Apa agaknya yang ingin disampaikan oleh Street Art tersebut?
Showing posts with label bazar Karat JB. Show all posts
Showing posts with label bazar Karat JB. Show all posts
Monday, 23 December 2013
Street Art @ Bazar karat Johor Bahru
Kalau sudah singgah bazar karat JB, seakan menjadi kemestian untuk singgah di Mariners Cafe, Lebih kurang 5meters dari pintu masuk cafe tu terlihat kain hitam bergantungan dengan imej yang mengingatkan Nurul pada posting Nurul sebelum ini Handphone oh handphone...
Labels:
bazar Karat JB
,
Street Art
,
Wknd Xtvt
Mariners Cafe @ Bazar Karat Johor Bahru
Salah satu tempat persinggahan yang best untuk santai-santai selepas penat meronda di bazar karat Johor Bahru adalah di Mariners Cafe yang beralamat di 55, Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. Satu jalan yang turut sama memeriahkan bazar karat JB.
Jalan Tan Hiok Nee juga merupakan jalan kebudayaan(Cultural street) yang telah diakui oleh kerajaan Johor, untuk memelihara budaya masyarakat Cina di sini, jadi jangan terperanjat bila anda melalui jalan ini dan menyaksikan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Jalan Tan Hiok Nee mendapat nama sempena nama seorang saudagar rempah yang berjaya semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar sebagai peringatan dan penghargaan kepada beliau.
Mariners Cafe hanya bersebelahan dengan pentas persembahan. Kita boleh memilih untuk duduk diluar sambil melihat aktiviti peniaga dan pengunjung yang lalu-lalang, boleh juga duduk di tingkat atas sambil menikmati pandangan bazar karat dari atas..

![]() |
| Cafe yang memang sempoi.. |
![]() |
| Tangga menuju tingkat atas cafe |
![]() |
| Tangga membawa anda berhadapan dengan lukisan dinding ini |
![]() |
| Pandangan dari tingkat atas cafe |
![]() |
| Ada budak pening kepala buat the most important decision of his life.. "apa nak makan supper ni?? arghhhh!!!" |
![]() |
| Decision made!! (nampak rentungss plak lamb chop ni kt pic..ehehe..) |
Labels:
bazar Karat JB
,
Wknd Xtvt
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)