Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, 4 May 2015

Memberi dan menerima teguran kerana Allah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Perkongsian dari seorang kawan. 
Contoh 1

1) Seorang lelaki, pakai jubah kopiah dan serban. Hisap rokok belakang masjid. Kantoi dengan orang kampung, kena ejek. Esoknya lelaki tersebut terus tak pakai jubah, kopiah, serban bahkan tak datang lagi ke masjid tapi masih hisap rokok. Alasannya, dia adalah fitnah pada agama sebab merokok.

Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang patut dia tinggalkan ialah ROKOK, bukannya tinggalkan jubah, serban, kopiah atau masjid.

Contoh 2
2) Seorang perempuan, berjubah, berniqab. Suka berselfie, tayang bodi pada ajnabi di fb, dipuja dipuji para lelaki sampai ada yang komen berahi. Komen-komen islamik memang tak ketinggalan. Kemudian ada ustaz tegur, perempuan tu terasa, esoknya dia pakai tudung pendek, niqab dibuang, pakai baju adik. Bila orang tanya kenapa dah tak pakai purdah dan tudung labuh, katanya dia tak mahu jadi fitnah pada agama sebab suka menggedik.

Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang patut dia tinggalkan ialah KEGEDIKAN, bukannya tinggalkan jubah, purdah dan tudung labuh.




Inilah hakikat manusia zaman sekarang, bila ditegur, mereka bukan jadi baik, tapi mereka pertahankan yang jahat, dan tinggalkan yang baik.


Yang menegur pun sama, bila menegur bukan untuk kebaikan, bukan untuk keredhaan Allah, tapi untuk lepaskan nafsu semata-mata sebab nampak keburukan orang lain. Mereka menegur dengan cara "buang kebaikan, dan kembali menjadi jahat".


Contohnya: "Kalau nak merokok, buang dulu kopiah tu.". Ini juga merupakan kebodohan dalam menegur, sepatutnya dia suruh buang rokok, bukan buang kopiah.


Contoh lain, kaum hijabista bebeh meleleh berkomen jiwang islamik di fb dengan lelaki ajnabi. Penegur tegur: "Kalau nak berzina, buang dulu purdahnya."


Ini adalah kebodohan, sebab yang perlu diseru ialah kepada kebaikan, bukannya seru kepada kejahatan dan galakkan perbuatan mungkar. Penegur dan ditegur, kedua-duanya bodoh.


Jadi mari kita jadi pandai dan keluar dari kebodohan. Kepada penegur, kita mengajak manusia kepada kebaikan, dan mencegah manusia dari kejahatan, bukannya ajak buat jahat dan cegah manusia dari kebaikan.


Yang ditegur pula, perlu muhasabah diri dan berubah kepada lebih baik, bukannya berubah menjadi lebih jahat, sebab Allah dah bagitahu dalam quran yang mafhumnya peringatan itu baik dan bermanfaat untuk orang mukmin. 



Jadi, kalau peringatan yang baik tu tak beri manfaat pada diri korang, bermakna korang belum lagi jadi mukmin sebenar-benar mukmin. Dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan islam.


Nota Kaki : Kebodohan dan kejahilan itu berbeza, jahil itu tiada ilmu, manakala bodoh itu lemah akal. Contoh di atas bukan untuk orang jahil, tapi untuk orang bodoh. Semua orang pun ada ilmu sekurang-kurangnya asas untuk tahu mana baik dan mana buruk, hanya kebodohan sahaja yang membezakan kita samada untuk guna ilmu tu sebaiknya atau spin bagi tunggang terbalik ikut nafsu kita



*Nurul tidak tahu penulis asal, kalau ada yang tahu sila beritahu, Nurul bagi kredit. 
Terimakasih.



Tuesday, 3 February 2015

Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Asslamualaikum...

Hari ni Nurul nak kongsi salah satu amalan harian Nurul..  minum air rendaman bunga mawar kering.
rasanya, ramai yang dah tahu dan mungkin juga mengamalkan seperti Nurul tapi kita share pada yang belum mengetahui atau mencari info tentang ini..

