Showing posts with label Kesan Kekurangan Kolagen. Show all posts
Showing posts with label Kesan Kekurangan Kolagen. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Kembalikan keanjalan kulit

MyMetro Artikel ini disiarkan pada : 2010/12/08



KIRA-KIRA 70 peratus hingga 80 peratus komposisi protein dalam kulit, tulang, sendi, otot, rambut, kuku, rawan dan saluran darah diperbuat daripada kolagen.

Oleh itu, kolagen dianggap sebagai pati pemulih bagi kulit dan tulang. Bagaimanapun, apabila tubuh manusia mencapai umur 20 tahun, kolagen dalam tubuh akan berkurangan secara semula jadi lalu menyebabkan kulit nampak berumur, kasar, kusam serta berpigmen.

Masyarakat hari ini baik lelaki atau wanita memang prihatin soal kesihatan dan kecantikan.

Antara rahsia kulit terkini untuk kelihatan muda adalah pengenalan Avalon, kolagen ikan Jepun diperkenalkan Hi-Beau.

Menariknya, pemakanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan itu mudah diambil terus daripada bungkusan atau dicampur ke dalam minuman.


Kolagen ikan Jepun Avalon itu melalui proses kajian serta dibangunkan kepakaran Jepun yang menggabungkan bahan paling premium.

Ia diperbuat daripada kolagen ikan Jepun dengan berat molekul kurang daripada 3,000 Dalton iaitu satu rumusan yang direka khusus untuk mudah diserap tubuh manusia.


Kolagen terbabit membantu untuk memulih, menambah dan meningkatkan khasiat diperlukan badan dengan cepat dan selamat.

Ada tiga perisa buah-buahan lazat disediakan untuk rangkaian produk kolagen terbabit iaitu lemon, mangga dan beri biru bagi membantu menghasilkan kulit yang lebih anjal, muda serta sentiasa dalam keadaan baik.


Ia juga kaya dengan vitamin C, bahan antioksidan dan ciri antipenuaan. Untuk mereka yang mahu menjaga berat badan atau penghidap diabetes, ia juga sesuai kerana tidak mempunyai tambahan gula.


Produk ini turut menawarkan kemudahan kepada mereka yang sibuk. Ia didatangkan dalam bungkusan kecil 2,500 miligram yang boleh dimuatkan dalam beg tangan atau poket supaya boleh diambil pada bila-bila masa.


Diperkaya dengan bahan kompleks probiotik, kolagen ikan Jepun Avalon menjadi produk pertama di pasaran yang mengandungi gabungan bakteria baik yang berfungsi mengimbangi mikroflora usus dan membina semula sistem perut yang sihat.


Ia boleh didapati pada harga RM118 untuk pek 30 bungkusan. Produk ini dijual secara eksklusif di semua rangkaian kedai Watsons di seluruh negara mulai pertengahan November 2010.
Sumber

Monday, 11 March 2013

Kolagen bantu kekal muda


MyMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/05


UNTUK memiliki kesihatan kulit yang baik dalam jangka panjang, ia harus bermula dari bahagian dalaman supaya penghasilan kolagen kulit dapat dikekalkan seiring dengan pertambahan usia.

Ini kerana, 25 peratus daripada jumlah protein di dalam badan yang boleh dijumpai seperti pada tulang, salur darah dan otot adalah kolagen. Malah, 70 peratus lapisan korium kulit yang bertanggungjawab terhadap keanjalan kulit terdiri dari­pada kolagen.
Kemerosotan kolagen secara amnya disebabkan sinar ultraungu (UV), proses penuaan, keradangan dan serangan radikal bebas.

Justeru, pengambilan kolagen tambahan semula jadi digalakkan bagi mengekal­kan keremajaan kulit. Atas sebab itu, syarikat penyedia produk berasaskan semula jadi untuk kesihatan, Orifera, memperkenalkan Kolagen Amino AO, campuran enam bahan pemulihan digunakan sebagai sokongan optimum kepada kulit.


