Showing posts with label Nurul's story. Show all posts
Showing posts with label Nurul's story. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

Seronoknya belajar buat kek!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum..

Last Saturday, 21/3/2015, Nurul join class buat kek.. jangan tak caye uolls.. hahaa.. keinginan pada perubahan yang lebih baik menambah ilmu yang serba tak ada ni.. hehee.. cantik tak? cantik tak? Kek Vanilla Strawberry namanye :)

Seronoknya belajar buat kek!
Jemput cuci mata :))

Bukan Nurul sorang yang buat.. satu group ada tiga orang.. so sama2 buat sama2 punya idea.. best dapat kawan satu grup yang sekepala.. gila2 macam Nurul juga.. fun sangat-sangat.. 


Seronoknya belajar buat kek!
Kawan sekepala yang best!

Sebelum menghadiri class ini, Nurul selalu merasakan yang buat kek ini susah gila.. tak mungkin Nurul mampu membuatnya.. tapi selepas menghadiri kelas ini, pandangan itu berubah... bila ada kemahuan, pasti semuanya akan dipermudahkan... in shaa Allah.. 


Seronoknya belajar buat kek!
Dalam ni resipi kek kat atas tu..

Esok sambung cerita dan gambar2 sekitar class yang Nurul hadiri tu ea.. stay tune babe :))


Saturday, 7 March 2015

Velvet Cake dari Si dia...


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  

Assalamu'alaikum...

Sesekali dapat kek dari orang tersayang ni best juga kan.. huhuu.. comel je kek ni, half kg je tu, kek nun disebalik coklat kit-kat adalah separuh dari ketinggian tu je.. atas dipenuhi coklat M&M, ceria sungguh nampak warna-warna tu.. seceria hati yang menerima ini.. hihiii :))


Velvet Cake dari Si dia...


Timekasi.. lainkali bagilah lagi... :))

Tuesday, 3 February 2015

Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Asslamualaikum...

Hari ni Nurul nak kongsi salah satu amalan harian Nurul..  minum air rendaman bunga mawar kering.
rasanya, ramai yang dah tahu dan mungkin juga mengamalkan seperti Nurul tapi kita share pada yang belum mengetahui atau mencari info tentang ini..

Nurul sukaaa sangat dengan bunga mawar, menerima sekuntum atau berkuntum-kuntum bunga mawar adalah satu kebahagiaan, they look stunning and smell great! :D


Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Ni la rupa bunga rose kering tetap kelihatan cantik dan gojes gitu kan? 

Bunga Rose kering mudah didapati dikedai ubat kaum cina, dulu-dulu murah je, satu paket dalam 200gm gitu baru RM5.00 tapi sekarang ni dah RM9.00 dah.. ni di kedai yang biasa Nurul beli la.. lain tempat mungkin lagi mahal mungkin juga murah.. 


Jangan tak tahu ramai yang mengamalkan memakan sekuntum bunga rose segar setiap pagi, kalau nak amalkan yang ini,  Nurul cadangkan tanam sendiri la ye sebab kalau yang jual kat luar tu..urmm.. faham2 je la.. mesti kene sembur dengan racun serangga atau disuntik bahan kimia untuk ketahanan bunganya.. bahaya tu! Bunga rose ni dah terkenal dengan kepentingannya dalam sihat dan cantik dari zaman Yunani purba dan Rom lagi, zaman Cleopatra.. dia ni memang taksub sikit dengan bunga rose ni.. tak caya? ce google..hehee


Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Rendam dalam air panas, tutup bekas. biarkan bunga layu

Ini miss Google yang cakap ye :
  • Secawan air rose hangat dan aromanya menghilangkan rasa bimbang dan takut, bole juga dicampurkan kedalam teh.
  • Ia juga sebagai detox dan membantu mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik
  • Juga boleh dicampurkan dalam adunan mask untuk menghilangkan masalah kulit muka
  • Ia kaya dengan vitamin C baik untuk badan, kulit dan rambut
  • Anti-oksidan yang menakjubkan
  • banyak lagi kebaikan-kebaikan bunga rose ni.. ade masa bole tanya miss google ye :))

Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Inilah rupa bunga selepas direndam dua kali..
bole digunakan sampai warna nye tu hilang

Dari pengalaman Nurul sendiri, Nurul mengamalkan setiap pagi merendam bunga rose kering dengan air panas, satu mug dalam 200ml air letak 5~7 kuntum bunga rose, biarkan dalam 10minit dan meminumnye ketika masih agak panas, Nurul menggunakannya dua kali. Apa yang Nurul rasa dari amalam ni, dari segi luaran, kulit looks more radiance, rosy dan lembab.. dalaman pula, baik utk detox dan penghadaman.. 


Simple je amalan ni tapi banyak kebaikannya... in shaa Allah.. 

