Friday 18 July 2014

Pray for MH17

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine

Kita masih meratapi kehilangan MH370, sekali lagi kita dikejutkan dengan pesawat penumpang Boeing 777, MH17 yang membawa 295 penumpang yang berlepas dari Amsterdam pada pukul 2.14pagi dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6pagi tadi telah terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia dipercayai ditembak jatuh... atas tujuan apa? masih dalam siasatan.


KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas malam ini, kata setiausaha akhbarnya.

“Poroshenko berpendapat pesawat ini ditembak jatuh, ia bukan kemalangan, bukan bencana, tetapi perbuatan pengganas,” kata Svatoslav Tsegolko. - Reuters 


Bila Nurul dengar berita ni, Nurul rasa semacam ada satu kekosongan yang menyakitkan dalam ruang hati.. jadi blur kejap dan terfikir, satu demi satu musibah melanda Negara kita. Pelbagai kemungkinan bermain-main dalam benak Nurul ni. 


Takziah buat semua ahli keluarga penumpang juga krew MH17. Sabar dan redha menghadapi ketentuan ilahi. Mereka yang tidak bertanggung-jawab, lambat atau cepat pasti akan mendapat hukuman yang setimpal. Sama-sama kita doa untuk penumpang dan krew MH17, kita doakan juga agar misteri  MH17 dan MH370 akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.. In shaa Allah.. Aamiin.



No comments :