Bahan utama produk ini ialah kolagen marin bio yang bermolekul kecil serta mudah diserap dan digunakan tubuh badan. Kolagen Amino AO ini menggalakkan penghasilan kolagen di dalam badan dan melindunginya daripada kerosakan akibat radikal bebas serta enzim pelarut kolagen.


Kolagen Amino AO Orifera mengandungi asid amino yang tepat untuk mengembalikan kolagen yang sudah rosak di dalam badan. Penggunaannya secara berterusan dalam jangka panjang membantu untuk mengembalikan tenaga muda melalui proses pembalikan biologi secara semula jadi tubuh badan.

Selain itu, ia juga menolong melicin dan menjaga kulit daripada garis kedut akibat proses penuaan. Layari www.orifera.com untuk maklumat lanjut.
Sumber

Tuesday, 26 February 2013

Kolagen rahsia awet muda?

Keluarga ARKIB : 21/02/2013
Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Zhafri Suhardi
Rumpai laut yang dikatakan sumber kolagen tekini.
KULIT gebu dan tegang, hidung mancung dan pipi yang montok menjadi impian kebanyakan sebahagian wanita. Kemudian, tanya pula pada mereka tentang kecantikan, semestinya jawapan yang diberi mereka ingin memiliki wajah yang cantik, kulit licin dan tidak berkedut.


Tetapi mustahil untuk kekal cantik tanpa kulit berkedut seiring peningkatan usia kerana semakin berusia kulit semakin kurang anja, kering dan kusam.

Oleh itu kita lihat wanita-wanita dahulu gemar mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran berkhasiat untuk mengekalkan awet muda dan keserian wajah.

Situasi ini sedikit berbeza dengan zaman sekarang kerana pelbagai makanan tambahan, ubatan dan rawatan tertentu dihasilkan untuk membantu mereka memiliki kulit yang cantik, salah satunya adalah kolagen.

Keberkesanan kolagen dari segi kesihatan juga terbukti dari kajian yang menunjukkan orang Okinawa, Jepun adalah antara manusia yang paling ramai mempunyai purata hidup melebihi umur 100 tahun. Buktinya, adalah salah satu diet dan pemakanan seharian mereka adalah memakan kolagen dari urat dan kaki babi.

Pengamal Perubatan Estetik dari Klinik De Palma, Ampang, Selagnor, Dr. Mohd. Nasir Othman berkata, kolagen adalah unsur yang wujud di sekeliling sel untuk meletakkan sel pada tempatnya.

"Terdapat 28 jenis kolegen dalam badan manusia dengan purata 30 hingga 40 peratus berperanan membantu kulit kekal cantik dan muda selain fungsi berkaitan kesihatan tubuh.

"Kolagen penting untuk penjagaan wajah kerana jika kandungan kolagen dalam badan berkurang menyebabkan wajah tidak cantik seperti timbul masalah kedutan, jerawat, kulit tidak tegang dan sebagainya," katanya.

Tambahnya lagi, perkembangan yang berlaku sekarang makin ramai wanita yang mengambil kolagen sebagai makanan dan melakukan suntikan.

Namun masih belum ada banyak kajian yang mengatakan bahawa mengambil kolagen akan menyebabkan kulit menjadi tegang dan cantik.

"Kajian memang ada, tetapi tidak banyak. Contoh kajian yang terkini adalah kolagen yang dihasilkan daripada tulang ayam, jika ada pun masih tidak banyak kajian yang dilakukan tentang keberkesanannya.

"Kolagen yang dijamin berkesan sekarang ini adalah kolagen melalui suntikan. Kolagen melalui suntikan pula masalahnya adalah tidak halal. Kolagen yang paling popular adalah dari babi dan lembu.

"Walaupun kolagen dihasilkan dari lembu tetapi kerana ia tidak disembelih ia juga tidak halal kepada pengguna muslim. " katanya.

