nak faham.. Atau mungkin juga, dia tak dapat yakinkan I dengan alasan tu so dia confuse kan i??
Adesss.. tolong.. tolong... camne Nurul bole terbabit dlm hal ni.. tak reti nak nasihat pon!
Oh myyyy... So complicated...!!
Kesimpulannya, jangan pandang mudah pada orang yang dah tau rutin kita, dia bole membaca pergerakan kita walaupun tak nampak.. huhuu.. jawablah ape yang ditanya rather than create another different story.
Labels:
Feeling low
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


.jpg)




