Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, 3 March 2015

Sakitnya tuh disini..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Sakitnya tuh disini..


Lawak melihat gambar diatas? haha.. memang lawak campur kiut kan? pernah tak rasa sakit hati? sakit sangat hati pada seseorang.. bukan sebab benci, bukan juga sebab marah tapi sebab.. jeng...jengg... hahha.. takyah la serius sangat weii... hehee.. urmm.. tapi sebab dia tak faham apa yang kita nak dia faham.. 


Sakitnya tuh disini..



Susah juga nak bagi orang faham ni kan? mungkin juga dia faham tapi buat-buat tak faham? urmm... atau .. dia tanak terima ape yang kita nak dia faham? or..dia memang tak faham? ... or maybe.. frekuensi tak sama so memang tak dapat faham ape yang kita nak sampaikan? most probably kan? Adesss.. banyak sungguh kemungkinan.. .layannn je bak anggg....hahahaa...


Sakitnya tuh disini..


so ape nak buat nak bagi dia faham? dah banyak..banyak... banyak kali dah bagitau but still the pandangan or cara fikir tu kenot ubah.. A masih A dan B masih B..duhh.. sakitnya tuh disini! huhuu...


Sakitnya tuh disini..


- Gambar banyak2 ni semua ihsan google image -

Wednesday, 25 February 2015

Perasaan apakah?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum..

Perasaan. Susah untuk dimengerti, walaupun perasaan sendirikan? dalam gembira ada sedih, dalam sedih ada gembira..dalam memiliki ada rasa kehilangan, begitulah sebaliknya.. 


Perasaan apakah?


Ada ungkapan yang sering kita dengar "Jangan terlalu mengikut perasaan, diri sendiri merana".. mungkin ada betulnya sebab perasaan tu silih berganti so tak payahlah nak beriye-iye layan pon.. hehee.. kadang happy, kadang sedih, kadang over sensitif, bosan, sepi... kadang rasa cam nak nangis tapi bila difikir-fikir, takde ape pula yang perlu ditangiskan.. urmm.. 




Bila cakap pasal perasaan ni tak habis-habis sebenarnya.. Setiap hari semua perkara yang berlaku disekeliling membuatkan kita bermain dengan perasaan, tak kiralah kehidupan peribadi, alam pekerjaan, hubungan sesama manusia, alam sekeliling, semuanya memerlukan perasaan untuk bersikap dan seterusnya menentukan tindakan yang akan kita ambil terhadap satu-satu keadaan itu... betul tak? haa? salah ke? hahaa.. ok2... mungkin juga Nurul salah.. huhuu :p


relax
Relax.. take it easy..

Orang yang optimis bukanlah orang yang hidup tanpa kesusahankan? orang yang optimis adalah orang yang sentiasa kuat menghadapi ujian atau cabaran.. sentiasa mencari-cari sudut positif pada setiap keadaan negatif, mampu mendidik hati agar sentiasa redha dan sabar serta yakin pada Qada dan Qadar Allah. In shaa Allah.


Wednesday, 18 February 2015

Rabu yang bisu # 39 : Sangka Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamua'alaikum..

Rabu yang bisu # 39 : Sangka Baik

Bersangka baik kunci sesuatu IKATAN
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita
kerana Allah faham isi hati kita
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita
Kerana tiada hakim sebaik ALLAH

Wednesday, 4 February 2015

Berzikir menenangkan hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Sentiasa mengingati Allah disetiap denyut nadi..
Dari dia kita datang dan pada dia jugalah kita akan kembali
Segalanya hanya pinjaman.. bukan hakiki..
dan bakal kita tinggalkan bila tiba masanya nanti..
Hanya ALLAH yang kekal abadi..

SUBHANALLAH.  ALHAMDULILLAH.  ALLAHUAKHBAR


Berzikir menenangkan hati



Berzikir menenangkan hati

Hidup selalu menawarkan pilihan...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum...

Berusaha dan bertawakal dan bukannya sekadar pasrah dan redha
pada DIA lah tempat kita menghadapkan segala permohonan dan pengharapan..
Allah maha pengasih, maha penyayang, maha segala-galanya..
In shaa Allah..


Hidup selalu menawarkan pilihan...


Thursday, 3 July 2014

Yakinlah! Ia pasti berlalu...


Yakinlah! Ia pasti berlalu...Dalam riuh ada sepi
Ada hati yang merintih
kepiluan tersirat berjuta pertanyaan

Aduhai hati yang merintih
Keampuhanmu pernah menjadi sebutan
Ketabahanmu pernah menjadi sanjungan
Desakan kerikil sekecil ini mana mungkin kau goyah!