Ujarnya lagi, ada kajian yang dilakukan terhadap kolagen rumpai laut iaitu secara suntikan berkesan untuk mengubati penyakit sendi tetapi masih belum terbukti keberkesanannya untuk kulit wajah.

"Tidak ada kajian tentang kebaikan kolagen yang dijual di pasaran dan kolagen rumpai laut kepada wajah. Ia hanya terbukti keberkesanannya melalui testimoni pengguna yang menggunakannya.

"Apabila tidak banyak kajian, pengguna perlu lebih prihatin untuk menggunakannya dengan tidak memakai dan makan secara sembarangan kerana pengambilan tanpa pengawasan mempunyai risiko untuk dijangkiti penyakit dan alahan," kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya lagi, kalau setakat makanan seperti rumpai laut ada kemungkinan selamat, tetapi apabila bahan tersebut telah melalui proses pengawetan ditakuti mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada kulit.

"Setakat makan rumpai laut sahaja tidak ada masalah kerana ia adalah bahan semulajadi seperti juga ia menjadi makanan harian oleh penduduk Korea.

"Namun, dari segi keberkesanan kolagen tersebut mungkin kurang. Jika ingin mengambilnya dalam jangka masa pendek tiada masalah. Tetapi jika pengambilannya dalam jangka masa panjang belum diyakini keberkesanan dan keselamatan kerana terdapat sebahagian ubat apabila melebihi lima tahun baharu diketahui bahawa ia tidak selamat untuk digunakan," katanya.

Menurut beliau, pada masa ini memang terdapat beberapa syarikat mengeluarkan produk kolagen dan membuat kajian tentangnya kepada pesakit-pesakit yang terlibat.

"Selepas pesakit tersebut menjalani rawatan beberapa bulan didapati kulit mereka semakin cantik dan tegang. Kaedah tersebut boleh diyakini dan diterima keberkesanannya," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Nasir, disebabkan suplemen kolagen yang diambil belum terbukti keberkesanannya secara saintifik hanya bersandarkan kepada pengakuan pengguna, cara yang paling ideal adalah dengan cara semulajadi iaitu melalui penghasilan kolagen sendiri oleh sistem dalam badan.

"Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari atau memakai krim perlindungan cahaya matahari dengan SPF 30 ke atas, tidak merokok, mengamalkan waktu tidur yang cukup dan melakukan senaman pada wajah untuk hasilkan kolagen baharu.

"Kolagen baharu juga boleh dihasilkan pencuci muka dan skrub, yang mana sel-sel kulit mati akan tanggal bagi memberi ruang pertumbuhan kolagen dan sel baru.

"Selain itu, kaedah rawatan laser dan IPL ( Intanse Pulse Light) juga antara rawatan berkesan untuk mencantikkan kulit. Kedua-duanya seperti cahaya, apabila ditembak pada kulit, kolagen pada kulit akan pecah. Kolagen yang pecah ini dipanggil peptide yang akan menghantar isyarat kepada fibroblase yang berfungsi menghasilkan kolagen baharu," kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya, sekarang sudah wujud krim yang ada peptide di dalamnya iaitu sejenis molekul kecil apabila di sapu pada kulit akan meresap masuk ke dalamnya.

"Kesannya kulit akan menjadi lebih tegang dalam jangka masa yang singkat. Selalunya, sel-sel baharu akan mengambil masa sebulan untuk hasilkan kolagen baru," katanya.

Beliau menambah, kekurangan kolagen dalam badan juga menyebabkan timbul penyakit scurvy dan ostoejenesis imperteta iaitu akibat kekurangan vitamin C dalam badan.

Penyakit ini menyebabkan muka menjadi cengkung dan kekurangan kolagen dalam badan yang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah.
Sumber

Sunday, 17 February 2013

Teknik Terbaik Lenyapkan Wajah Kusam

Rawatan Kulit

Antara masalah kulit wajah yang kerap dihadapi oleh seorang wanita ialah:

Kulit Kusam Dan Gelap 
 Penyebab:
Tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

CARA MUDAH:
Gunakan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus. Antara produk pemutih lain ialah arbutin, kojic acid, ekstrak mulberry mahu pun vitamin C. Sebulan sekali lakukan chemical peeling dan glycolic acid. Penggunaan krim vitamin A mahu pun chemical peeling pada kulit sememangnya akan menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia merangsang pembentukan darah yang lebih baik, membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel-sel kulit. Namun perlu dilakukan secara berhati-hati pada kulit yang sensitif.
Peringatan:
Pemakaian hydroquinon harus dilakukan di bawah pengawasan pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan.

CARA MODEN:
Rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan rawatan laser seperti laser ablative (CO2), non ablative dan teknologi fractional. Laser merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik. Laser juga memiliki kepekaan terhadap sel warna atau pigmen kulit sehingga mampu memecahkan sel pigmen tersebut dan menjadikan kulit tampak lebih cerah.
Peringatan:
Untuk hasil yang lebih baik rawatan laser harus diikuti dengan rawatan di rumah yang bersesuaian dengan keadaan kulit.


Parut 
Penyebab:
Bekas jerawat, bekas luka dan genetik

CARA MUDAH:
Penggunaan produk pengelupasan dan chemical peeling dengan glycolic acid dapat membantu memperbaiki keadaan parut sehingga ia tidak kelihatan terlalu dalam. Walau bagaimana pun rawatan chemical peeling perlu digabungkan bersama dengan rawatan mesin seperti mikrodermabrasi dan dermaroller. Chemical peeling berfungsi untuk membuang dan memulihkan sel-sel  kulit mati. Selain itu mikrodermabrasi dengan sistem vakum dan kristalaluminium oxide mempunyai daya sedutan yang tinggi sehingga mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit selain meratakan kontur kulit. Manakala dermaroller pula merupakan roll yang berisi jarum-jarum halus. Ia bertujuan untuk menimbulkan luka  pada kulit sehinggga kulit bertindak balas bagi  memperbaiki luka tersebut dengan meningkatkan nutrisi dan peredaran darah pada kulit. Langkah ini juga turut merangsang terjadinya natural collagen induction iaitu proses secara natural yang merangsang penghasilan kolagen dan keanjalan pada kulit tanpa merosakkannya.

CARA MODEN:
Suntikan botox mampu menyamarkan kedutan di sudut tepi mata dalam waktu yang singkat. Rawatan ini sekaligus mencegah timbulnya kedutan baru pada  bahagian tepi mata. Selain itu juga ia merupakan bonus untuk eye lift kerana otot yang ‘dilumpuhkan’ sementara dengan suntikan botox akan mencegah turunnya alis. Hasilnya bahagian sekitar mata pun akan nampak lebih lebar.

Radiofrequency:
Kesan panas yang dirasai boleh merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit kelihatan lebih tegang.

Fractional CO2:
Fungsi rawatan ini ialah ‘mengambil’ lebihan kulit akibat kedutan kerana masalah kekeringan pada bahagian ini sehingga kedutan menjadi semakin pudar.   Seeloknya rawatan ini dilakukan sebulan sekali.

Peringatan:
Mungkin wajah akan kelihatan merah dan lebam akibat kesan daripada suntikan yang dilakukan. Oleh itu pastikan langkah ini mendapat pemantauan dari pakar yang bertauliah.

Kulit Kendur
Penyebab:
Rosaknya kolagen dan elastin yang merupakan dua zat yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi, menipisnya dermis kerana proses penuaan mahu pun paparan yang berlebihan pada sinar cahaya matahari.

CARA MUDAH:
Sapukan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin. Krim ini berfungsi untuk ‘menghapuskan’ enzim yang menjadi  penyebab menurunnya kualiti kulit seperti collagenase dan elastase.

