Showing posts with label Makan-makan Johor. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan Johor. Show all posts

Friday, 17 April 2015

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tengahari tadi lunch kesini lagi.. salah satu tempat makan favorite Nurul, terletak belakang Pan pac Hotel Johor Bahru.. tempat makan ni memang humble tapi sangat puas hati, pemilik dan pekerjanya kelantanese.. Nurul tak pasti bila pula masa tutupnya, so far, tiapkali Nurul datang buka aje walaupun pukul 2 pagi..memang ramai orang datang sini.. sebab pilihan makanan yang banyak, murah dan sedappp..

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Kuih-muihnya tak putus-putus, kalau datang pagi ke tengahari atau malam, mesti ada.. semua kuih dari pantai timur seperti lompat tikam, pulut panggang, pulut manis, pulut dengan kelapa + ikan masin tu, lepat ubi, wajik, dan macam-macam jenis lagi yang Nurul tak tau namanye..

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Dapur masaknye ada dua.. bahagian tepi ni untuk goreng-goreng dan bakar-bakar je rasanye juga kawasan buat air.. bagi Nurul tempat makan ni masuk kategori warung kot, tapi warung yang besar, dah lama warung ni kat sini, puluhan tahun kot..pokok-pokok ceri menaungi warung ni sebab tu ia terkenal dengan nama Warung Cherry.

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Ni kawasan tepi.. lagi tepi sebelah nun sana tu, pejabat Telekom atau Celcom gitu la.. kalau tiba masa makan tengahari, fuhhh... Banyak juga kereta double park, parking tepi-tepi jalan je.. sampai nun jauh disanaaaa.. sanggup tu, yang pelik, tak pula kena saman.. hehee.. mungkin polis tau kot, time lunch je macam ni.. kesiannnn :))

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Ceh nengok.. fuhh.. banyak tu pilihan.. kalau dia nak panaskan lauk-lauk ni, tinggal angkat dan tenggek je atas dapur, dah panas, tenggek balik kat bekas telur tu.. simple dan cepat.. praktikal juga kan? heheee.. dan lagi, lauknye pun sentiasa banyakkkkk

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Lunch tadi Nurul minta fevret Nurul.. Nasi Kerabu.. nasi kerabu kat sini memang sedap wa cakap lu! perghh... promosi plak.. hahaha.. takde dapat komisen pun hokayyy.. just share info pada sesiapa yang teringin nak makan makanan klate kat JB ni..confirm puas hati! Laksam kat sini pun sedap.. betul niii.. tak tipu.. yang membezakan dengan tempat lain rasanye ialah ada hirisan daun ulam raja kat Laksam .. ngam plak tu.. Nurul ni pun hantu ulam juga.. hehee

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Sedih sikit tengahari tadi sebab Solok Lada habiss... Solok lada kat sini pun superb tau! fresh, besar-besar dan gemuk-gemuk.. tadi takde.. memang kiciwa rasa hati.. so Nurul amik la ikan bakar ni tapi dah dimasak campur macam urmm.. Nurul pun tak tau masak ape.. nak kata sambal bukan juga, nak kata kari pun bukan juga.. nak tanya kat peniaga tu, sogan la pulak chek.. terburai plak pekung didada, tak reti masak.. hahaha :p

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Haa.. yang ini Nurul tau.. hihiii.. yang ni Pekasam tapi jangan tanya ikan ape.. Nurul no idea.. biasa Nurul beli kat luar, sekor2 ikan sepat atau ikan lampam.. kat sini besar-besar rasanya ikan pekasamnya sebab tu boleh dipotong-potong begini.. tapi sedap.. yang ni memang mengecorkan air lioq!


Sekianlah pengalaman makan tengahari Nurul pada hari ini, 17hb April 2015. hehee





Saturday, 4 April 2015

Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum...

Semalam jenjalan dengan orang tersayang.. melalui satu restoran palinggg hujung kat Taman Universiti, Skudai ni... macam best jeee..

Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Cantik kan? takde sarapan pagi kat sini.. buka pukul 10am sampai midnight.. tapi yang best nye ada menyediakan BBQ..

Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Restoran ni baru buka December lalu.. nampak bersih, kemas dan pekerjanya memakai uniform


Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor


Pandangan tepi restoran.. Nurul sukaaa dengan susun-atur restoran ni.. rasa macam selesa sangat.. semua ceruk Nurul masuk, bilik air pun okkk.. hehe... buat masa ni sangat okay.. harap restoran ini mengekalkan kebersihan yang ada ni.


Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor


Nampak tak? buat family gathering pun ok kan?budak2 pun mesti happy kesana-sini.. jangan sampai gi mandi kat kolam tu plak ye... kolam hiasan je tu.. hihiii


Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Set BBQ only RM198.. macam dalam menu tu...

Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Inilah uniform mereka... cantikkan? tengok ape? 
bajunye la... baju tu yang cantik.. hehee :D :D 


Sesapa yang mencari kelainan tu, bole la cuba testing try sini.. hehe.. mana-mana sekarang nampak Restoran steamboat je kan? yang ini BBQ.. real bbq ok :)

Monday, 2 March 2015

Burasak di Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum... 

Pagi Sabtu lalu singgah breakfast kat restoran ni lagi, Nurul suka bersarapan sini sebab ada Burasak Pulut.. bukan sahaja kita bole jumpa Burasak Pulut tapi juga Burasak Nasi, Ketupat, pulut kuning, nasi jenis-jenis masakan yang jumpa masa Hari raya atau pun majlis kenduri tertentu... sarapan biasa macam Roti canai, Mee soto, Roti Jala semua pun ada..