Nurul sukaaa sangat dengan bunga mawar, menerima sekuntum atau berkuntum-kuntum bunga mawar adalah satu kebahagiaan, they look stunning and smell great! :D


Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Ni la rupa bunga rose kering tetap kelihatan cantik dan gojes gitu kan? 

Bunga Rose kering mudah didapati dikedai ubat kaum cina, dulu-dulu murah je, satu paket dalam 200gm gitu baru RM5.00 tapi sekarang ni dah RM9.00 dah.. ni di kedai yang biasa Nurul beli la.. lain tempat mungkin lagi mahal mungkin juga murah.. 


Jangan tak tahu ramai yang mengamalkan memakan sekuntum bunga rose segar setiap pagi, kalau nak amalkan yang ini,  Nurul cadangkan tanam sendiri la ye sebab kalau yang jual kat luar tu..urmm.. faham2 je la.. mesti kene sembur dengan racun serangga atau disuntik bahan kimia untuk ketahanan bunganya.. bahaya tu! Bunga rose ni dah terkenal dengan kepentingannya dalam sihat dan cantik dari zaman Yunani purba dan Rom lagi, zaman Cleopatra.. dia ni memang taksub sikit dengan bunga rose ni.. tak caya? ce google..hehee


Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Rendam dalam air panas, tutup bekas. biarkan bunga layu

Ini miss Google yang cakap ye :
  • Secawan air rose hangat dan aromanya menghilangkan rasa bimbang dan takut, bole juga dicampurkan kedalam teh.
  • Ia juga sebagai detox dan membantu mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik
  • Juga boleh dicampurkan dalam adunan mask untuk menghilangkan masalah kulit muka
  • Ia kaya dengan vitamin C baik untuk badan, kulit dan rambut
  • Anti-oksidan yang menakjubkan
  • banyak lagi kebaikan-kebaikan bunga rose ni.. ade masa bole tanya miss google ye :))

Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Inilah rupa bunga selepas direndam dua kali..
bole digunakan sampai warna nye tu hilang

Dari pengalaman Nurul sendiri, Nurul mengamalkan setiap pagi merendam bunga rose kering dengan air panas, satu mug dalam 200ml air letak 5~7 kuntum bunga rose, biarkan dalam 10minit dan meminumnye ketika masih agak panas, Nurul menggunakannya dua kali. Apa yang Nurul rasa dari amalam ni, dari segi luaran, kulit looks more radiance, rosy dan lembab.. dalaman pula, baik utk detox dan penghadaman.. 


Simple je amalan ni tapi banyak kebaikannya... in shaa Allah.. 

Friday, 22 August 2014

Khasiat buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma

Assalamua'laikum...

Pagi tadi seorang kawan datang desk Nurul, cakap pasal keja la memulanya.. entah macam mane bole pula dia tersangkut pasal buah zuriat.. terpinga-pinga Nurul sat... buah zuriat?? tak pernah dengar pon! dia kata mak mentua bawa balik dari Mekah, bagi 2 biji kat dia.. urmm.. kawan Nurul ni dah kawin dalam 5~6 tahun tapi belum dikurniakan zuriat.. Kawan ni mengeluh, akak ipar dia datang rumah, tolong kemas2 dapur, buah zuriat tu disangkakan buah ciku yang dah rosak/kering lalu dibuangnya ke dalam tong sampah.. adesss... esok pagi, lori sampah pun angkuttttt... selamattt...sob..sob..sob......


 Buah Zuriat?
Inilah rupa buah Zuriat tu atau Buah Adam/Hawa
Info lanjut sila klik imej untuk ke link asal

Nasib baiklah, seorang kawan bagi lagi 2biji buah ni.. macam tau-tauuuu je... Alhamdulillah, rezekiii.. menurut kawan, bila direbus, baunye seperti kelapa laut.. Nurul teruja dengan info baru ni, apalagi terus usha tenet. Buah Zuriat juga dikenali sebagai buah Adam atau buah Hawa, dikenali sebagai buah Doum di negara Arab digunakan sebagai persediaan herba untuk mengubati masalah kesuburan bagi kaum lelaki juga wanita. 

