Showing posts with label Auto publish. Show all posts
Showing posts with label Auto publish. Show all posts

Saturday, 4 April 2015

Deep thought #3 : Lihatlah dengan mata hati


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Mendengar tak semestinya memahami
Memahami tak semestinya mengerti
Buka minda, lihatlah dengan mata hati


Deep thought #3 : Lihatlah dengan mata hati



Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum...

Semalam jenjalan dengan orang tersayang.. melalui satu restoran palinggg hujung kat Taman Universiti, Skudai ni... macam best jeee..

Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Cantik kan? takde sarapan pagi kat sini.. buka pukul 10am sampai midnight.. tapi yang best nye ada menyediakan BBQ..

Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Restoran ni baru buka December lalu.. nampak bersih, kemas dan pekerjanya memakai uniform


Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor


Pandangan tepi restoran.. Nurul sukaaa dengan susun-atur restoran ni.. rasa macam selesa sangat.. semua ceruk Nurul masuk, bilik air pun okkk.. hehe... buat masa ni sangat okay.. harap restoran ini mengekalkan kebersihan yang ada ni.


Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor


Nampak tak? buat family gathering pun ok kan?budak2 pun mesti happy kesana-sini.. jangan sampai gi mandi kat kolam tu plak ye... kolam hiasan je tu.. hihiii


Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Set BBQ only RM198.. macam dalam menu tu...

Restoran Asam Pedas dan BBQ, Taman Universiti, Skudai Johor

Inilah uniform mereka... cantikkan? tengok ape? 
bajunye la... baju tu yang cantik.. hehee :D :D 


Sesapa yang mencari kelainan tu, bole la cuba testing try sini.. hehe.. mana-mana sekarang nampak Restoran steamboat je kan? yang ini BBQ.. real bbq ok :)

Sunday, 29 March 2015

The place where my heart belongs


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


Tetiba rindu sangat dengan tempat-tempat ni (T T)

Wednesday, 11 March 2015

Rabu yang bisu # 40 : Telur dan jangka masa masak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...



Wednesday, 4 March 2015

Deep Thoughts # 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Deep thought

Thursday, 26 February 2015

Deep Thoughts # 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum...



Monday, 2 February 2015

Modern Tradition

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



21st century....
We are become lesser by the day

Our Communication - Wireless
Out Telephone - Cordless
Our Cooking - Fireless
Our Youth - Jobless
Our Food - Fatless
Our Labour  Effortless
Our conduct – Worthless
Our relation – Loveless 
Our attitude – Careless
Our feelings – Heartless
Our politics – Shameless
Our education – Valueless
Our follies – Countless
Our arguments – Baseless
Our Job – Thankless
Our Boss – Brainless
Our Salary – Very less
Most emails – useless

Thursday, 1 January 2015

Hujan itu satu Musibah atau Rahmat?

Assalamu'alaikum...

Artikel menarik ni Nurul dapat melalui whatsapp, tak dinyatakan dari mana asalnya, bagi Nurul artikel ini membuka minda Nurul dan wajar kita fikir-fikirkan bersama.. kalau ada antara readers yang tau author article ni, sila maklumkan, Nurul nak sertakan link sebagai kredit.


--------------------------------------------------------------------------------------



 Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ini ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan




Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?


"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.


Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.


Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?





"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.


Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.



"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)