بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Showing posts with label Musibah_Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Musibah_Malaysia. Show all posts
Sunday, 8 March 2015
Friday, 27 February 2015
Kebakaran belukar akibat cuaca panas
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum...
Ini semalam punya cerita, pukul 4.30pm gitu.. dalam tekun buat keje.... betullah tekunnn.. hehee.. tiba-tiba seorang staff dari Facility Dept menjerit dengan muka separa cemas.. "Keluar...! Keluar!.. tinggalkan meja anda!" adehh... ade ape benda plak ni.. "Cepat...! Cepat..!" lagi sekali beliau menjerit.. kita lagi relax-relax.. ingatkan ujian kebakaran.. tapi apsal takde bunyi siren ea? "CEPAT! CEPAT!" lagi kuat dan lantang beliau menjerit..
Sempat Nurul mencapai benda-benda penting purse, henpong ngan access kad, dalam terkejar-kejar tu, tak perasan plak tak tukar kasut, adess.. kalau duk kat desk memang pakai sandal je..hilang vogue jap..hahaa.. vogue ke? *jari letak kat bahu, mana nengok atas... haha :p

Sementara menanti ketibaan bomba, mereka yang berkenaan berusaha mengawal kebakaran.. memang babak cemas betul la.. api begitu marak dan cepat merebak
Dalam 20 minit juga baru pasukan bomba datang.. tapi agak pelik kenapa bomba beruniform tak kelihatan.. yang kecik tu kenderaan bomba juga, perkataan Bomba Sukarelawan tertulis kat kenderaan itu... dia datang dengan lori yg nampak kepala je tu, belah kanan, bomba kecik ni lebih cepat sampai dari bomba besar tu..
Inilah latest pic yang Nurul amik tadi.. melihat keadaan ni, teringat kampung, kalau tanamkan padi atas jagung ni mesti suburkan?
Pesanan penaja : Musim panas terik begini jaga kesihatan ye.. elakkan aktiviti luar, kalau perlu juga, pakai topi, lebihkan minum air, pakai pakaian yang bersesuaian yang menyerap peluh contohnya jenis cotton.
Labels:
Cuaca panas
,
Musibah_Malaysia
Monday, 29 December 2014
Tarikh baru sesi persekolahan Tahun 2015 akibat banjir
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
29 December 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
SUMBER DISINI
Labels:
Berita sedih
,
Musibah_Malaysia
,
Sesi persekolahan 2015
Wednesday, 24 December 2014
Pray for Pantai Timur
Assalamu'alaikum...
"Ya Allah, redakanlah bencana yang kami alami,
Lindungilah kami semua,
Elakkanlah dari berlaku bencana-bencana yang lebih besar dari biasa,
Kasihanilah kami semua ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya,
Bantulah kami mangsa-mangsa bencana alam,
Kami bermohon kepadamu,
Engkaulah maha pengasih lagi maha penyayang
Makbulkanlah doa kami ya Allah
Amin..amin ya rabbal'Alamin"
Kawan-kawan semua marilah kita berdoa dan share pada rakan-rakan lain,
supaya ramai yang mengaminkan doa ini, semoga dipermakbulkan..In shaa Allah.
Labels:
Musibah_Malaysia
,
Pray for pantai timur
,
whatsapp sharing
Monday, 6 October 2014
Bot Tempur CB90 dijumpai!
Assalamua'laikum..
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah, Bot Tempur milik TLDM telah berjaya dijumpai dan kesemua 7 orang crew dalam keadaan selamat.
Berita lanjut:
Bot Tempur TLDM Ditemui, Semua Krew Dilaporkan Selamat | Suara TV - http://www.suara.tv/2014/10/06/bot-tempur-tldm-ditemui-semua-krew-dilaporkan-selamat/
Labels:
Musibah_Malaysia
PRAY FOR CB90-204
Assalamu'alaikum..
Dalam kegembiraan kita menyambut hariraya Aidiladha, Bot Tempur CB90 masih belum dijumpai. Sama-samalah kita berdoa agar urusan pencarian dipermudahkan dan dapat terus dijalankan dengan izin Allah.
Bot tempur TLDM belum ditemui, OP SAR diteruskan - Panglima TLDM
KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur bersama tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah, pagi Ahad masih belum ditemui setakat 8 pagi ini.
Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twitternya hari ini berkata kapal diraja (KD) Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Berani dan KM Mabul, masih meneruskan pencarian bot tempur CB90.
"Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui. KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang, ,KM Berani dan KM Mabul meneruskan pencarian, B200T ditugaskan.
"Keadaan laut bergelora (tahap 5) serta hujan awan rendah menyukarkan pencarian oleh kapalx (super Lynx TLDM) dan pesawat Beechcraft dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Abdul Aziz di laman Twitternya itu.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/...-tldm-45401?cp

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)

.jpg)
.jpg)
.jpg)