Rata-rata website yang bercerita tentang khasiat buah Zuriat ini amat baik untuk :

  • Darah tinggi / darah rendah
  • memperbaiki hormon
  • menambahkan kecergasan badan / bertenaga
  • melancarkan haid
  • membantu usaha untuk hamil 


 Buah Zuriat?
Ini cara penyediaannya.. 
Info lanjut sila klik imej ke link asal

Untuk hasil yang lebih baik/cepat, dicadangkan pengambilan Debunga Kurma untuk menguatkan rahim, mengurangkan risiko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani.


Serbuk Debunga Kurma
Serbuk Debunga Kurma
Sila klik Imej ke link yang berkaitan

Masa surf cari info buah ini, rata-rata harga yang ditawarkan antara  RM20 ~ RM30 untuk 2biji (perlu 2 biji setiapkali menggunakannya). Nurul surf juga untuk pembekal buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma yang menawarkan harga yang terbaik, Nurul jumpa kat satu website ni, klik link bawah tu, 100biji dengan harga RM270.. memang murah sangat la berbanding yang lain, Nurul try whatsapp empunya blog, response beliau seperti dibawah : 

Whatsapp pada 20/08/2014

Posting beliau untuk Buah Zuriat ni pada 15/12/13 tapi pada ruang komen masih aktif membalas setiap komen, latest response komen dari beliau 19/04/14 dan latest komen yang ditinggalkan 10/07/14.

Komen-komen yang ditinggalkan untuk Buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma ada juga yang berupa testimonial dengan result yang menggembirakan.. alhamdulillah :)


Akhirkata, kita mampu merancang namun Allah yang menentukan. Kita digalakkan berusaha dan setelah itu bertawakal. Allah sebaik-baiknya perancang... In shaa Allah.


Sharing is caring, caring is loving :)

Friday, 18 April 2014

Mutiara Iman:Kita Ibarat sebiji Pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa…,
 
-   Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan, lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...

-   Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh…pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya...

-   Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai, tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina...
 
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala...Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita...iaitu SYURGA...

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga...

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah akan menghumbankan kita ke dlm NERAKA JAHANAM yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah…tiada nilainya lagi...

Salam Jumaat . Moga bermanfaat..

Thursday, 2 January 2014

Angin Ahmar/Stroke.. bersediakah kita menghadapinya?

MIL baru balik malam tadi dari menziarahi adiknya di salah satu hospital di bandar Singa selepas 2 hari disana. Pagi-pagi semasa nak bertolak gi kerja sempat MIL berkongsi cerita dan meluahkan kebimbangan terhadap adik bongsunya itu.

"Kaki sebelah kanan tak dapat digerakkan, termasuk lengan dan mulut sedikit herot ke tepi.. bubur yang anaknya suapkan pun dimuntahkan sebab batuk, masa awal-awal kena stroke busu langsung tidak mengenali sesiapa termasuklah suami dan anak-anaknya sendiri," ujar beliau dengan sedih.

Selalu juga Nurul mendengar citer stroke ni tapi tidak ambil pusing sangat, sampailah bila terkena kepada ahli keluarga barulah membuka mata besar sikit.... *sikap tak baik ni, jangan ditiru.

