Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Friday, 19 December 2014

Jom derma darah!

Assalamu'alaikum...

Bila sebut saja derma darah, segelintir kita tiba-tiba mengangkat bahu dan menggeleng-gelengkan kepala, masih ramai yang fobia melihat jarum besar.. adehhh.. come on !!.. jarum je kotttt :))


Jom derma darah!


Begitu banyak kebaikan yang boleh kita dapat dari menderma darah ni sebenarnya.. urmm.. ada juga mitos yang mengatakan, kita akan gemuk selepas menderma darah, bagi yang mengalami mungkin kebetulan kot.. takde pula Nurul jumpa dalam mencari info tentang derma darah ini, lagi kurangkan berat adalah... betul ni!


Kebaikan derma darah


Upis Nurul mengadakan Hari Derma Darah hari ni, dengan kerjasama Hospital Sultanah Aminah(HSA), ramai juga yang sedih sebab tidak layak untuk menderma, darah tinggi, darah rendah, tak cukup berat..huhu.. untuk menderma syarat asas mestilah berat 45kg keatas dan berumur 17tahun keatas.


Kebaikan derma darah


Dulu-dulu.. kita menderma darah 6 bulan sekali, pastuh 3 bulan sekali, sekarang ni 2 bulan sekali kita bole derma darah dah :)) banyak sangat kebaikan menderma darah ini untuk diri kita sendiri selain dari mendapat pahala dengan membantu mereka yang memerlukan.. In shaa Allah.... 


Kebaikan derma darah

Antara kebaikan bila kita menderma darah :

1. Melindungi jantung 
2. Mengurangkan risiko kanser
3. Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru dan segar
4. membakar kalori (kurus la niii...)
5. Membantu melawan hemochromitosis(sejenis gangguan genetik)
6. Warga emas akan merasa lebih bertenaga
7. Mendapat ujian asas darah
8. Meningkatkan tahap kesihatan

(Sumber rujukan kat sini)

Kebaikan derma darah

Dengan bangganya.. hahahaa.. sudah membuat satu kebaikan hari ini.. in shaa Allah.. lupa membawa buku merah.. yang sebenarnya, malas nak cari pagi tadi kat umah.. hahaha.. oya.. tau tak kalau kita sudah menderma dua kali, kita layak mendapat suntikan Hepatitis B percuma :))


Kebaikan derma darah


Nurul Mendaftar sebagai penderma organ juga so dapat la tuala kecik ni, menurut Nurse dari HSA tu tadi, sungguhpun kita dah berikrar untuk menderma organ, mereka tetap perlu mendapatkan persetujuan dari waris si pengikrar. Jika tidak dibenarkan, mereka tidak boleh mengambilnya.


Kebaikan derma darah

Seronok menderma ni, dah lah bole duduk rehat-rehat kat lobby lama-lama.. minum-minum.. makan-makan dengan juadah yang disediakan, dapat benda ni lagi! perghh.. nampak sangat malasnye kat situ yeeee..hehee


Kebaikan derma darah


Goodies pack yang ni pula dari HSA.. belakang tu ada satu pek kacang tau.. nak juga bagitauuuuu.. heheee... Banyaknya dapat hari ni kan? seronok sangat.. dapat berbuat kebaikan (in shaa Allah) juga manafaat yang sangat banyak pada diri kita sendiri, dapat makan minum percuma, dapat lagi cenderahati.. Masya Allah... :))


Ada orang kata jenis darah mempengaruhi sikap.. betul ke? tak tau la.. seronok-seronok je.. jangan amik serius plak ye :))
Kat sini ada penerangan lagiiii detail :  SINI


Last but not least, nak bagitau ni 14 Jun adalah hari penderma darah sedunia :))

Friday, 22 August 2014

Khasiat buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma

Assalamua'laikum...

Pagi tadi seorang kawan datang desk Nurul, cakap pasal keja la memulanya.. entah macam mane bole pula dia tersangkut pasal buah zuriat.. terpinga-pinga Nurul sat... buah zuriat?? tak pernah dengar pon! dia kata mak mentua bawa balik dari Mekah, bagi 2 biji kat dia.. urmm.. kawan Nurul ni dah kawin dalam 5~6 tahun tapi belum dikurniakan zuriat.. Kawan ni mengeluh, akak ipar dia datang rumah, tolong kemas2 dapur, buah zuriat tu disangkakan buah ciku yang dah rosak/kering lalu dibuangnya ke dalam tong sampah.. adesss... esok pagi, lori sampah pun angkuttttt... selamattt...sob..sob..sob......


 Buah Zuriat?
Inilah rupa buah Zuriat tu atau Buah Adam/Hawa
Info lanjut sila klik imej untuk ke link asal

Nasib baiklah, seorang kawan bagi lagi 2biji buah ni.. macam tau-tauuuu je... Alhamdulillah, rezekiii.. menurut kawan, bila direbus, baunye seperti kelapa laut.. Nurul teruja dengan info baru ni, apalagi terus usha tenet. Buah Zuriat juga dikenali sebagai buah Adam atau buah Hawa, dikenali sebagai buah Doum di negara Arab digunakan sebagai persediaan herba untuk mengubati masalah kesuburan bagi kaum lelaki juga wanita. 

Rata-rata website yang bercerita tentang khasiat buah Zuriat ini amat baik untuk :

  • Darah tinggi / darah rendah
  • memperbaiki hormon
  • menambahkan kecergasan badan / bertenaga
  • melancarkan haid
  • membantu usaha untuk hamil 


 Buah Zuriat?
Ini cara penyediaannya.. 
Info lanjut sila klik imej ke link asal

Untuk hasil yang lebih baik/cepat, dicadangkan pengambilan Debunga Kurma untuk menguatkan rahim, mengurangkan risiko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani.


Serbuk Debunga Kurma
Serbuk Debunga Kurma
Sila klik Imej ke link yang berkaitan

Masa surf cari info buah ini, rata-rata harga yang ditawarkan antara  RM20 ~ RM30 untuk 2biji (perlu 2 biji setiapkali menggunakannya). Nurul surf juga untuk pembekal buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma yang menawarkan harga yang terbaik, Nurul jumpa kat satu website ni, klik link bawah tu, 100biji dengan harga RM270.. memang murah sangat la berbanding yang lain, Nurul try whatsapp empunya blog, response beliau seperti dibawah : 

Whatsapp pada 20/08/2014

Posting beliau untuk Buah Zuriat ni pada 15/12/13 tapi pada ruang komen masih aktif membalas setiap komen, latest response komen dari beliau 19/04/14 dan latest komen yang ditinggalkan 10/07/14.

Komen-komen yang ditinggalkan untuk Buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma ada juga yang berupa testimonial dengan result yang menggembirakan.. alhamdulillah :)


Akhirkata, kita mampu merancang namun Allah yang menentukan. Kita digalakkan berusaha dan setelah itu bertawakal. Allah sebaik-baiknya perancang... In shaa Allah.


Sharing is caring, caring is loving :)

Wednesday, 11 June 2014

Ayat-ayat pemusnah sel barah


Ayat-ayat pemusnah sel barah
Assalamualaikum...

Whatsapp sharing ni datang dari seorang teman, mudah-mudahan dapat membantu pada yang memerlukan. Nurul dapat merasakan perasaan mereka yang menderita sakit barah/kanser juga perasaan keluarga terdekat, sama macam adik Nurul lalui dulu, pernah Nurul kongsikan di entry ini

Kita berusaha dengan apa sahaja cara dan setelah itu barulah bertawakal. Percayalah kepada kuasa Allah.. tiada apa yang mustahil jika Allah menghendakinya.


********************************************************************************************************************

  
AYAT-AYAT PEMUSNAH SEL-SEL BARAH


Ayat-ayat pemusnah sel barahLapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya
Moga mendapat kesembuhan....In shaa Allah


Photo dari google images

Tuesday, 28 January 2014

Flat Tummy Water


Jom kita riki-riki apa ada disebalik bahan-bahan utamanya :

Halia
- Membuang angin, melegakan loya, membantu masalah penghadaman, melancarkan peredaran darah, membantu masalah arthritis dan menurunkan berat badan.Baca lebih-lebih kat sini

Timun
- Menghidratkan tubuh, menyingkirkan toksin, membekalkan mineral, membantu penghadaman , menurunkan berat badan, melawan suhu panas. Usha lebih kat rakan blogger QV

Lemon
- Melancarkan pencernaan, membersihkan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan, meningkatkan  antibodi, menyegarkan nafas, membantu meringankan sakit gigi dan radang gusi, membantu menurunkan berat badan. Boleh baca lagi disini

Daun Pudina
- Membantu sistem penghadaman, menyegarkan nafas, membantu mencairkan kahak, ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan anti virus, merangsang pengeluaran peluh, membantu menghilangkan loya, kejutan dan mempertingkatkan kosentrasi. Lagi info kat sini

Selamat mencuba!^^

Friday, 17 January 2014

Aku diet!

Rakan A: "Awak nak makan ape?"

Rakan B: "Tak nak ape la.. Aku tengah diet"

Rakan A: "betul kau tak nak makan ni?"

Rakan b: "Ikss.. kau ni.. support la sikit aku tengah diet ni, semalam aku dah makan banyak la!"

Apa yang kita faham dari perbualan diatas adalah, "bila kita tak makan, kita akan kurus".. Istilah "Aku diet" bermaksud "Tak makan/menahan lapar" bagi ramai orang. Bila tak makan, kita akan kurangkan berat badan dan seterusnya kurus, tapi benarkah itu adalah maksud sebenar DIET?


Diet bukanlah bermaksud tidak makan atau menahan lapar, ia adalah pilihan sesuatu hidangan, yang seimbang, sesuai dengan keinginan untuk mencapai sesuatu target, meningkatkan dan seterusnya mampu memperbaiki kesihatan seseorang. Contohnya: Diet rendah gula adalah sesuai untuk pesakit diabetes. Diet tersebut mampu untuk mengawal dan mencegah pesakit yang mengalami diabetes dari bertambah teruk.

Kita perlu makan untuk kelangsungan aktiviti seharian. Bila kita skip makan, sampai masa yang sepatutnya kita makan, badan kita mengeluarkan asid yang diperlukan untuk penghadaman dan sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid itu akan menghakis dinding usus dan merosakkannya.


Doktor selalu menyarankan kita untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Ia lebih dari sekadar nak kurus dan cantik. Berat badan yang berlebihan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit. Diet yang seimbang mampu mengekalkan kecergasan dan kesihatan.





4 Tips untuk mendapat kesihatan yang optima
1. Pemakanan - Makanan yang seimbang
2. Senaman - Mengamalkan senaman, paling kurang     seminggu sekali.
3. Rehat - Mendapat rehat/tidur yang mencukupi
4. Sikap Mental - Cara kita mengendalikan masalah/gossip sekeliling.

Sumber photo : Google Images

Thursday, 2 January 2014

Angin Ahmar/Stroke.. bersediakah kita menghadapinya?

MIL baru balik malam tadi dari menziarahi adiknya di salah satu hospital di bandar Singa selepas 2 hari disana. Pagi-pagi semasa nak bertolak gi kerja sempat MIL berkongsi cerita dan meluahkan kebimbangan terhadap adik bongsunya itu.