CARA MODEN:
Photo Rejuvenation Dikombinasikan dengan rawatan Fractional CO2 untuk merangsang penghasilan kolagen dan membuang lebihan kulit.

Thermage
Tenaga daripada frekuensi radio ini mampu menembusi lapisan dermis kulit, mengaktifkan kolagen dan merangsang jaringan baru sel kulit seterusnya membantu menjadikan kulit lebih segar dan muda. Rawatan Thermage berfungsi untuk menghantar tenaga frekuensi radio secara merata ke jaringan kulit yang dikehendaki.
Tenaga tersebut memanaskan kulit bahagian dalam sekaligus melindungi kulit bahagian luar dengan pendinginan. Pemanasan dan pendinginan secata
serentak ini membuatkan kulit bertambah tegang dan anjal serta merangsang pembentukan kolagen yang baru. Akhirnya kulit yang anjal, tegang dan halus akan
terhasil selain wajah tampak lebih muda.

Pigmentasi
CARA MUDAH:
Rawat masalah pigmentasi dengan krim hydroquinon dengan kadar kurang dari empat peratus atau whitening agent yang lain. Penggunaan hydroquinon perlu dibantu dengan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA agar rawatan menggunakan hydroquinon ini menjadi lebih berkesan.


CARA MODEN:
Laser Q-Switch yang mampu menembusi hingga ke bahagian dermis kulit dan memecahkan sel-sel pigmen  yang ada di dalamnya.

Peringatan:
Pigmentasi merupakan masalah yang sukar untuk diatasi. Kadang-kadang satu rawatan sahaja tidak mampu mengatasi masalah pigmentasi dan ia perlu digabungkan dengan rawatan tertentu.

Pori-Pori Besar
CARA MUDAH:
Produk homecare. Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahan-lahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu diulang sekurang-kurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.


Penyebab:
Otot di sekitar pori-pori kehilangan fungsi jaringan. Masalah ini berlaku disebabkan kebiasaan anda yang suka memicit jerawat atau terlalu kerap mencuci wajah dengan air panas/suam. Selain itu faktor genetik seperti kulit berminyak juga menyebabkan masalah ini berlaku.


CARA MODEN:
Fractional CO2 mampu merangsang neokolagenisasi sehingga kulit lebih tegang, anjal dan pori-pori juga lebih mengecil.


Dagu Berlapis/Chubby
Penyebab:
Ada banyak penyebab yang berbeza sehingga wajah kelihatan tembam. Antara penyebabnya ialah lemak di bahagian pipi, otot yang kendur, stres, kurang rehat  dan genetik.

CARA MUDAH:
Facial Massage ialah facial yang dilakukan dengan urutan pada wajah yang bertujuan membantu meningkatkan metabolisme kulit dan perjalanan darah. Hasilnya selain wajah  menjadi lebih tirus ia juga mampu meningkatkan kualiti kulit wajah.

CARA MODEN: 
Suntikan botox dan radio frequency adalah rawatan moden yang boleh mengatasi masalah wajah chubby. Suntikan botox dilakukan pada tiga titik di sekitar tulang rahang untuk memberikan kesan tirus pada wajah manakala kesan panas yang dihasilkan daripada rawatan radio frequency dapat menghilangkan lebihan
lemak yang ada di bahagian pipi dan mengembalikan keanjalan kulit.


Lingkaran Gelap Bawah Mata
Penyebab:
Timbunan lemak di bahagian bawah mata yang menyebabkan rongga mata (septum) menjadi lemah sehingga menyebabkan septum bahagian lapisan atas lemak menurun.

CARA MUDAH:
Sapukan krim mata atau serum mata untuk meningkatkan kadar elastik kulit di bahagian bawah mata. Sapukan krim dan serum ini pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan perjalanan aliran darah di bahagian tersebut.

CARA MODEN:
Radio Frequency
Merangsang penghasilan kolagen melalui haba panas yang dihasilkan. 