Stroke terjadi akibat bekalan darah ke otak terganggu. Otak memerlukan bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien yang berterusan untuk berfungsi. Ada 2 jenis stroke, Stroke Iskemik berlaku apabila darah beku terbentuk di arteri utama dan menyekat bekalan darah ke otak. Stroke Iskemik boleh terjadi akibat pengumpulan kolestrol atau puing lain dalam arteri yang sekian lamanya. Stroke Hemoragik pula terjadi apabila salur darah dalam otak pecah menyebabkan pendarahan

Ketiadaan/kekurangan bekalan darah ke otak menyebabkan bahagian otak akan mula mati. Dalam keadaan inilah Stroke terjadi! Otak adalah organ kompleks yang sangat hebat yang mengawal fungsi dan keupayaan tubuh, oleh itu, kerosakan otak bakal menjejaskan semua aktiviti seseorang, kemampuan derianya, sebelah tubuh mungkin lumpuh, corak pemikiran, pertuturan dan daya ingatan tapi kesannya adalah pelbagai bergantung kepada betapa teruknya otak rosak dan bahagian dimana di otak stroke itu berlaku.


Pertubuhan Stroke Sedunia(WSO) menggariskan enam langkah mudah yang harus diamalkan:
1. Mengetahui factor risiko sendiri mengenai tekanan darah, kencing manis dan keadaan kolesterol.
2. Aktif secara fizikal dan kerap melakukan senaman.
3. Tangani masalah berat badan menerusi cara pemakanan yang sihat.
4. Kurangkan pengambilan alkohol.
5. Elakkan daripada merokok atau menghidu asap rokok orang lain.
6. Mengenali tanda amaran strok dan bagaimana bertindak menanganinya.


Jom kenali tanda awal amaran stroke, semoga kita mampu bertindak segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, mengelakkan stroke yang mendatang atau mengurangkan kesannya.
Rasa lemah atau kebas mengejut sebelah badan. Tanda-tandanya mungkin muka yang meluyut dan air liur meleleh, rasa lemah pada lengan atau kaki. Kekaburan penglihatan, kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, pening, kehilangan imbangan, kekeliruan, rasa mual atau muntah.


Posting ni Nurul tulis selepas membaca, merujuk dan membuat perbandingan pada sumber-sumber yang ada di internet. Nurul cuba menggunakan bahasa ringkas yang mudah difahami. Semoga beroleh sedikit manfaat. Jika ada kesalahan info, tolonglah ditegur ye :)

Wednesday, 13 November 2013

Saving a bear

A bear was walking across Rainbow Bridge (Old Highway 40) at Donner Summit, when two cars also crossing the bridge scared the bear into jumping over the edge of the bridge, Somehow the bear caught the ledge (see unbelievable photo, below) and pulled itself to safety.


Authorities decided that nothing could be done to help that night so they returned the next morning to find the bear sound asleep on the ledge.



After securing a net under the bridge the bear was tranquilized,


fell into the net, and lowered,


then woke up and walked out of the net.


There is a moral to this story.
This old bear made a wrong move and found he was hanging by his nails. Somehow he was able to pull himself up onto the ledge where he saw he was in a very bad, impossible situation and what did he do? Yep, he took a nap and sure enough the situation took care of itself while he was asleep.

The moral is that when confronted with a bad situation
Sometimes, the best solution is ~ Take a nap :D

Friday, 25 October 2013

Kisah Nabi Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan.

Baginda pun bertanya, "Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?"

Lelaki Ansar itu menjawab, "Ya ada. Iaitu pakaian kasar yang dapat menggalas punggung unta. Sehelai kami gunakan dan yang sehelai lagi kami hamparkan dan juga bekas minuman.

Rasulullah SAW pun terus berkata, "Bawa kedua-duanya kepada aku."

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah SAW lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, "Siapa yang mahu membeli dua barang ini?"

Seorang lelaki menjawab, " Aku akan membelinya dengan 1 dirham."

Rasulullah SAW pun berkata dan mengulangi 2, 3 kali, "Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?".

Seseorang pun menjawab., "Saya mahu membelinya dengan 2 dirham."

Rasulullah SAW pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, "Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawakan kepadaku."

Lelaki Ansar tadipun melaksanakan arahan Rasulullah SAW dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda.

Rasulullah SAW memasangkan dengan kayu lalu berkata, "Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu disini selama 15 hari ini."


Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari, lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah SAW bersama 15 dirham.

Rasulullah SAW berkata, "Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya, meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan."