Showing posts with label Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Hijrah. Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

Rabu yang bisu # 17






Monday, 14 April 2014

Choose forgiveness..







Thursday, 10 April 2014

Benarkah ANDA tidak pernah berjudi??

Last 2wks Nurul ke Pasar Borong Pandan(Johor Bahru) juga dikenali sebagai Pandan City ( klik link ni untuk cerita lanjut Apa ada di Pandan City), memang setiap hari Jumaat malam Sabtu Nurul berkunjung kesitu untuk membeli lauk-pauk basah untuk seminggu, berdepan dengan Pasar borong tu adalah Hypermarket, terdapat medan selera yang sentiasa havoc di malam hari tak kira wknd atau weekdays, malam tu Nurul tergerak nak singgah lepak2 minum kat medan selera situ, dari satu sudut, Nurul lihat begitu ramai orang mengerumuni sesuatu, semakin dekat, Nurul dapat menangkap suara orang, "lagi sikit... sikit... ala.... terlepas!" disambut dengan bunyi dengusan kecewa juga komen dan reaksi dari orang-orang yang melihat..
Pandan City, Johor Bahru

Wahh! rupanya ada 'permainan' baru diletakkan disitu... Hadiah yang ditawarkan begitu menggiurkan.. emas 916 (cincin, loket, subang) Handphone Note3, Jam berjenama. Nampak tak begitu pandainya peniaga memanipulatifkan keinginan prospek?

Begitu ramai yang beratur menunggu giliran untuk mencuba nasib.. alaaaa... 1 token singgit jeww..! Ada suara kedengaran kat tepi "dude, y not we try.. Sing100 enuff la.. takkan tak sangkut 1, klu dpt Note3 tu wahh gerek sey!" sepantas kilat otak Nurul mencongak SGD100 x 251(exchange rate semasa) = MYR251.. uisseehh.... 

Ada dua mesin diletak saling membelakang, dua2nye penuh orang.. nak tunggu clear utk amik pic mesin tu, jenuh la jugak.. pic yg dpt ni pun yang ke150juta kali kot tangkap eheee.. begitulah dasatnye penangan mesin ni!

Nurul sempat berbual dengan seorang abang yang turut berada disitu, bual punya bual, rupanya abang ni kira macam penguatkuasa Pandan city tersebut, dia dah observed mesin tu dalam 2minggu , sebelumnya, mesin warna biru diletakkan disitu, agak ramai juga yang berjaya, dalam masa dua minggu, digantikan dengan mesin baru ni, dah hampir sebulan lebih tapi belum ada yang berjaya lagi... mungkin mesin yang pertama digunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan... taktik berniaga.. lagi abang tu kata, lesen untuk mesin tersebut akan tamat hujung bulan ni(Mar 2014), Lesen yang diberi renew 2bulan sekali dan dia tidak akan melanjutkan lesen tersebut sebab dah macam kes tipu.. kesian kat orang ramai..

Nurul melihat, menilik sampai tertunduk2, terteleng2 pada pergerakan 'tangan penunjal' yang akan berhenti bila pemain press button stop dan lepas tu menolak hadiah tersebut jatuh, kalau kena kat lubang bulat lebih kurang 1" je besarnya.. Nurul perasan, setiapkali pemain menekan Stop, 'tangan penunjal' tersebut akan bergerak sedikit keatas atau kebawah, urmmm.... ini macam kalu, apa macam mau kena? 



Giant Tampoi, Johor Bahru
Ahad baru ni Nurul ke Giant Tampoi pula, jalan2 cari bfast, Nurul suka juga lepak2 kat satu kopitiam bersebelahan dengan Chan Furniture, sekali lagi ternampak mesin yang sama dengan kat Pandan City..

Nurul rasa2 company yang sama kottt sebab hadiahnya pun lebih kurang sama je, belum ada orang yang mencuba, awal lagi, baru 9.30am.

Kalau perasan, kat kedai runcit pun ada mesin2 yang seumpama ini jugakan? masuk 20sen atau 50sen, keluarlah plastik bulat, kopakkan tengah... ehh.. buku katun besar ibujari, cincin plastik, kalau nasib baik dapatlah gula-gula sebiji.. huhu

Dalam keghairahan mencuba nasib, apalagi dengan tawaran hadiah yang begitu menitikkan air-liur.. adakalanya kita terleka yang kita sebenarnya sedang berjudi...



Maksud Judi menurut Wikipedia :
Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil: Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.



Maksud judi (Sumber : Pertaruhan dalam permainan adalah judi)
Mempetaruhkan wang atau seumpama dengannya bagi sesuatu permainan seperti permainan bola sepak, golf, badminton dan sebagainya. Judi juga merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam, kerana ia mempunyai pertaruhan, harapan dan hilang wang pertaruhan apabila perlawanan itu dimenangi oleh orang lain.

Firman Allah yang bermaksud :“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji)dari perbuatan syaitan, Oleh itu hendaklah kamu menjauhi supaya kamu berjaya.” 
(Al-Maidah : 90)


Tuesday, 10 December 2013

Bila Allah menghendaki....

Kenal dengan model jelita ini?


Nurul berkunjung ke Blog beliau untuk mengetahui apakah sebab sebenarnya yang membuatkan beliau berhijrah dari seorang Model Malaysia yang paling Hot & Sexy kepada Model berhijab. 

Sedikit petikan dari Blog beliau..

"And then, I started to look for something deeper...a religion, a God, a better way of living life.

I wanted to cover myself up more...be respected and known for who I am inside...not for how much flesh I am showing outside...

I fell in love with traditional Malay baju kurungs due to the fact that they are really comfortable to wear...and the first time I put on a hijab was when I went for local telco company TVC casting...

...and I looked at myself, and I feel liberated...I feel so happy and protected...I feel safe..."

Comelllll sangat macam patung2 peraga baju kat shopping complex kan?


Sweet^^


So lovely :D
Apa yang beliau luahkan dapat Nurul fahami dan cukup kagum dengan keputusan berani penghijrahan beliau ni..

Nurul doakan semoga beliau bertemu dengan apa yang beliau cari-cari selama ini.

All the best Felixia Yeap!

**Untuk mengetahui lebih lanjut boleh berziarah ke blog beliau Felixiayeap blog