Monday, 2 March 2015

Burasak di Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum... 

Pagi Sabtu lalu singgah breakfast kat restoran ni lagi, Nurul suka bersarapan sini sebab ada Burasak Pulut.. bukan sahaja kita bole jumpa Burasak Pulut tapi juga Burasak Nasi, Ketupat, pulut kuning, nasi jenis-jenis masakan yang jumpa masa Hari raya atau pun majlis kenduri tertentu... sarapan biasa macam Roti canai, Mee soto, Roti Jala semua pun ada..

Makanannya memang menambat selera, seawal 9lebih pagi sudah ada masakan macam makan tengahari, rebung masak lemak, pisang masak lemak, nangka masak lemak, nampak yang tu pun dah terbit selera.. 
Makanan yang Nurul amik dapat la Nurul snap-snap... yang dalam showcase tu. alahaii.. segan le plak ..huhu

Burasak di Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Burasak Pulut bentuk bungkusan 3segi MYR1.50 x 1

Inilah dia rupanya Burasak Pulut, dibungkus dengan bentuk 3segi memanjang, kalau Burasak nasi, bungkusannya lain, lebihkurang macam bungkus lepat ubi gitu tapi lebih lebar.. Burasak ni makanan tradisi orang Bugis, kat Johor ni, di daerah Pontian ramai yang berketurunan Bugis dan biasanya Burasak ni dilawankan dengan masakan asam pedas :))

Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Limpa masak Rendang

Yang ni pula Limpa lembu masak rendang, sedap juga, Nurul suka.. urmmm... tauuuuu.. tak elok makan organ dalamankan.. huhuu.. tak selalu, sekali-sekala je.. hehee


Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Sambal Bilis Petai

Takkan yang ni tau tau.. Sambal Bilis Petai.. baik untuk kesihatan, lepas makan, kesiplah gula-gula ye, untuk mengelakkan bau mulut yang menganggu orang lain.. tak selesakan? kalau kat rumah, bole la makan beras .. betull.. yang mentah tu, amik sikit, makan.. hehe.. in shaa Allah.. 

Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Sambal Sotong Kembang

Yang ni pun salah satu fave Nurul, Sambal Sotong Kembang.. rasa best je kunyah sotong yang kenyal-kenyal ni... Sambal ni tak lah pedas.. merah tu je lebih.. presentation kena vogue mah! hehee

 Urmm.. tiga lauk ni sebenarnye dalam satu pinggan, Nurul amik sikit-sikit je... makan sorangkann.. huhuuu jadi janganlah terlintas kat fikiran tu Nurul ni kuat makan.. kalau suka makan takpa.. memang betoiii :p


Burasak di Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Restoran Anjung Desa... sentiasa penuh dengan pelanggan
Inilah dia rupa restoran tu.. dulunya Restoran Ubikayu dan diambil-alih dan tukar nama.. sape-sape yang teringin nak makan Burasak atau Ketupat luar dari hari raya, bolehlah berkunjung kemari :))



No comments :