بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Showing posts with label Jalan2 Sabah. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Sabah. Show all posts
Sunday, 29 March 2015
Thursday, 5 March 2015
Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum...
Semalam kita jenjalan melihat hasilan laut di Tamu Tuaran, hari ni kita jenjalan Tamu Tamparuli pula. Tamu ni diadakan pada tiap pagi Rabu, Ada antara peniaga sudah pun bersedia pada petang Selasa kerana kepayahan untuk mendapatkan pengangkutan pada awal pagi Rabu, pekebun ini memasarkan hasil titik peluh mereka sendiri, Mereka datang dari kampung-kampung terpencil, dari daerah lain, juga kawasan sekitar, harga yang mereka tawarkan memang murah,
Nurul rasa agak terkilan dan sedih bila mendengar masih ada pembeli yang menawar harga.. cian tau dorang datang dari jauh, penat memikut beban nak bawa jual kat sini..huhuu..
Nurul rasa agak terkilan dan sedih bila mendengar masih ada pembeli yang menawar harga.. cian tau dorang datang dari jauh, penat memikut beban nak bawa jual kat sini..huhuu..
| Kelihatan berjenis-jenis hasil kebun tapi dalam kuantiti yang sedikit |
Hasil kebun yang dipasarkan berjenis-jenis tapi dalam kuantiti yang sedikit, kerana mereka ini bukanlah pekebun sepenuh masa tapi menggunakan masa yang ada selepas menoreh getah atau bertanam padi bila tiba musimnya. Salah satu alternatif lain untuk membantu ekonomi keluarga. Ada juga hasil dari hutan, Lemiding yang berwarna merah, tegak berdiri dalam balutan daun pisang, orang semenanjung panggil Pucuk Midin.
| Beberapa jenis beras Bukit |
Antara jenis beras bukit.. urmm.. minta maaf la ye.. Nurul tak tau pulak nama beras-beras ni.. tapi beras-beras ni wangi sangat, family Nurul biasanya membeli beras ni dan dicampurkan dengan beras packet 10 atau 5kg tu. Beras bukit mereka proses sendiri, ditumbuk dalam lesung besar, ditampi dan dijual, tapi ada juga yang hantar ke kilang untuk diproses membuang kulit padi tu.
| Comel je nampak jenis2 jualan ni kann :)) |
Kelihatan diatas tu Gorouk (Labu kundur), Magalad (Kacang Botol), Sangop (timun).. Kodop (cendawan kukur/sisir) comelkan nama-nama sayur tu dalam bahasa ibunda Nurul? hahaa.. belajar sikit-sikit bahasa dusun.. ok kan? :) Rebung ada, bunga matahari ada, macam-macam ada...
| Buah apa agaknya? ce teka... |
Sape tau buah apa yang bulat-bulat warna coklat dan yang bujur warna hijau ni? hehee.. ok2.. tau rupenye.. hihii.. yang coklat tu buah bambangan.. sedap tau buat Jeruk ni.. nanti dalam entry lain, Nurul kongsikan lebih detail ye.. yang bujur tu pula buah Belunu, orang di semenanjung panggil buah Binjai kan? buah bambangan Nurul tak pernah lagi nampak selama Nurul duk semenanjung ni.. Orang sini pun tak tau Bambangan tu ape melainkan mereka yang pernah ke Sabah.
| Ada tak yang tak kenal buah kecik-kecik bulat kuning hijau tu? |
Perasan tak.. cara berniaga mereka sangat simple kan? scroll atas balik nampak.. hahhaaa.. ada antara mereka ni datang jauhhhhh dari kawasan pedalaman dan terpaksa datang petang Selasa dan bermalam disini, sebab ketiadaan atau susah mendapatkan kenderaan awal2 pagi untuk berniaga disini. Tamu ni kalau kita datang dalam pukul 10 pagi dan hampir lengang dan kebanyakan peniaga-peniaga bukan lagi pekebun tu tapi sudah dipajak dan dijual balik dengan harga yang lebih mahal.
| Jambatan Gantung Tamparuli (Tamparulis Suspension Bridge) |
Kelihatan besar dan teguhkan? Takkan tak berani naik :)).. cuma ye la.. dah namanya bergantung so mestilah ia terbuai-buai apalagi bila kita sampai ditengah-tengah jambatan tu.. best! :D
Kelihatan nun disana tu, kawasan lapang yang ada pondok-pondok berbumbung biru.. disitulah sebahagian dari Tamu Tamparuli, selebihnya lagi dikawasan pasar.. memang happening dan terkenal Tamu Tamparuli ni.. kalau nak merasa suasana tu, kenalah pegi awal pagi ye :))
Labels:
beautiful Malaysia
,
Jalan2 Sabah
Wednesday, 4 March 2015
Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum...