Fractional CO2
Prinsip rawatan ini ialah menghilangkan lebihan kulit pada kantung mata dan iritasi yang terjadi akan merangsang pembaharuan kolagen sehingga kulit menjadi lebih tegang. Walau bagaimana pun lemak di dalam lapisan kulit akan tetap ada.

Blepharoplasty
Rawatan ini menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan laser CO2. Laser CO2 digunakan sebagai alat pemotong jaringan lalu lemak yang  berlebihan dikeluarkan untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Siatan dilakukan dari dalam dan kesannya tiada sebarang luka di bahagian kulit (luar). Dengan laser CO2, pendarahan yang terjadi pun hanya sedikit, kesan lebam dan bengkak juga dapat diminimumkan.

Peringatan:
Untuk rawatan pasca terapi adalah disarankan untuk meletakkan ais pada mata, menekan kelopak mata dengan jari apabila terjadinya pendarahan, makan antibiotik untuk mencegah sebarang jangkitan selain ubat tahan sakit. Meski pun rawatan ini disahkan selamat namun dinasihatkan agar anda mendapatkan
konsultansi dengan doktor pakar kulit.

Terpulanglah kepada anda untuk melakukan rawatan yang sesuai. Semuanya terletak di tangan anda. Namun jangan terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu rawatan. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. RAPI mengharapkan dalam pada anda ingin cantik, keselamatan diri usah diabaikan.
Sumber

Saturday, 2 February 2013

Kolagen pelihara kulit anjal


Kolagen pelihara kulit anjal
Oleh Siti Zarinah Sahib / myMetro

APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.
Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapat­kan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.


Di pasaran terdapat pelbagai produk minuman berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Bagi mereka yang malas mengambil minuman, boleh melakukan rawatan di pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah berasaskan vitamin C dan kolagen.


Namun, harus diingat tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia terutama daripada segi peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan pelanggan akan menghadapi masalah sampingan lain sekiranya dilakukan mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan estetik.

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya.

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses
pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya.

Penggunaan makanan kesihatan mengandungi kolagen dikatakan dapat melambatkan proses penuaan, namun kesannya terlalu sedikit kerana ia bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan penyerapan oleh sistem usus. Penggunaan krim kolagen pula dikatakan kurang berkesan kerana molekul yang terkandung di dalamnya terlalu besar untuk penyerapan oleh sel kulit.

Kini terdapat kaedah terkini dalam rawatan kolagen yang diperkenalkan di Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah iaitu menerusi penggunaan Tri-M Micro Needling atau suntikan merangsang kolagen baru pada wajah yang memberikan hasil dengan cepat dan berkesan.

Menurut Dr Siti Hawa, rawatan ini menggunakan sejenis alat yang mempunyai jarum halus sepanjang dua milimeter dan boleh sampai sehingga ke subdermis kulit kerana di situ terdapat sel fibroblast yang berfungsi menghasilkan kolagen.
Prosedur ini juga dipanggil Terapi Induksi Kolagen (CIT). Kelebihan prosedur ini bukan saja merangsang pembentukan sel kolagen baru, tetapi juga menyediakan laluan mikro bagi penyerapan serum yang digunakan semasa proses ini.

“Sebelum rawatan, kulit disapu sejenis krim yang membantu menjadikan kulit merasa kebas bagi mengelakkan ketidakselesaan ketika prosedur dilakukan.

“Selepas itu alat ini digerakkan ke keseluruhan wajah yang mengambil masa 20 minit. Tidak menyakitkan dan mungkin akan terasa pada bahagian kulit yang agak sensitif seperti hidung serta di kawasan dahi,” katanya.

Selepas rawatan, sebaiknya pelanggan menunggu sehing­ga seawal dua jam sebelum membersihkan wajah bagi memastikan penyerapan optimum serum. Mereka kemudian dibenarkan untuk memakai produk seperti biasa terutama krim pelembap dan pelindung cahaya matahari. Tidak digalakkan berjemur terlalu lama di bawah sinaran matahari kerana boleh mengganggu proses pembentukan kolagen.

