Monday 19 May 2014

Akulah si Ikan Kitang

Salam.

Tenghari semalam entry Nurul ada menyebut ikan kitang.. Tak mana glemer ikan kitang ni rupanya hihii.. ada juga yang tak tahu kewujudannya dari komen-komen entry semalam.  Ingat punya ingat, ada 2 ekor lagi dalam freezer, tapi sirip atasnya tu sudah dipotong, minta abang pasar tu potongkan sekali.. siripnye kalau tertusuk... perghhh.. bisanya memang tersangat sakittt..! so hati-hati ye..

Aku la si Ikan Kitang
Salam kenal..  Saya Kitang...

Ikan Kitang ni sesuai dimasak dalam pelbagai masakan. Asam pedas, Kari Asam, Masak Singgang, Masak sambal, Goreng Kunyit atau dibakar cicah dengan sambal kicap atau sambal Asam. 

Nurul cuma dapat ikan ni di Pasar Awam Taman Universiti(Johor), dijual RM14/kg... itupun dah pesan kat abang pasar tu calling2 kalau ada ikan pilihan... Abang ni cuma jual ikan segar tangkap sendiri, before 9am habis dah semua ikan-ikannya seperti Ikan Kitang, Ikan Sembilang, Ikan Debam, Ikan Susu, Ikan Belanak tapi pun bergantung pada hasil tangkapannya malam tu.

Aku la si Ikan Kitang
Ikan Kitang Masak Asam Pedas

Menurut komen seorang blogger +Khamsi Abdullah, kat area PCB pun panggil ikan ni Kitang, pemancing area KL pun panggil Kitang juga.. kat Jb dengan Spore pun panggil Kitang. Tempat selain tu mungkin ada nama lain kot.. ce citer :D


No comments :