Makanannya memang menambat selera, seawal 9lebih pagi sudah ada masakan macam makan tengahari, rebung masak lemak, pisang masak lemak, nangka masak lemak, nampak yang tu pun dah terbit selera.. 
Makanan yang Nurul amik dapat la Nurul snap-snap... yang dalam showcase tu. alahaii.. segan le plak ..huhu

Burasak di Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Burasak Pulut bentuk bungkusan 3segi MYR1.50 x 1

Inilah dia rupanya Burasak Pulut, dibungkus dengan bentuk 3segi memanjang, kalau Burasak nasi, bungkusannya lain, lebihkurang macam bungkus lepat ubi gitu tapi lebih lebar.. Burasak ni makanan tradisi orang Bugis, kat Johor ni, di daerah Pontian ramai yang berketurunan Bugis dan biasanya Burasak ni dilawankan dengan masakan asam pedas :))

Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Limpa masak Rendang

Yang ni pula Limpa lembu masak rendang, sedap juga, Nurul suka.. urmmm... tauuuuu.. tak elok makan organ dalamankan.. huhuu.. tak selalu, sekali-sekala je.. hehee


Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Sambal Bilis Petai

Takkan yang ni tau tau.. Sambal Bilis Petai.. baik untuk kesihatan, lepas makan, kesiplah gula-gula ye, untuk mengelakkan bau mulut yang menganggu orang lain.. tak selesakan? kalau kat rumah, bole la makan beras .. betull.. yang mentah tu, amik sikit, makan.. hehe.. in shaa Allah.. 

Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Sambal Sotong Kembang

Yang ni pun salah satu fave Nurul, Sambal Sotong Kembang.. rasa best je kunyah sotong yang kenyal-kenyal ni... Sambal ni tak lah pedas.. merah tu je lebih.. presentation kena vogue mah! hehee

 Urmm.. tiga lauk ni sebenarnye dalam satu pinggan, Nurul amik sikit-sikit je... makan sorangkann.. huhuuu jadi janganlah terlintas kat fikiran tu Nurul ni kuat makan.. kalau suka makan takpa.. memang betoiii :p


Burasak di Restoran Anjung Desa, Taman Universiti Skudai Johor
Restoran Anjung Desa... sentiasa penuh dengan pelanggan
Inilah dia rupa restoran tu.. dulunya Restoran Ubikayu dan diambil-alih dan tukar nama.. sape-sape yang teringin nak makan Burasak atau Ketupat luar dari hari raya, bolehlah berkunjung kemari :))



Thursday, 26 February 2015

ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Lunch tadi Nurul mengembara sedikit jauh untuk menikmati ABC Special yang menjadi sebutan ramai.. adalah kira-kira 30 minit dari ofis Nurul.. sib baik jalan tak lah jem sangat tadi, kalau tak, memang masuk pukul 3pm la Nurul.. hahaa.. takpe.. boss kan genk! ehehee...


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru
ABC Special MYR3.00

 Nampak mengancam tak? kiranya first time la ni nak merasa sendiri, betul ke bagai dikata... bagi Nurul, ABC ni biasa je, takde la special atau sedap mana, eskrem tu, coklat tu, kacang tu, biasa je.. tak mencapai tahap yang Nurul bayangkan... nampak pic memang gempaq kan? hehee.. tapi mungkin juga sebab Nurul ni bukan pencinta eskrem, bukan juga pencinta minuman sejuk2 atau yang manis-manis..


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru
Baryani Kambing MYR8.00 (Ayam dan daging MYR7.00)

 Nasi beriani ayam, daging dan kambing pun ada.. Nurul order Beriani Kambing.. urmm.. sedap.. serius! nasinya penuh rasa, daging kambing pun lembut dan tak bau kambing.. kadangkan ade bau kambing yang kuat, yang ni tak, serve dengan dalca dan Acar timun + nanas.. yang buat potong skit, papadom takde.. aiyooo... tu bukan genk ketat beriani ke? walau terkehel sikit selera tapi tetap bersih juga.. ehehee.. alaa.. sikit je nasinye... ce tengok pic.. kannn? sikit kan? :p


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru
Rojak Sotong Kangkung MYR6.00

Dapat teka tak menu yang ni? Ini la Rojak Sotong Kangkung ditaburi kacang.. kangkungnya di sebalik sotong kembang tu.. yang ni pun bole tahan gak sebagai side dish..


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru


Semua yang diatas tu bole didapati disini, Medan Selera Azmie Wawa Dan Rakan-rakan, terletak di Kampung Melayu Majidee. Terdapat lebihkurang 6~8 gerai makan termasuk 1 gerai air... satay, Asma rojak, seafood, bubur, macam-macam Sup.. Nurul datang tadi orang memang ramai, info bagi sesapa yang mungkin nak pekena sini, medan selera ini dibuka sampai 10malam dan tutup tiap hari isnin tapi adik jaga gerai baryani tu tadi kata dia tutup hari selasa so agak pening disitu.. mungkin baryani tutup isnin dan Selasa la kot sebab gerai airnya cuma satu.. 

Di deretan kedai ni, ade satu restoran Murtabak, kawan kata power murtabaknya.. ntah le tu ape powernye.. takut indah kabar dari rupa jek.. next round nak try situ lak.. anything.. Nurul akan update sini.. till then.. babaiii :))