Showing posts with label Jalan2 Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Johor Bahru. Show all posts

Friday, 17 April 2015

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tengahari tadi lunch kesini lagi.. salah satu tempat makan favorite Nurul, terletak belakang Pan pac Hotel Johor Bahru.. tempat makan ni memang humble tapi sangat puas hati, pemilik dan pekerjanya kelantanese.. Nurul tak pasti bila pula masa tutupnya, so far, tiapkali Nurul datang buka aje walaupun pukul 2 pagi..memang ramai orang datang sini.. sebab pilihan makanan yang banyak, murah dan sedappp..

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Kuih-muihnya tak putus-putus, kalau datang pagi ke tengahari atau malam, mesti ada.. semua kuih dari pantai timur seperti lompat tikam, pulut panggang, pulut manis, pulut dengan kelapa + ikan masin tu, lepat ubi, wajik, dan macam-macam jenis lagi yang Nurul tak tau namanye..

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Dapur masaknye ada dua.. bahagian tepi ni untuk goreng-goreng dan bakar-bakar je rasanye juga kawasan buat air.. bagi Nurul tempat makan ni masuk kategori warung kot, tapi warung yang besar, dah lama warung ni kat sini, puluhan tahun kot..pokok-pokok ceri menaungi warung ni sebab tu ia terkenal dengan nama Warung Cherry.

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Ni kawasan tepi.. lagi tepi sebelah nun sana tu, pejabat Telekom atau Celcom gitu la.. kalau tiba masa makan tengahari, fuhhh... Banyak juga kereta double park, parking tepi-tepi jalan je.. sampai nun jauh disanaaaa.. sanggup tu, yang pelik, tak pula kena saman.. hehee.. mungkin polis tau kot, time lunch je macam ni.. kesiannnn :))

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Ceh nengok.. fuhh.. banyak tu pilihan.. kalau dia nak panaskan lauk-lauk ni, tinggal angkat dan tenggek je atas dapur, dah panas, tenggek balik kat bekas telur tu.. simple dan cepat.. praktikal juga kan? heheee.. dan lagi, lauknye pun sentiasa banyakkkkk

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Lunch tadi Nurul minta fevret Nurul.. Nasi Kerabu.. nasi kerabu kat sini memang sedap wa cakap lu! perghh... promosi plak.. hahaha.. takde dapat komisen pun hokayyy.. just share info pada sesiapa yang teringin nak makan makanan klate kat JB ni..confirm puas hati! Laksam kat sini pun sedap.. betul niii.. tak tipu.. yang membezakan dengan tempat lain rasanye ialah ada hirisan daun ulam raja kat Laksam .. ngam plak tu.. Nurul ni pun hantu ulam juga.. hehee

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Sedih sikit tengahari tadi sebab Solok Lada habiss... Solok lada kat sini pun superb tau! fresh, besar-besar dan gemuk-gemuk.. tadi takde.. memang kiciwa rasa hati.. so Nurul amik la ikan bakar ni tapi dah dimasak campur macam urmm.. Nurul pun tak tau masak ape.. nak kata sambal bukan juga, nak kata kari pun bukan juga.. nak tanya kat peniaga tu, sogan la pulak chek.. terburai plak pekung didada, tak reti masak.. hahaha :p

Warung Ceri, Johor Bahru, Johor

Haa.. yang ini Nurul tau.. hihiii.. yang ni Pekasam tapi jangan tanya ikan ape.. Nurul no idea.. biasa Nurul beli kat luar, sekor2 ikan sepat atau ikan lampam.. kat sini besar-besar rasanya ikan pekasamnya sebab tu boleh dipotong-potong begini.. tapi sedap.. yang ni memang mengecorkan air lioq!


Sekianlah pengalaman makan tengahari Nurul pada hari ini, 17hb April 2015. hehee





Tuesday, 7 April 2015

The Legends Golf & Country Resort, Sedenak Johor

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 Assalamu'alaikum..

Lama juga tak buat direct posting ni.. beberapa posting dari minggu lepas Auto publish je.. tu yang nampak posting tapi takde blogwalk.. 4H3M menghadiri kursus di The Legends, Sedenak Johor, dari 30Mac sampailah 2Apr.. masuk ofc Jumaat, 3Apr, keje dah menunggu.. adess.. hahaa.. tapi suka  dalam keadaan terkejar-kejar ni, takde masa untuk memikirkan bende remeh-temeh.. berlumba dengan masa.. walaupun of course la MASA yang menang^^....  timekasi bebanyak yang sudi menjengah humble blog ni sepanjang ketiadaan :))

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

The Legends Golf & Resort menyediakan penginapan berbentuk banglo and guestroom.. selesa sebab jauh dari hiruk-pikuk kota.. disini tiada shopping complex, tiada kedai runcit, jalanraya memang mati disini, sesekali lari dari rutin biasa, dikelilingi kehijauan padang golf.. ketenangan alam menyuntik semangat baru juga sesuai untuk bermuhasabah..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Ikan Koi  menyambut kedatangan tetamu, kolam terletak dikiri dan kanan pintu masuk utama resort.. pertamakali menjejakkan kaki disini, terasa ketenangan menyapa dalam hati.. 


The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Dalam berapa hari bermukim di The Legend Golf & Resort, sinilah Nurul bfast, lunch dan dinner bersama kawan-kawan baru dikenali..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor

Diluar ruang makan terhampar pemandangan hijau saujana mata memandang.. bila pandang jauh-jauh kehujung sana.. fikiran menerawang ke kampung.. kampung Nurul kan dikelilingi kehijauan alam.. berat pula rasa dalam hati.. rindulah agaknye tu :)


The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Tangga belakang menuju kediaman Nurul.. harus menapak turun kebawah.. naik kereta also can, tapi prefer jalan kaki je..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

3malam Nurul menghabiskan masa diatas katil empuk ni.. selesa tanpa sebarang gangguan mimpi.. hihii.. penat sangat kot menimba ilmu... uolls imagine timba air dari telaga ye.. penatkannn.. hehee :p

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Yang ini thrill skit.. hahaha.. ala2 mandi open air gitu.. nampak tak bumbungnye hanya kayu jarang? simple tapi nice kan?

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

Ruangan ini bersebelahan dengan ruang mandi open air diatas tadi.. dinding yang kelihatan tu memisahkan bilik tidur dengan ruangan ini, ruangan ini sebenarnya terletak diantara bilik mandi open air tu dengan bilik tidur..

The Legend Golf & Country Resort, Sedenak Johor (Part 1)

SPA ni terletak dibangunan utama, tapi takde kesempatan untuk merasainya sebab kursus bermula dari pukul 8am hinggalah 11malam.. disini juga ade jacuzzi juga kolam renang.. masa sangat terhad.. takpe.. next time bole mai sini lagi :)


Sesiapa yang berminat bermain golf atau sekadar merasai ketenangan jauh dari pencemaran bunyi bolehlah kesini... Waze je The Legends Golf and Resort.. pasti sampai, In shaa Allah


Monday, 12 May 2014

Anjung Warisan Johor Bahru

Lama sangat Nurul tak kesini sebenarnya, dengar orang kata tempat ni dah tutup so memang takde la ke sini, tapi entah macam mana Jumaat malam Sabtu baru lalu ni, terlintas pula nak round sini... Ehhh.. masih ada rupanya.. 

Anjung Warisan Johor Bahru
Pandangan dari depan, pintu masuk
Anjung Warisan Johor Bahru
Pandangan dari luar, tepi
Ramai juga yang menggelar tempat ini "Makan Atas pokok".. mungkin sebab ia dua tingkat dan diantara pokok-pokok tapi baru ni Nurul pergi, pokok-pokok tu dah takde dah... 

Anjung Warisan Johor Bahru
Tingkat atas tu makan duduk bersila.. macam meja Jepun.

Anjung Warisan Johor Bahru
Tempat duduk atas semua penuh, so pilih kat sini je..
Anjung Warisan Johor Bahru
Santai-santai....
 Yang menarik disini, sambil kita makan kita dihiburkan dengan Angklung.. lagu-lagu moden dengan irigan musik Angklung,, memang best!

Anjung Warisan Johor Bahru

Anjung Warisan Johor Bahru
Angklung
Sesiapa yang nak merasai keadaan berbeza sikit, bole mai sini...
jom kita santai-santai di Anjung Warisan!

Anjung Warisan Johor Bahru

https://maps.google.com/?ll=1.469668,103.7471&q=1.469668,103.7471