Sapa pernah pergi Tamu di Sabah? ok2.. ramai nampaknye yang angkat tangan.. hehee.. tapi masih ada yang turun tangan kat situ tuuu.. :)) so walaupun sorang je yang turun tangan, terpaksa la juga Nurul kongsikan gambar-gambar ni hahahaaa... Nurul nak share gambar-gambar yang Nurul rasa unik je ni.. ni dari bahagian laut dulu...jom layannnnnn.. oopss.. Tamu Tuaran ni diadakan setiap hari Ahad pagi.. ok.. jomm..
Nurul tanye peniaga tu, siput ni apa nama.. peniaga tu kata siput Kimo.. nama saitifik jangan tanya haa.. ini dah isi siput tu, cengkerangnya dah takde.. cengkerang tu besarrr.. sebesar pinggan makan kat umah tu.. bukan kat Hotel tu tauuu.. belakang siput tu adalah rumpai laut.. biasanye dijadikan kerabu..
Tau tak ape yang panjang-panjang tu? serupa ular pun ye juga kan? inilah dia belut.. dipercayai bole dijadikan ubat tau.. biasa dibeli dimasak sup, baik untuk luka-luka dalaman, sikit lebih kurang macam Ikan Haruan gitu lah fungsinya...
Kebanyakan peniaga hasilan laut ditamu-tamu di Sabah ni adalah dari kaum wanita, dan kaum yang biasanya berniaga hasilan laut ini adalah dari kaum Samah, salah satu suku kaum Bajau, mereka ini terkenal sebagai pelaut juga penunggang kuda yang hebat.
Beginilah cara mereka bermiaga masa Tamu.. simple je.. :))
Nurul rasa ini yang dipanggil Lokan.. betul tak? Kulit Lokan ni dijadikan kapur, kapur yang makan dengan sireh tu.. biasa nampak mak buat dulu tu, mak cuci bersih-bersih2 kulit ni pastu masukkan dalam tin milo, tutup ketat-ketat, masa nak bakar sampah, bakar sekali tin milo tu.. esoknye, bila tin milo dah sejuk, Nurul suka tolong mak buka tutup tin milo tu, nanti nampak susunan kulit kerang tu tapi bila kita sentuh akan pecah.. dah jadi macam tepung tu :))
Besarrrr... Ini Tongkol Putih kan? dari keluarga Tuna..
Sekian.. nanti sambung gambar-gambar dari Tamu bahagian hasilan kebun plak ea.. :))
Labels:
beautiful Malaysia
,
Jalan2 Sabah
Tuesday, 2 December 2014
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Assalamu'alaikum..
Sekarang ni musim cuti sekolah mesti ramai yang dah buat plan nak pegi bercutikan? Sesiapa yang bercadang nak bercuti ke Sabah atau tepatnya di Kundasang, Sabah, bolehlah masukkan chalet ini sebagai salah satu pilihan kediaman anda semasa bercuti disana.. seperti biasa, penceritaan berpandukan gambar.. eheheee :p
| Perjalanan menuju Kinabalu View Chalet damai dengan pemandangan kampung nan hijau di kiri kanan jalan.. memang rasa best sangat.. |
| Sampai sudah! Kita akan melewati Kiram's Village Chalet untuk sampai sini |
| Cantik dan kemas sungguh chalet ini.. rasa sangat berpuashati.. si genk tengah siapkan bbq! |
| Tu anak saudara, comel kan? zass sana..zas sinii.. haha.. budak2 la katakan Depan jalan terus tu adalah pejabat.. nak daftar dulu bah.. |
| Buka je pintu.. TARA!! nampak meja makan super comel ini! LIKE!! |
| Ini pula dapurnya.. lengkap dengan dapur masak, periuk belanga, pinggan mangkuk, pembuka tin pun ada uolls haha.. peti sejuk, pemanas air elektrik, complete! |
| Ni pandangan tingkat atas selepas melalui tangga diatas tadi.. ruang sangat luas dan selesa.. |
| Dikiri dan kanan tingkat atas ni ada balcony! untuk menikmati alam sekeliling, pemandangan yang indah dalam suasana sejuk dengan perasaan bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.. |
| Inilah pemandangan dari balcony atas tadi tu.. kena bangun awal pagi.. gigil2 la juga menahan sejuk.. haha.. but worth laa.. tengok pic atas tu.. Magestic gunung Kinabalu.. superb right? |
| Pandangan dari belakang chalet |
Nurul akan kesini lagi jika ada kesempatan, Nurul suka dengan suasana dan chaletnya, bersih dan very spacious. Chalet ini yang paling besar/luas antara chalet yang lain, dengan harga RM400/malam memang sangat berbaloi dan sangat sesuai bagi yang bercuti dengan keluarga besar.. Nurul datang ke sini dengan mak, adik beradik serta anak2 saudara.
Bilik bawah ada satu bilik dengan katil queen dan di hallnya ada satu katil double deck, dapur lengkap, verandah serta bilik air, manakala tingkat atas pula, ada satu private room with queen bed dan dua tilam single, ruang luar pula(hall) ada 5 single bed, satu bilik air, dua balcony, dan ruang masih luas.
Nurul juga berharap agar pihak pengurusan Kinabalu View Chalet akan terus mantain the good service dan kebersihan chalet juga keharmonian kawasan sekitar.
Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang
Tel : 016-5836798 / 011 2986 4589
Email : kinabaluview10@gmail.com
website : www.kinabaluviewchalet.com
Labels:
beautiful Malaysia
,
cuti-cuti Malaysia
,
Jalan2 Sabah
Thursday, 15 May 2014
Kampung Sumangkap, The Gong Making Village
Bergerak menyusuri jalanraya menuju ke daerah Kudat, Nurul mengikuti adik untuk menghantar set tagungnya(Set Gong) untuk diservis, menurutnya, bunyi sudah 'lari' tune.. baru Nurul tau, rupanye, gong ni pun kena servis juga.. ramai yang nak sewa set gong ini untuk majlis kawin, di Sabah, khasnya Tamparuli, kurang meriah majlis perkahwinan tanpa paluan gong menyambut kedatangan pengantin lelaki atau perempuan.
Kg. Sumangkap ini terletak kira-kira 92 kilometres dari bandar Kota Kinabalu, dalam 2jam perjalanan.
Penduduk kampungnya kaum Rungus, salah satu cabang bangsa Kadazan.
| We are here! |
Kelihatan lengang kampung ini, kami datang weekday, memang beginilah keadaannya, kalau weekend, public holiday atau school holiday memang meriah kampung ni, menerima kunjungan orang luar, tempatan atau luar negara.
Kelihatan deretan bengkel juga kedai menjual gong. Disini, kita boleh menyaksikan sendiri pembuatan gong oleh pembuat-pembuat gong yang mahir, kemahiran diwarisi turun temurun.
Jom layan pic... cakap banyak tak guna :p
| Gong yang ditempah khas |
| Gong yang juga ditempah khas |
| Bengkel gong |
| Disinilah asal tagung dibeli dan disini jugalah servis akan dijalankan sebab pembuat asal lebih arif tentang kelebihan dan kelemahan tagong buatannya |
| Sedang menguji bunyi gong selepas diservis |
| Hadapan : Seni bina rumah yang unik penduduk tempatan sini |
| Adik manis sapa nama? bagi interframe sini :D Ini mercu tanda kg ini.. Giant Gong
|
| Lagi cenderahati... Tip of Borneo berdekatan dengan Kg. ini, sudah dalam kawasan Kudat |
| Yang belakang tu cenderahati, yang depan warna coklat tu adalah set kulintangan, salah satu alat musik tradisi 7 sekawan |
Labels:
Jalan2 Sabah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)