Showing posts with label I Luv Islam. Show all posts
Showing posts with label I Luv Islam. Show all posts

Wednesday, 13 January 2016

Bersedekah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum

Bersedekah


Bersedekah


Bersedekah


Bersedekah





Friday, 10 April 2015

Deep thoughts # 4: 4 Kunci Zuhud


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Wednesday, 18 February 2015

Rabu yang bisu # 39 : Sangka Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamua'alaikum..

Rabu yang bisu # 39 : Sangka Baik

Bersangka baik kunci sesuatu IKATAN
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita
kerana Allah faham isi hati kita
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita
Kerana tiada hakim sebaik ALLAH

Wednesday, 4 February 2015

Berzikir menenangkan hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Sentiasa mengingati Allah disetiap denyut nadi..
Dari dia kita datang dan pada dia jugalah kita akan kembali
Segalanya hanya pinjaman.. bukan hakiki..
dan bakal kita tinggalkan bila tiba masanya nanti..
Hanya ALLAH yang kekal abadi..

SUBHANALLAH.  ALHAMDULILLAH.  ALLAHUAKHBAR


Berzikir menenangkan hati



Berzikir menenangkan hati

Hidup selalu menawarkan pilihan...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum...

Berusaha dan bertawakal dan bukannya sekadar pasrah dan redha
pada DIA lah tempat kita menghadapkan segala permohonan dan pengharapan..
Allah maha pengasih, maha penyayang, maha segala-galanya..
In shaa Allah..


Hidup selalu menawarkan pilihan...


Friday, 30 January 2015

#Saveyourdaracampaign # keepItHalal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum,

Sama-sama kita sokong kempen kesedaran yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Matlamat Kempen : Memberi Kesedaran dalam menjaga kesucian diri dalam kalangan wanita dan masyarakat


Sesiapa yang berkelapangan dan berminat, ramai-ramai serbu sini :



Tuesday, 13 January 2015

Siapakah yang pertama?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah ?
  •  Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam?
  • Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan?
  • Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat?
  • Nabi Ibrahim AS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat?
  • Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah?
  • Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat?
  • Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam?
  • Abu Bakar As Siddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah?
  • Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam?
  • Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW?
  • Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki?
  • Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita?
  • Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran?
  • Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah?
  • Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan?
  • Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW?
  • Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW?
  • Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah?
  • Az-Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW?
  • Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW?
  • Khadijah bt Khuwailid

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh?
  • Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam?
  • Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam?
  • Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam?
  • Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal?
  • Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW?
  • Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah?
  • Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry?
  • Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga?
  • Nabi Muhammad SAW

~ Sharing is Caring ~

Thursday, 1 January 2015

Hujan itu satu Musibah atau Rahmat?

Assalamu'alaikum...

Artikel menarik ni Nurul dapat melalui whatsapp, tak dinyatakan dari mana asalnya, bagi Nurul artikel ini membuka minda Nurul dan wajar kita fikir-fikirkan bersama.. kalau ada antara readers yang tau author article ni, sila maklumkan, Nurul nak sertakan link sebagai kredit.


--------------------------------------------------------------------------------------



 Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ini ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan




Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?


"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.


Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.


Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?





"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.


Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.



"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)




Wednesday, 5 November 2014

Rabu yang bisu # 34



Sunday, 26 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

 



Sunday, 5 October 2014

Salam Aidiladha 2014

Assalamua'laikum....


Nurul mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidiladha pada semua pengunjung blog ini. Terimakasih atas kesudian meluangkan masa berkunjung kesini, Nurul amat menghargainya... 


Nurul juga mohon ampun dan maaf zahir dan batin andai selama Nurul bersiaran disini.. hehee... atau semasa Nurul blogwalking, Nurul ada meninggalkan komen yang menyinggung perasaan. Sesungguhnya, itu diluar kemahuan dan niat. Sekian.. Terimakasih.. (perasan retiss la pulok.. Hahaaa :-P)