"Kaki sebelah kanan tak dapat digerakkan, termasuk lengan dan mulut sedikit herot ke tepi.. bubur yang anaknya suapkan pun dimuntahkan sebab batuk, masa awal-awal kena stroke busu langsung tidak mengenali sesiapa termasuklah suami dan anak-anaknya sendiri," ujar beliau dengan sedih.

Selalu juga Nurul mendengar citer stroke ni tapi tidak ambil pusing sangat, sampailah bila terkena kepada ahli keluarga barulah membuka mata besar sikit.... *sikap tak baik ni, jangan ditiru.

Stroke terjadi akibat bekalan darah ke otak terganggu. Otak memerlukan bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien yang berterusan untuk berfungsi. Ada 2 jenis stroke, Stroke Iskemik berlaku apabila darah beku terbentuk di arteri utama dan menyekat bekalan darah ke otak. Stroke Iskemik boleh terjadi akibat pengumpulan kolestrol atau puing lain dalam arteri yang sekian lamanya. Stroke Hemoragik pula terjadi apabila salur darah dalam otak pecah menyebabkan pendarahan

Ketiadaan/kekurangan bekalan darah ke otak menyebabkan bahagian otak akan mula mati. Dalam keadaan inilah Stroke terjadi! Otak adalah organ kompleks yang sangat hebat yang mengawal fungsi dan keupayaan tubuh, oleh itu, kerosakan otak bakal menjejaskan semua aktiviti seseorang, kemampuan derianya, sebelah tubuh mungkin lumpuh, corak pemikiran, pertuturan dan daya ingatan tapi kesannya adalah pelbagai bergantung kepada betapa teruknya otak rosak dan bahagian dimana di otak stroke itu berlaku.


Pertubuhan Stroke Sedunia(WSO) menggariskan enam langkah mudah yang harus diamalkan:
1. Mengetahui factor risiko sendiri mengenai tekanan darah, kencing manis dan keadaan kolesterol.
2. Aktif secara fizikal dan kerap melakukan senaman.
3. Tangani masalah berat badan menerusi cara pemakanan yang sihat.
4. Kurangkan pengambilan alkohol.
5. Elakkan daripada merokok atau menghidu asap rokok orang lain.
6. Mengenali tanda amaran strok dan bagaimana bertindak menanganinya.


Jom kenali tanda awal amaran stroke, semoga kita mampu bertindak segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, mengelakkan stroke yang mendatang atau mengurangkan kesannya.
Rasa lemah atau kebas mengejut sebelah badan. Tanda-tandanya mungkin muka yang meluyut dan air liur meleleh, rasa lemah pada lengan atau kaki. Kekaburan penglihatan, kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, pening, kehilangan imbangan, kekeliruan, rasa mual atau muntah.


Posting ni Nurul tulis selepas membaca, merujuk dan membuat perbandingan pada sumber-sumber yang ada di internet. Nurul cuba menggunakan bahasa ringkas yang mudah difahami. Semoga beroleh sedikit manfaat. Jika ada kesalahan info, tolonglah ditegur ye :)

Tuesday, 22 October 2013

Kanser menyerang tidak kenal siapa...


Lama juga tak menyentuh blog ni, sejak awal pagi 5th Oct terbang ke Sarawak menemani adik ngan babynye.. balik kesini awal pagi Raya Haji(15thOct).. masuk keje je, melambak la juga task yang menanti sentuhan kasihsayang... haha... selalu ade mase pendek-pendek je so blogwalking je la jawabnye.. buat hilang2 stress :)

Nurul nak share satu bende yang penting untuk kite specially kaum wanita, salah satu symptom yang mungkin menunjukkan adanye kanser, dan kita bole lah take precaution. Rasa simpati yang tidak terhingga bila memikirkan adik, yang suddenly mendapat tahu yang dia menghidapi kanser rahim namun syukur alhamdulillah dapat dikesan pada early stage.

Kisahnya begini, Adik melahirkan baby awal tahun ini, 20th Jan 2013, and bleeding berterusan sampai sekarang. Mula-mula adik ingatkan darah nifas but nonstop sehingga April, Adik gi hospital dan pihak hospital mengatakan yang dinding rahimnya masih tebal sebab itu bleeding berterusan beserta ketulan2 darah. Ia berterusan lagi sehingga July, pihak hospital memutuskan untuk mengambil sedikit sample selepas adik kembali bleeding dengan lebih teruk selepas ubat yang dibekalkan habis.

Syukur alhamdulillah, semasa pengambilan sample tu, pihak hospital accidentally terambil sedikit dinding rahim, dan dari situlah kanser itu dapat dikesan.

Chemo pertama dijalankan pada 23rd Sept 2013, keluar wad pada hari Rabu, dari Khamis sehingga Ahad terpaksa berulang-alik ke hospital untuk injection pagi dan petang(jarak masa 12hrs) rehat seminggu selepas tu kene buat lagi chemo (dos bergantung pada pemeriksaan darah yang dijalankan). Dah buat chemo 2 circles but belum ade kesan2 penurunan sel kanser.. malah semakin naik, last reading 200K over.

Kesan Chemo, mual yang teramat sangat, bile tak makan gastrik pula menyerang dan juga rambut gugur, badan lemah, fizikal and mental kene kuat. Sokongan keluarga sangat diperlukan.


Dikalangan kawan-kawan Nurul, memang ramai yang ambil lewa dan berat-hati untuk menjalani yearly breast exam, pap smear also mammogram.  Antara alasan yang sering Nurul dengar ialah malu, takut dengan result, takde masa, saya jaga kesihatan, saya mengamalkan pemakan yang begini-begitu dan macam-macam alasan lagi...