Friday, 2 January 2015

Keunikan masyarakat Sabah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nurul nak share satu keunikan budaya di Sabah, di daerah Nurul khasnya, bila ada majlis kawin tak kira islam atau yang beragama lain akan sama-sama datang merayakannya, bukan sahaja majlis kawin tapi termasuklah perayaan yang lain seperti Hari Raya Aidil-Fitri, Hari Natal, Tahun Baru Cina, Pesta Menuai dan perayaan yang lain. Semuanya hidup saling hormat menghormati kepercayaan masing-masing.

My mom, bro and his lovely wife
Gambar selepas upacara kawin gereja, bergambar dikaki altar, ada juga kaum keluarga yang beragama lain yang sama-sama datang menyaksikan detik penting untuk kedua-dua pengantin ini, termasuklah Nurul tidak melepaskan peluang..


My niece and nephew
Flower girls and boys.. sudah bosan duduk dalam bangunan tertutup kot, tu pasal kuar dah skill 'power puff gurlz' ditenangkan oleh 'power rangers' hehehee..


Upacara "I do" sedang berjalan...
Nampak tak nun dihujung bangku yang pertama tu.. kalau zoom bole la nampak.. seorang yang bertudung seperti Nurul turut sama berada dalam church ini..pemandangan seperti ini bukanlah luarbiasa disini..


Relatives sebelah pengantin perempuan
Kelihatan seorang bertudung antara ramai-ramai tu.. tidak janggal untuk turut serta disini, in shaa Allah, kita tahu niat kita, dan mereka pun faham keadaan ini..


Dewan makan
Selepas upacara perkahwinan, tetamu beralih ke dewan Tuaran untuk makan, selesa rasanye lunch disini dewannya berhawa dingin, lebih kurang 1km dari church tadi


Tarian tradisional kadazan dusun
Sambil makan kita dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan Kadazan Dusun oleh kanak-kanak yang comel-comel...


K-POP versi Sabah
Yang ni pula persembahan tarian ala korea.. sangat menghiburkan.. sedang mengadakan persembahan tu, ade plak anak sape ntah menyelit antara penari tu, nampak tak budak kecil bergaun pink tu.. hahaa..


Sibadut yang berjaya mencuri perhatian
Tak lupa juga kehadiran si badut turut sama memeriahkan lagi suasana dengan persembahan silap mata


Line dance dari tetamu..
Tetamu yang hadir sungguh sporting menari line dance bersama.. bukan sekali tapi beberapa kali.. termasuklah poco-poco..


Kelihatan pengantin perempuan menari bersama tetamu yang hadir..
Bahagian tengah dewan, memang sengaja dikosongkan untuk majlis tari menari


Erkkk.. takkan auntie belakang tu pun tunggu belon koooottt.. :D
Seorang lagi badut dengan sabar melayan ramai kanak-kanak yang beratur menantikan belon untuk mereka..



Tidak kiralah siapa pun kita, dimanapun kita berada, kita saling perlu-memerlukan, saling hormat-menghormati, faham-memahami dan bertolak-ansur adalah asas kehidupan bermasyarakat... 

Nurul merasa amat bertuah dilahirkan dalam masyarakat yang begini, sungguhpun Nurul sudah berlainan pegangan kepercayaan namun ikatan kekeluargaan dan persaudaraan tetap terus berjalan seperti biasa, inilah anugerah kehidupan yang tidak ternilai harganya.

Wednesday, 20 August 2014

Penghuni baru rumah Nurul..

Assalamua'laikum...

Hehee.. pun boleeee :D
Kucing punya cerita ni :) Honestly, Nurul ni bukanlah pencinta kucing bukan juga pembenci kucing ok.. hehe.. biasa2 je.. masih terselit juga simpati dan rasa kecomelan tu bila nampak kucing lapar atau anak2 kucing comel..


Sapalah mengganggu pagi ku ini...
*gitulah agaknye dalam fikiran anak2 kucing ni.. hehee
Bermula dengan kedatangan seekor kucing kat umah Nurul..urmm.... dalam pertengahan tahun lalu gitu, sampai la ni dah memang duduk kat umah Nurul.. Kucing ni selalu tidur di beranda luar atau atas loteng rumah. Seingat-ingat Nurul, ni masuk kali ke-4 atau ke-5 kucing tu beranak, semua anak takde kekal sampai besar.. paling lama pun dalam 4~5 bulan gitulah, Kesian juga kat mak kucing, seksa beranak, kejap je anak-anak hilang pula.. memang rasa kepelikan sangat kat situ, mana pegi anak dia eaaa? orang amik ke? entah laa.. x-file! 

Tengok kepalanye tu.. semua arah samaaa... haha.. lucu!

Pagi tadi nak berangkat gi keje, nampak anak-anak kucing ni beratur cantikkk je tidur atas kayu sofa kat beranda luar.. sofanya dibawa masuk dalam rumah sebab tanak bagi hujan... mak dia dah meow-moew minta makan masa Nurul kuar pintu.. ye laa.. kejap lagi nak bagi anak2 dia ni nenen kannn.. gemuk-gemuk montel anak-anak kucing ni.. 

urmm..Anak kucing 4 ekor ni tak tau la sampai berapa lama pula ade kat umah Nurul.. selagi ada ni, amik la pic, bole buat kenangan :D