Tambahnya, rawatan menerusi kaedah ini lebih cepat dan berkesan serta tidak mendatangkan sebarang komplikasi.

Kajian dijalankan di salah satu universiti di Korea untuk membandingkan keberkesanan penghasilan kolagen kulit muka antara CIT dan Denyutan Lampu Impuls (IPL) didapati tiada perbezaan keberkesanannya, malah CIT jauh lebih murah, tiada komplikasi dan kesan yang cepat.

“Prosedur ini sangat efektif untuk memulihkan masalah kulit seperti parut, kedutan, garis halus, masalah keguguran rambut dan pemecahan lemak. Apabila dilakukan secara berkala iaitu dua minggu sekali kesannya semakin ketara. Kulit kelihatan lebih anjal, kedutan semakin berkurangan malah menjadikannya berseri dan bercahaya. Kaedah rawatan ini adalah alternatif kepada rawatan IPL, tetapi jauh lebih murah,” katanya.

Di PKW, rawatan CIT ini dilakukan di bawah pengawasan pegawai perubatan terlatih serta dijamin kebersihan dan keselamatannya. Ini kerana peralatan digunakan menggunakan jarum pakai buang serta teknik yang steril manakala pakar terapi memiliki tauliah dalam bidang estetik. Selain itu dengan adanya rawatan daripada pakar estetik Muslimah, ia akan mendorong lebih ramai wanita Islam menjaga kecantikan demi kesejahteraan keluarga.

Selain rawatan wajah, PKW turut menyediakan rawatan pelangsingan badan menggunakan kombinasi rawatan ultrabunyi dan electroporation. Menggunakan mesin Eximia berinovasi tinggi dari Itali, rawatan ini membantu untuk menyelesaikan pelbagai ketidaksempurnaan tubuh seperti selulit, lemak bertumpu, badan menggeleber, kulit kendur, kehilangan keanjalan serta retensi air.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/04
Sumber

Tentang Kolagen


Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

menghasilkan asid amino  penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara  kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

kulit kusam
tak bermaya
tiada seri
kulit kedut dan mula kendur
pigmentasi kulit
cepat letih dan lesu
sakit badan dan sendi
mudah lupa
kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Sumber

Sunday, 27 January 2013

Formula kekalkan kolagen


FAMILI

2013/01/07 - 07:15:30 AM

Produk antipenuaan InnerShine
Kolagen sejenis protein penting untuk memelihara keremajaan atau memberikan kekuatan dan keanjalan kepada kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk daripadanya.

Bagaimanapun, penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya memberikan kesan pada kulit. Semakin usia meningkat akan mengurangkan kandungan kolagen kerana keupayaan kulit untuk menghasilkan kolagen baru semakin berkurangan. Proses pengurangan kolagen dikatakan bermula seawal usia 25 tahun.
Faktor alam sekitar seperti sinaran ultra ungu (UV), gaya hidup seperti tekanan kerja dan tabiat merokok serta penggunaan kosmetik tinggi kandungan kimia mempercepatkan lagi kehilangan kolagen.

Jelas garis penuaan 

Pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.

Pengambilan makanan dan minuman kesihatan selain suntikan dan krim mengandungi kolagen dipercayai dapat melambatkan proses penuaan.

Justeru, InnerShine, memperkenalkan anti penuaan RubyCollagen Essence yang dilancarkan, di ibu negara baru-baru ini.
Penemuan minuman kolagen baru dengan formula hak cipta RubySignature™ dikatakan, membantu melambatkan proses penuaan. Minuman tambahan anti-penuaan ini mengandungi formula unik dengan melancarkan tiga tindakan penting iaitu - mengekalkan, melindungi dan menyokong kesihatan kulit supaya kelihatan muda selalu.