Untuk pengetahuan, adik Nurul ni seorang yang very conscious tentang kesihatan tapi takdir Allah tidak dapat kita jangka, memang ramai yang bertuah diluarsana, sihat dan jauh dari sakit tapi itu untuk hari ini... esok lusa kita tak tahu kan? bila kita membaca atau mendengar tentang kanser, seolah-olah jauhhhh dari kita tapi bila terjadi pada seseorang yang dekat apalagi pada orang yang kita sayang, barulah kita merasa yang rupa-rupanya ia sangat dekat sekali dengan kita...begitulah yang Nurul rasa.

So,  ramai-ramai la kita gi buat pemeriksaan lepas ni ye...



**Update 23/10/2013 : Esok adik akan menjalani operation, buang rahim, kerana sel kanser terlalu banyak dan nonstop bleeding.. Hospital mengambil langkah tersebut kerana adik semakin lemah kerana kekurangan darah... doakan adik Nurul ea (T_T)

***Update 12/03/2014 : Adik disahkan sudah bebas dari Kanser.. Subhanallah.. syukur sangat kepada Allah... Alhamdulillah

Pics credit : Google Images

Thursday, 4 July 2013

Makanan sihat bagi mereka yang selsema


Hari ni Nurul received email dari seorang kawan dan Nurul rasa cam bagus untuk dikongsi bersama, apalagi dengan keadaan cuaca sekarang ini kan, pasti ramai yang mudah kena selsemai..  Moga bermanfaat^^



Gejala selsema sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Sama ada disebabkan cuaca yang tidak menentu ataupun virus yang menjangkit, gejala selsema sudah tentu akan mengganggu aktiviti harian anda. 

Selain mengamalkan kesemua petua ini, jenis pemakanan yang anda ambil juga perlu dititikberatkan. Berikut antara 10 jenis makanan yang boleh anda ambil ketika gejala selsema menyerang anda:

sup ayam boleh membantu untuk menyembuhkan dan
mempunyai kesan anti-radang yang sederhana

1. Ais krim batang
Aiskrim boleh melegakan sakit, rasa gatal, bengkak, atau kering pada tekak. Ia juga membantu mengekalkan anda terhidrat, yang menganggu anda apabila berhadapan gejala selsema. Mendapatkan air yang secukupnya dapat membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat. Cari aiskrim batang yang diperbuat daripada 100% jus buah-buahan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang penting dan bukannya air gula. Beberapa perisa seperti epal, anggur, atau strawberi boleh dicuba. 

2. Sandwich Turki 
Ayam belanda adalah pilihan terbaik, ia merupakan makanan yang mengandungi protein tanpa lemak. Sekalipun anda tidak menyukai rasanya, namun makanan ini membantu membekalkan tenaga dalam badan untuk melawan penyakit. 

3. Jus Sayur-sayuran 
Selain salad, segelas jus sayur-sayuran yang rendah natrium rendah akan membekalkan anda dengan imun-merangsang antioksida dan mengekalkan diri anda dari terus terhidrat. 

4. Sup Ayam 
Berkhasiat dan menghidratkan, terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa sup ayam boleh membantu untuk menyembuhkan dan mempunyai kesan anti-radang yang sederhana. Kajian telah mendapati bahawa sup ayam panas dapat meningkatkan keupayaan silium, rerambut kecil pada bahagian rongga hidung, untuk melindungi badan daripada bakteria dan virus. 

5. Bawang putih 
Untuk itu, bawang putih merupakan pilihan yang baik bagi menyediakan hidangan seperti sup. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob dan imun-merangsang serta boleh memberi kelegaan bagi masalah hidung tersumbat. 

6. Halia 
Sakit perut? Loya? Halia adalah yang sering digunakan untuk melegakan gejala-gejala ini. Beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu melawan keradangan. 

7. Roti Bakar 
Roti bakar antara makanan yang mudah apabila melawan penyakit. Tambahan pula roti bakar bersama dengan mi sup ayam boleh mengembalikan selera makan anda. 

8. Pisang 
Pisang merupakan makanan yang berkesan terhadap gejala selsema, loya, muntah dan cirit-birit. Pelbagaikan hidangan anda berserta dengan beras, sos epal dan roti bakar. 

9. Teh Panas 
Teh hijau membantu melawan penyakit antioksida. Bernafas dalam wap terutamanya berasaskan teh boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Campurkan sesudu madu dan perahan limau untuk membantu melegakan sakit tekak. Jika kafein mengganggu anda, pilihlah bebas kafein atau versi herba. 

10. Minuman Gantian Hidangan 
Jika selera makan anda telah kembali, cuba minuman gantian untuk mendapatkan nutrien dan kalori yang betul. Cari minuman bebas laktosa dengan sekurang-kurangnya 6 gram protein dan rendah gula. Perisa seperti strawberi dan coklat memiliki vitamin, nutrien dan kalori yang lebih banyak.



Selamat Mencuba :)

Tuesday, 21 May 2013

Rumpai ganti garam bermanfaat untuk kesihatan kepada pesakit kardiovaskular(CV)

 Rumpai ganti garam
PROF DR SUHAILA menunjukkan estrak rumpai laut (cardio mate) dan kapsul rumpai laut.

Penyelidik UPM hasil KardioMate atasi masalah kesihatan 

SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).


KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, terutama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.


Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.


“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah.


“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof.
Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan.


“Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.


“Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.


“Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko,” katanya.
Sumber

Artikel yang berkaitan: mstar , Utusan

Friday, 3 May 2013

Rahsia rumpai laut

2013/04/15 - 07:05:06 AM Oleh Nor Hatina Shuib
Rahsia rumpai laut

Berita Harian ~ Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.
Sumber

Sunday, 17 March 2013

Idam kulit anjal


MyMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

Melihat wanita ini, hati berasa cemburu. Tampak tenang ketika menghirup secawan kopi, wajahnya kelihatan masih anjal.

Berusia lingkungan 50 tahun, namun wajahnya langsung tidak menunjukkan garis penuaan dan ton kulitnya juga agak sekata membuatkan ia kelihatan begitu elegan.
Malah, dengan bentuk badannya yang comel, memudahkan dia bergaya anggun walaupun hanya ketika menghabiskan masa menikmati sajian minum petang bersama rakan.

Memasang impian untuk menjadi seperti wanita tidak dikenali itu, sesiapa saja tanpa mengira lelaki mahupun wanita turut mengidamkan kulit anjal walaupun sudah memasuki zon usia emas.


Memahami serba sedikit mengenai kulit orang Asia yang mempunyai ciri-ciri tebal, anjal dan tahan lasak, ia tidak menjanjikan wajah anda terhindar daripada masalah kedutan.


Lazimnya, mereka menghadapi masalah hiper pigmentasi, parut dan mudah terkena jangkitan kerana memiliki lebih kelenjar serum.

Disebabkan itu, apabila seseorang wanita memasuki usia 40 tahun, mereka lebih prihatin terhadap penjagaan wajah apatah lagi kulit sudah mula menunjukkan garis halus dan kedutan berbanding sebelum ini.

Memahami kebimba–ngan wanita bukan saja di Asia malah seluruh dunia, jenama kecantikan Avon menampilkan produk terbarunya, Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment bagi membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit wajah.

Pengarah Serantau Kajian dan Penyelidikan Avon, Dr Zhi Lu berkata, rang–kaian terbaru itu diperkenalkan berdasarkan keperluan kulit yang diinginkan oleh wanita di seluruh dunia.

“Bukan hanya wanita Asia malah di negara lain turut mengalami proses penuaan yang sama tanpa mengira etnik. Namun, kita bertuah kerana tidak mengalami masalah kedutan yang dalam di bahagian dahi.

“Masalah garis penuaan orang Asia biasa dilihat dengan ketara di bahagian tepi mulut dan mata, biasanya terjadi kepada mereka yang gemar ketawa walaupun usia masih muda.

“Bukan itu saja, kemunculan garis kedutan berbeza mengikut usia. Justeru, produk antipenuaan harus digunakan mengikut keperluan jenis kulit individu itu sendiri,” katanya.

Majlis turut dihadiri pengacara televisyen, Maria Tunku Sabri dan penulis blog, Nani Rostam.

Menurut Ketua Pemasaran Komersil Avon, Aspalin Sirat, penemuan terbaru molekul antipenuaan yang digunakan adalah revolusi terkini dalam rejim penjagaan kulit.

“Selepas kejayaan luar biasa selama dua dekad dan lebih daripada enam rangkaian produk antipenuaan, kerjasama jenama ini dengan NeoStrata menemukan satu lagi revolusi terkini.

“Kali ini, saintis menemui molekul unik yang membuka rahsia untuk kelihatan lebih muda dalam jangka panjang,” katanya yang menyarankan supaya krim berkenaan dipakai bersama krim pelindung UV atau pelembap yang mengandungi SPF.

Produk yang menggunakan molekul inovatif A-F33 Amino-fill itu membantu menentang kedutan lebih baik berbanding asid glycolic, retinol dan CoQ10.

Penggunaannya membantu menyahaktif halangan kolagen kritikal dalam sel kulit agar kolagen yang tidak digunakan kembali aktif. 

Bagi duta Anew, Soo Wincci, jumlah krim yang sedikit diperlukan untuk disapu selepas menggunakan penyegar pada bahagian yang mempunyai garis kedutan terutama mata.

“Bagi mereka yang memiliki jenis kulit normal, pemakaiannya tidak perlu terlalu banyak berbanding kulit kering kerana akan mengakibatkan wajah kelihatan berminyak.

“Selain itu, jangan gosok wajah terlalu kasar kerana ia akan merosakkan kulit muka yang halus. Sebaliknya, gunakan kapas muka dan tekapkan pada wajah secara lembut,” katanya ketika berkongsi panduan memakai krim antipenuaan itu.
Sumber

Monday, 11 March 2013

Rumusan Baru, Lunatots perkenal produk campuran kolagen galak susu ibu


(Harian Metro,31 Oktober 2012)

Lunaworks Sdn Bhd (www.lunatots.com), syarikat Bumiputera yang memberi tumpuan kepada penjualan peroduk ibu dan bayi yang lebih dikenali dengan jenama Lunatots akan memperkenalkan minuman bagi menggalakkan penghasilan susu ibu dengan campuran kolagen menjelang Disember ini.
Pengarah Urusannya, Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata, produk yang diberi nama Chocolate Drink With Fenugreek itu sudah berada di pasaran sejak Jun lalu dan ia mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelanggan.

"Minuman berkenaan sudah diperkenalkan sebelum ini namun, ia hanya mengandungi halba yang berfungsi menggalakkan penghasilan susu ibu.

"Kami akan memperkenalkan minuman sama dengan tambahan kolagen yang bukan saja membantu golongan ibu mendapat susu lebih banyak, tetapi pada masa sama mencantikkan kulit,"katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.

Menurutnya, produk berkenaan tidak hanya terhad untuk mereka yang mengamalkan penyusuan badan, sebaliknya boleh diamalkan semua wanita.

"Kandungan kolagen marin dalam minuman itu dipercayai dapat mencantikkan kulit serta membantu menyembuhkan luka selepas bersalin, malah ia tidak hanya dihasilkan untuk wanita selepas bersalin sebaliknya boleh juga diamalkan mana-mana wanita yang mahukan kulit lebih cantik,"katanya.
Menurutnya, daripada ujian, ia terbukti membantu memperbanyakkan susu ibu dan yakin produk itu dapat membantu wanita yang mengalami masalah kekurangan susu badan.
"Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan lebih ramai wanita menyusu badan walaupun selepas tempoh enam bulan dan dapat membantu wanita bekerja yang ada kalanya tidak mempunyai masa untuk mengepam susu mereka,"katanya.
Sumber

Tuesday, 5 March 2013

Kolagen bantu lambat penuaan

MYmetro Oleh Hajahfarhana Tarmudi


PENAMPILAN kulit yang muda dan anjal memang diimpikan setiap wanita mahupun lelaki. Namun apabila kesan penuaan mulai muncul, ia membuatkan penampilan tampak berusia daripada umur sebenar.

Ini sekali gus membuatkan keyakinan diri dan semangat berkurangan disebabkan kulit menjadi kendur serta wujudnya garis halus penuaan.

Ketika ini, antara perkara yang boleh dilakukan ialah berusaha untuk mencari makanan tambahan bersesuaian selain menukar gaya hidup lebih sihat bagi membantu mengembalikan keremajaan kulit.

Misalnya, mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen kerana ia berfungsi untuk membina sehingga 70 peratus lapisan bahagian dalam kulit.

Kolagen dikenali sebagai protein yang akan mula berkurangan apabila usia seseorang itu menginjak sekitar 25 tahun dan kekurangannya akan menyebabkan kulit mengendur.

Untuk membantu mengembalikan keremajaan kulit seperti diinginkan semua orang, Appeton Essentials Kolagen Plus diperkenalkan bagi membantu membina semula dan meremajakan kulit dari dalam.

Ia mengandungi kualiti marin yang tinggi sehingga 100 peratus kolagen tulen yang disintesis ke dalam badan kerana dikatakan fungsinya lebih baik berbanding kolagen biasa.



Kolagen terhidrolisis itu membantu proses penyerapan 90 peratus lebih tinggi berbanding kolagen biasa. Bahan utama yang digunakan ialah ekstrak biji anggur yang dikatakan mempunyai antioksidan 50 kali lebih tinggi berbanding vitamin C.

Kehadirannya membantu melindungi badan secara dalaman dan luaran terhadap kemunculan atau kesan penuaan pramatang. Ia antara lain dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis halus.

Selain itu, pengambilannya dalam rutin harian akan membantu meningkatkan keanjalan dan penghidratan, mencerahkan, membaiki kulit serta menebalkan rambut selain mengurangkan kecacatan kuku.

Appeton Essentials Kolagen Plus yang boleh didapati di farmasi terpilih itu diuji secara klinikal untuk menunjukkan peningkatannya pada kulit dalam masa tujuh minggu dan tidak berbau hanyir.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30
Sumber

Monday, 4 March 2013

Kaki ayam bantu cegah reput tulang


New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kerabu Kaki ayam, dapatkan resipi disini
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. - Agensi


INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen

Sumber

Admin : Kaki ayam boleh dimasak dalam pelbagai resipi. Masak Kicap, Kari, dimasak Sup, dibuatkan kerabu dan macam2 lagi. Nak resipi? Minta ngan pakcik google je :D

Friday, 1 March 2013

Kulit tegang, wajah lebih cerah


Utusan/Feminin
ARKIB : 24/04/2012

KOLAGEN merupakan elemen penting dalam mengekalkan kecantikan seseorang terutama mereka yang mengidamkan kulit tegang, anjal, cerah dan menawan.

Pengambilan kolagen merupakan pengganti kepada suntikan dalam mendapatkan wajah dan bentuk badan idaman.

Selain itu, suntikan pula kadang-kadang boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang memudaratkan.

Kini produk yang mengandungi kalogen boleh didapati secara meluas di pasaran di seluruh negara.

Salah satunya ialah jenama CollaB'utee yang merupakan produk kolagen terbaik untuk golongan lelaki dan wanita.

Ia mengandungi komponen antioksidan Vitamin C yang mampu mengelakkan kulit menjadi kering, mengurangkan kedutan dan menambahkan seri di wajah.

Produk ini terbukti apabila kebanyakan pengguna dapat merasai sendiri perubahan positif kepada diri mereka kerana produk yang dirumus dari Jepun itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Antaranya memulihkan keanjalan dan keremajaan kulit, menghilangkan garis halus dan kedutan, membaikpulih sel kulit, menegang dan menggebukan kulit serta mengurangkan pigmentasi.

Produk itu juga membantu mencerahkan kulit, menambahkan kelembapan kulit, melindungi kulit daripada radiasi UV yang berbahaya dan untuk wanita ia turut membantu menegangkan payu dara.

Selain itu, CollaB'utee mengandungi oksidan yang meneutralkan serangan radikal bebas dan memelihara kulit dari dalam, merangsang pertumbuhan kolagen serta menghalang oksidasi sel.

Minuman kolagen halal ini boleh diambil dengan cara mencampurkan satu paket kandungannya dengan air mineral sejuk dan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Selain itu, ia juga boleh dicampur dengan jus buah-buahan bagi mempelbagaikan cara pengambilan.

CollaB'utee merupakan minuman kecantikan dan kesihatan yang berasaskan hidrolisis kolagen laut yang mengandungi ramuan yang istimewa.

Setiap pek 10 gram Collab'utee yang dirumus khas dari Jepun terdiri daripada kolagen, vitamin C dan berperisa strawberi.

Golongan yang disarankan untuk mengambil CollaB'utee ialah wanita berusia 25 tahun ke atas, Wanita yang mengidamkan payu dara montok, ingin kulit muka yang berseri dan gebu serta mereka yang mahu menegangkan dan mengurangkan kedutan kulit.

Selain itu wanita yang terdedah kepada pancaran matahari terik juga disaran mengamalkan produk ini selain mereka yang mengalami masalah hormon kurang stabil.

Malah pengambilan produk ini juga boleh membantu mengatasi tona kulit yang tidak sekata dan membebaskannya dari pigmentasi dan jeragat.

CollaB'utee dirumus daripada bahan aktif yang merupakan sumber kolagen dari ikan laut dalam dengan daya keterlarutan tinggi, mudah dihadam dan berdaya serapan kelembapan yang rendah.

Ia turut mengandungi L-Arginine, iaitu bahan utama bagi pembaikpulih tisu dan tulang yang rosak.

L-Lysine yang terdapat dalam CollaB'utee pula merupakan asid amino untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu badan.

Bahan aktif lain yang terdapat dalam produk ini ialah oligo bagi membersihkan usus dan melegakan sembelit.

Protein soya yang terdapat di dalamnya pula bagi pembinaan semula sel badan sementara pati soya atau isoflavones membantu menegangkan payu dara dan menyeimbangkan hormon.

Turut terkandung dalamnya ialah bahan antioksidan dan multivitamin yang melindungi tubuh dari radikal bebas, tekanan oksidatif dan membenarkan molekul kolagen terbentuk.

Ia merupakan elemen penting dalam pembinaan semula tisu parut, salur darah dan pembentukan tulang rawan.

Mereka yang berminat untuk mencuba produk ini atau menjadi pengedar boleh menghubungi 0133443700 dan 0133605700 atau layari www.SunFabulous.com.
Sumber

Wednesday, 27 February 2013

Kulit kekal muda jika jaga pada awal usia


Arkib Berita Harian , Ruangan Famili~Rawat Wajah 04/07/2011
Oleh Shaidah Shafie
Kemulusan wajah yang boleh dikekalkan dengan keinginan dan usaha
MASA terbaik memulakan perawatan wajah seperti pupur adalah ketika kita memasuki gerbang usia 40 tahun kerana kulit wajah dikatakan mula kelihatan kusam lantaran bahan pelembap dalam lapisan kulit, iaitu kolagen sudah mula berkurangan.
Kolagen adalah bahan anjal dalam kulit yang menyebabkan kulit sentiasa kelihatan lembap, tapi ia akan mula berkurangan apabila usia mula meningkat ke penghujung 20-an, sekali gus menjadi penyebab kepada kulit hilang keanjalan dan kering.

Kolagen adalah sejenis protein yang boleh ditemui dalam tulang, gigi dan otot, berfungsi menyokong kegiatan sel kulit. Satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Sehubungan itu, pupur dikatakan dapat mengembalikan kelembapan kulit selain pengambilan kolagen bertujuan menggantikan kolagen yang sudah hilang, kini menjadi kegemaran kebanyakan wanita yang mementingkan kecantikan.

Saintis Shiseido, Chikako Matsumoto, berkata syarat untuk cantik tidak hanya tertakluk kepada kehendak diri untuk cantik semata-mata, tapi sejauh mana anda memahami kulit wajah, menyumbang kepada pemilikan kulit yang cantik.

“Penggunaan pupur atau topeng muka misalnya sangat baik untuk membantu mengekalkan bentuk asal wajah selain menegangkan kulit anda.
“Bagaimanapun, anda perlu mengenalpasti apakah bahan yang ada dalam pupur yang digunakan sama ada ia sesuai untuk membantu perawatan wajah anda atau tidak,” katanya pada sesi pengenalan Shiseido Revital, di Bangsar, baru-baru ini.

Matsumoto berkata, pupur paling baik untuk wajah adalah pupur yang boleh membantu menambahkan kolagen dalam lapisan kulit kerana apabila kolagen bertambah, kulit akan kelihatan kembali lembap dan cantik.

“Pupur boleh mula digunakan apabila usia anda mula menjengah 40, namun bergantung juga kepada keadaan kulit wajah kerana jika pada usia 40, kulit wajah masih mempunyai kelembapan asli, anda tidak perlu kerap menggunakan pupur.

“Jika kulit terlalu kering, ia menandakan kolagen dalam lapisan kulit sudah mula berkurangan dan anda perlu membantu menambahkan kelembapan dengan menggunakan pupur sebagai bahan bantu. Mungkin boleh menggunakan pupur dua kali atau tiga kali seminggu,” katanya.

Matsumoto yang amat prihatin mengenai penjagaan kulit, berkata pupur boleh dipakai pada bila-bila masa saja pada waktu malam, iaitu ketika anda sudah pasti tidak akan keluar daripada kediaman.

“Lazimnya kita mengenakan pupur pada wajah sejurus sebelum tidur. Memang betul kerana ketika kita tidur, bahan dalam pupur yang meresap ke dalam kulit bekerja untuk memperbaiki lapisan sel kulit yang sudah mula rosak atau kurang.

“Sama ada satu atau setengah jam sebelum tidur, ia tidak menjadi masalah, sebaliknya pastikan pupur yang digunakan mengandungi bahan yang boleh merangsang kolagen dalam lapisan kulit anda,” katanya.

Beliau berkata, ramai wanita mempunyai salah tanggapan terhadap pengambilan kolagen apabila bercakap mengenai penjagaan kecantikan dan mereka menganggap dengan mengambil kolagen dalam bentuk minuman serta kolagen dalam kulit akan bertambah.

“Ia bukan seperti yang anda faham dan pengambilan kolagen itu merujuk kepada bahan tambahan yang boleh merangsang kepada penambahan kolagen dalam kulit. Penggunaan pupur Revital misalnya, ia dihasilkan daripada bahan khusus diadun dengan ekstrak cassumunar G, kompleks kolagen dan revitalizer SC untuk memperbaiki kulit dari dalam. Secara tidak langsung, pupur ini membantu memperbaiki kekurangan kolagen dalam lapisan kulit anda,” katanya.

Apabila dikenakan pada wajah, serum dalam pupur meresap ke dalam kulit. Ia boleh dikenakan pada wajah selama 15 hingga 20 minit bagi memastikan ia meresap dan memperbaiki sel dalam kulit, seterusnya merangsang pertumbuhan kolagen.

“Pupur Revital ini adalah dua helaian pupur yang dikenakan pada wajah anda. Helaian pupur pertama, kenakan pada bahagian atas wajah manakala helaian kedua, kenakan pada bahagian bawah wajah.

“Pastikan anda mengenakan dengan betul bagi memastikan ia berfungsi pada wajah dengan menegangkan kulit dan bermula dari bawah dagu ditarik ke bahagian atas wajah,” katanya.

Selain menumpukan penjagaan kulit wajah dengan pupur, Matsumoto mempunyai garis panduan kecantikan peribadi yang diikuti bagi memastikan beliau sentiasa bersedia (dalam konteks kecantikan) untuk berhadapan dengan tugas harian.

“Pastikan anda mempunyai cermin muka kecil di meja kerja supaya sentiasa boleh memantau sebarang cela pada wajah dan jika ada cermin di hadapan, anda juga boleh pastikan wajah tampak sempurna.

“Bagi penampilan lain, pastikan kasut yang dipakai mempunyai tumit yang agak tinggi supaya tampak lebih berkeyakinan. Saya sendiri gemar mengenakan kasut bertumit ketika berada di tempat kerja,” katanya.
Sumber

**Dapatkan lebih info tentang kebaikan,  kelebihan dan bahan2 sekeliling yang boleh digunakan untuk menggunakan Pupur Muka disini

Thursday, 21 February 2013

Rahsia Kolagen

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD AZIM ABUL RAHMAN


Dr. Zhi Lu menerangkan mengenai kelebihan Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment.
SEJAK kebelakangan ini perkataan kolagen menjadi begitu sinonim dengan kehidupan wanita. Banyak produk kesihatan yang dihasilkan mengandungi kolagen yang didakwa mempunyai banyak khasiat untuk tubuh terutamanya kulit.

Tubuh manusia sebenarnya menghasilkan kolagen sendiri namun ia akan berkurangan dengan kadar 1.5 peratus pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.

Kesan penurunan itu mula dirasa kira-kira 10 tahun kemudian bergantung kepada individu.

Selepas usia 45-50 tahun, tubuh akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada, membawa makna semakin tua seseorang itu maka semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Itu tentang kolagen dalam tubuh, bagaimana pula kolagen itu membantu kecantikan terutama kulit wajah seseorang?

Pengarah Serantau Kajian & Penyelidikan Avon, Dr. Zhi Lu, berkata, penemuan terbaru dari makmal Neostrata Company Inc telah menemukan Amino-fill33 (A-F33), iaitu molekul anti penuaan pertama seumpamanya dalam industri yang belum dimiliki sesiapa, biarpun ahli dermatologi.

Katanya, penemuan terbaru molekul anti penuaan ini menjanjikan revolusi terkini dalam landskap penjagaan kulit.

"A-F33, sebenarnya merupakan unsur dari asid amino. Ia mempunyai kesan yang tidak sama dengan bahan anti penuaan lain seperti asid hidroksi alfa dan Co Q10, juga kolagen yang disuntik dalam tubuh seseorang.

"Molekul A-F33 bertindak dengan cara menyekat mekanisme yang menghentikan pengeluaran fiber kolagen.

"Penghasilan fiber kolagen adalah penting kerana ia menggalakkan pertumbuhan kolagen yang baik.

"Dengan menyahaktifkan halangan kolagen kritikal dalam sel kulit melalui kandungan molekul A-F33, kolagen yang tidak digunakan kembali aktif," katanya pada majlis pelancaran Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment.

Produk terbaru oleh Avon yang diperkaya dengan formula A-F33 ini membantu mengurangkan kedutan dalam dan garis halus dalam hanya 14 hari.

"Pro-line Eraser yang mengandungi A-F33 dihasilkan khusus untuk menggalakkan penghasilan kolagen dalam masa hanya tiga hari.

"Ia juga sebagai stimulasi untuk penghasilan kolagen yang berfungsi untuk membantu mengurangkan garis halus, kedutan dan keanjalan kulit," ujar Dr. Zhi Lu yang didatangkan khas dari Shanghai, China ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, hasil kajian menunjukkan dengan penggunaan berterusan, 100 peratus wanita menunjukkan perubahan dalam garis halus.

"Dalam satu lagi kajian kami mendapati sehingga 50 peratus perubahan keseluruhan pada garis halus dan kedutan dalam masa 11 minggu.

"Kesan yang pantas dan lebih berkesan berbanding rawatan kedutan yang diinspirasikan dermatologi lain sebelum ini.

"Dari hasil kajian itu juga kami mendapati lima daripada 10 wanita yang mempertimbangkan prosedur kosmetik Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment mengatakan serum ini memperbaiki kulit dan mereka membuat keputusan untuk menangguhkan prosedur kosmetik.

"Kedutan dalam mula pudar hanya dengan penggunaan dua minggu pertama adalah sesuatu yang menakjubkan bagi anti-penuaan topikal," tambah Dr Zhi Lu, yang berkelulusan dalam bidang kimia polimer dari Universiti Pennsylvania.

Majlis turut dihadiri oleh Duta Anew, Soo Wincci dan pengguna Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment, Maria Tunku Sabri dan Nani Rostam.
Sumber