Namun…
Dibalik tirai itu,
Hujan mengalir deras..
Untuk yang kesekian kali
Membanjiri tanah gersang
Menuruni lurah, melalui longkang, parit, sungai
Alirkan sekali keluh kesah yang menyesak dada
Hanyutkan hingga tidak bersisa

Kilauan matahari esok masih sama
Andai hujan turun lagi pun..
pasti berguna
   pada pokok-pokok,
   pada rumput-rumput,
   pada bunga-bunga..
pasti semakin segar…subur
bersama haruman semerbak

Siapa tahu..
Mungkin dipenghujung gerimis ini
ada pelangi menanti
memberikan warna-warna kehidupan
tidak menjanjikan kemewahan
tapi cukup dengan keikhlasan

Biarkan sepi berlalu bersama kilasan masa…

Yakinlah!

Ia pasti berlalu!

Tuesday, 11 February 2014

Mekanik wanita yang comel

Last Saturday Nurul nampak sesuatu yang memang rare! Nurul hantar keta untuk servis aircond, Nurul ke bengkel ni atas rekemen seorang kawan, katanya salah satu yang terbaik disini....sambil tunggu orang nak layan Nurul, Nurul duduk la kat satu kerusi, nampak someone baring kat lantai bawah sebijik MPV.. tak kisah la tu, pemandangan biasa kot kat bengkel.. eh....ehh... Pompuan laaaa.. muda lagi.. comel plak tu^^ 

Beberapa pertanyaan berlegar kat fikiran...
Bunga diantara kumbang-kumbang :D
Inilah bengkelnya.. censored beberapa info.. takut membahayakan cik adik comel ni :)




Wednesday, 4 December 2013

Rezeki yang mahal...

Agak lama juga gambar-gambar dibawah ini menghuni ruang photos di hp Nurul, gambar-gambar ini diambil semasa Nurul menjemput anak balik sekolah, sambil menunggu, Nurul berbual dengan salah seorang akak peniaga jajan disitu.


Menurut beliau, mula-mula berniaga memang terasa malu sangat tapi dipujuknya hati, lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.

"Majlis sekali-sekala akan datang memberi amaran namun tidaklah sampai bertindak drastik menyita barang dagangan kami. Mungkin pegawai-pegawai itu kesian dan faham yang pendapatan kami bukanlah banyak mana dan niat kami untuk membantu keluarga, Anak akak 4 orang, kecil-kecil lagi, kalau akak keluar bekerja, anak hantar pada orang pun, sorang dah RM200~RM250 sekarang ni, kalau 4 orang dah berapa?"


"Pada zaman sekarang ini, selangkah keluar rumah semuanya duit, dengan pendapatan suami akak yang bekerja sebagai penyelia kilang, dengar jumlahnya macam banyak tapi terus-terang akak akui, memang agak sempit, bukan tidak bersyukur namun itulah hakikatnya, dengan berniaga sebegini dapat juga akak membantu paling kurang RM1500 sebulan untuk menyelesaikan komitmen kami" 

Terbetik dalam hati, boleh tahan juga pendapatan akak ni.. rupanya, seawal 3 pagi beliau sudah bangun untuk  menyediakan kuih-muih untuk dihantar ke satu kedai runcit berdekatan rumahnya, beliau keluar rumah untuk berniaga jajan dalam pukul 11pagi hingga 1ptg di satu Sekolah Rendah area sini, selepas itu ke Sekolah Agama sekitar sini juga dari 1ptg hingga hampir 4ptg, balik rumah sebentar untuk mengoreng mee, kentang dan hotdog untuk dibawa ke Sekolah Menengah ini pula dari pukul 5.30ptg~7.15mlm.



Tidak lama perbualan kami terputus, jam rupanya sudah menunjukkan pukul 6.45ptg, kereta akak ni mula dikerumuni pelajar-pelajar sekolah yang kebanyakannya merupakan pelanggan tetapnya.. 


Sambil melihat akak ni mesra melayan telatah pelanggan-pelanggan kecilnya, dalam hati terselit pelbagai perasaan, perasaan simpati dan kagum silih berganti. Nurul percaya, sampai rumah sahaja, beliau pasti tidak akan duduk diam berehat selepas seharian 'bekerja'.


Begitulah secebis kisah kehidupan, Alhamdulillah, rezeki tetap ada bila dikais, ia ada dimana-mana bagi yang mahu dan berusaha!

Sunday, 27 October 2013

Adakah ini yang dinamakan YAKIN?

Nurul suka sangat dengan video singkat ini...tengok berulang-ulang kali pun tak bosan... terhibur dengan expresi muka yang pelbagai, dalam pada kelakar tu, Nurul kagum dengan `keyakinan tinggi' wanita ini :)

Enjoy....hahaha :D