Berbeza dengan minuman kolagen lain, formulanya mengandungi adunan mikro-kolagen berkualiti yang mudah untuk diserap daripada ikan, dan astaxanthin, ekstrak mikro-alga khas dari Sweden.

Pulih keanjalan kulit 

Saintis Kanan Cerebos Pacific Limited Dr. Lua Bee Leng, berkata innerShine RubyCollagen Essence membekalkan kolagen kepada kulit untuk memulihkan ketegangan dan keanjalannya dengan lebih efektif.

Katanya, kehadiran astaxanthin berfungsi sebagai pelindung semula jadi dapat melindungi kulit daripada UV yang boleh merosakkan kolagen. Astaxanthin juga menyokong peredaran mikro untuk menyalurkan nutrien kepada sel kulit dengan berkesan, mencegah kemerosotan kolagen, protein matriks lain, memberi fleksibiliti dan kekuatan kulit.

“100 peratus diperbuat daripada bahan semula jadi dan disahkan halal tanpa pengawet, pewarna atau gula. Diadun dengan jus delima asli, minuman lazat dan berkhasiat,” katanya.

Pada majlis pelancaran produk berkenaan, pelakon dan model terkemuka, Carmen Soo, diumumkan sebagai wajah baru untuk kempen 360 darjah pemasaran termasuk iklan televisyen dan cetak.

Harga produk RM142.90 untuk 14 botol x 50ml. 

INFO: Tanda penuaan pada kulit 

1. Muncul bintik hitam:
Berlaku pada kulit yang mengalami penuaan pra matang, terdedah kepada matahari. Muncul di bahagian lengan, punggung, dahi, tangan dan bahu, selain bintik hitam dan pigmen.

2. Tekstur kulit kasar:
Kerap terdedah kepada matahari, kolagen dan elastin kulit akan rosak, kering dan kasar.

3. Pori-pori membesar:
Seiring pertambahan usia, pori-pori tumbuh lebih besar kerana timbunan sel kulit mati di sekitarnya. Ia dapat dikurangkan dengan melakukan pengelupasan kulit secara konsisten.

4. Kulit berkedut dan kendur:
Paparan terhadap radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan DNA kulit dalam membran sel. Akibatnya, kolagen kulit dan elastin merosot dari semasa ke semasa sehingga kulit mula merosot dan kehilangan elastisiti.

Panduan: Cara melambatkan proses penuaan:

Kurangkan pendedahan secara langsung terhadap sinar matahari.
* Guna payung atau topi boleh digunakan.

Hindarkan persekitaran yang tercemar.
* Udara kotor, asap kenderaan, debu dan sebagainya. Jika kulit kering, banyak minum air putih dan sapu pelembap kulit.

Sentiasa berfikiran positif.
* Jangan mengerutkan dahi, marah atau bersikap emosional, tidur mencukupi dan sebaiknya tidak gunakan bantal.

Amalkan gaya hidup sihat.
* Ambil makanan seimbang, senaman, bersenam, tidur yang cukup. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kaya dengan antioksidan.

Sumber

Thursday, 10 January 2013

Kesan Kehilangan Kolagen

Sedikit info untuk mengetahui keadaan dimana badan kita mengalami kehilangan / kekurangan kolagen :

~ Rambut kering, rosak, bercabang di hujung,

~ Kuku mudah pecah / nipis

~ Kulit semakin hilang keanjalan, kedut mudah kelihatan disekitar mata, leher, dagu menggeleber, payudara dan punggung juga kelihatan jatuh (kendur) dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

~ Tubuh kehilangan kalsium menyebabkan sakit sendi-sendi juga tulang belakang.

~ Kulit kelihatan tidak sihat, kering, kusam dan kulit dibahagian muka kelihatan pori2 terbuka, jeragat dan tompok2 hitam kelihatan, kulit mengalami warna tidak sekata.

~ Kelihatan garisan hitam dibawah mata, pemandangan juga menjadi kabur.