Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, 7 July 2015

Resipi Kuih Talam Suji


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum everyone...

Lama benar tak menjenguk ke sini.... sorry kalau pada sesape yang berkunjung kesini ..
hanya jumpa sawang labah-labah je.. huhuuu

Kita masih berada di bulan Ramadhan.... Semoga kita dapat mengambil kesempatan yang terbaik dipenghujung Ramadhan ini ye.. diberikan kemudahan masa dan kesihatan yang baik.. In shaa Allah..

Nurul suka makan kuih yang jenis talam-talam ni.. banyak juga resipi kuih talam dalam simpanan Nurul, resipi jerrr.. buatnye jarang-jarang.. beli je selalu... gelak ko yeeee... hahhaa.. Nurul sharekan salah satu resipi dalam simpanan Nurul, dapat dari fesbuk.. simple je kan.. jom teraiii Kuih Talam Suji :))

Resipi Kuih Talam Suji


Monday, 1 June 2015

Resipi Kerepek Ketam (crabstick)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum semua.. raya dah nak mari.. jom buat satu jenis kerepek yang awesome, mudah umpama ABC je..  sebagai salah satu juadah raya untuk tetamu :) Jom.. Check it out!

Resipi Kerepek Ketam (crabstick)

Bahan-bahan

1 Bungkus jejari ketam(Crab stick)
Serbuk Kari ikut rasa
Serbuk Lada putih (Jika suka)
Serbuk Cili (jika nak pedas)
Minyak untuk menggoreng
Daun kari (ikut suka banyak mana)


Cara-cara

1. Carik-carikkan jejari ketam

2. keringkan kat bawah matahari jika nak cepat garing ketika menggoreng. Tak keringkan pun bole, cuma     ambil masa lebih sedikit untuk menggaringkannya ketika menggoreng.

 3. Gaulkan jejari ketam yang sudah dicarik-carikkan dengan serbuk kari, lada putih, cili, ikut selera memasing.

4. Goreng jejari ketam dalam minyak sampai warna keemasan.

5. Toskan. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.


Huyeayyyy! kudapan yang sedap sudah siappp!!
Selamat mencuba :))


Thursday, 12 March 2015

Resipi Tapai Pulut yang sedap


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Ada sesiapa yang berminat nak mencuba membuat Tapai Pulut selepas membaca entry Nurul tentang Tapai Pulut kat SINI? Ni ada resipinye.. ce la buat :))


Resipi Tapai Pulut yang sedap
Tapai Pulut Daun Keladi



Bahan-bahan :
  • 1kg beras pulut
  • 1/2 biji ragi
  • Bekas untuk menyimpan/daun untuk membungkus


Cara membuatnya :
  • Tanak pulut. Jangan terlebih masak nanti lembik. Nisbah pulut sama dengan nisbah air 1:1
  • Selepas masak.. Sejukkan pulut. Keluarkan dari periuk dan ratakan nipis-nipis dalam bekas yang leper. Contohnya : Dulang
  • Pastikan dah betul-betul sejuk sebelum menaburkan ragi yang telah ditumbuk halus.
  • Gaulkan/terbalikkan pulut dan letak lagi ragi jika ada pulut yang tak terkena ragi. 
  • Sebaik-baiknya ayak ragi yang telah ditumbuk tu diatas pulut yang sudah sejuk.
  • Masukkan dalam bekas plastik atau bungkus dengan daun
  • Simpan lebihkurang 2 hari untuk tapai masak.

Selamat Mencuba :))

Wednesday, 21 January 2015

Resipi Siput Gonggong Masak Lada Hitam

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Resipi : Siput Tarik masak Black Pepper
Siput Gonggong Masak Lada Hitam


Assalamu'alaikum .. 

Hari ni nak share resipi Siput Tarik Ekor atau juga dikenali sebagai Siput Gonggong masak lada hitam, resipi yang simple tapi sedap, bagi pencinta siput ni la.. 

Nurul tak bagi sukatan bahan-bahan terpulang pada citarasa memasing, kalau suka pedas letaklah cili padi lebih, begitu juga yang lain tu, adjust sendiri  la ye :))


Bahan-bahan

Siput gonggong
Cili padi/cili besar (ikut tahap kepedasan memasing)
Daun bawang - potong kasar
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Sos lada hitam
Kicap manis secukup
Asam keping
Bawang merah besar - dihiris halus
Bawang putih - dihiris halus
Serai - diketuk
Lada hitam biji - ditumbuk halus
Air, minyak masak dan serbuk perasa secukupnya


Cara penyediaan
1. Panaskan periuk
2. Masukkan minyak masak
3. Masukkan bawang merah, bawah putih dan serai, tumis hingga keluar bau
4. Masukkan air
5. Masukkan semua jenis sos satu per satu termasuk kicap kacau sebati
6. Masukkan cili padi bersama asam keping
7. Masukkan siput gonggong
8. Kecilkan api, biar masak perlahan sambil sesekali dikacau-kacau
9. Selepas Siput masak, taburkan serbuk lada hitam, kacau sebati, 
10. Rasa kuah.. kalau kurang tambahkan perasa.
11. Taburkan daun bawang.


Selamat Mencuba!

Wednesday, 31 December 2014

Resipi Pais Kijing

Assalamu'alaikum...

Hari ni Nurul nak kongsi resipi.... original recipe from my mom's kitchen.... Pais juga dikenali sebagai otak-otak.. yang ini tradisional otak-otak bukan macam otak-otak yang biasa kita jumpa kat luar tu tau.. yang tu dah diubahsuai menjadi makanan ringan/sampingan.. 

Inilah dia Siput Kijing.. beli kat Pendas, pernah cerita dalam entry ini : Perkampungan Nelayan


Inilah rupa sebenar Encik Kijing selepas direbus dan keluarkan dari cengkerang, gunting hujung yang terjulur tu, pasir suka nyorok kat situ


Campurkan serbuk kari, ketumbar, jintan, cili padi, kelapa parut yang dah disangai garing dan diblender halus serta serbuk perasa, hiriskan daun kunyit.. godak-godak sehingga sebati..


Senduk ala kadar macam pic atas untuk dibungkus sebelum dibakar


Ni rupa selepas dibungkus dan digunting kiri dan kanan lebihan daun pisang, nampak lebih kemas


Tarraaaaa!! dah siappp... bakar guna periuk ajaib je.. mudah, senang dan cepat!

Inilah dia rupa periuk ajaib tu.. gambar ehsan Encik Google, nak tayang harus yang mahal jeee! haha.. Nurul punya jenama Avon je.. harus dimiliki ni... serba serbi superb! dah promnosi la pulokkk.. hihiii


Ok.. cuba jangan tak cuba tau, simple recipe ..!


Tuesday, 13 May 2014

Cara-cara membuat kek buah yang mudah dan cepat!


Cara-cara membuat kek buah yang mudah dan cepat!

Tuesday, 29 April 2014

Bagaimana membuat Jeruk mangga yang rangup dan sedap?

Meh sini... meh.. kita gebang pasal rahsia turun temurun bagaimana membuat jeruk mangga yang krup..krap..krup..krappp.. rangup walaupun dah direndam dan terjeruk lamaaa.. cewahh.. rahsia la sangat kannn?? ehee.. Tak semestinya mangga, selalu juga Nurul buat jeruk kedondong pun sama rangup juga... 

Bagaimana membuat Jeruk mangga yang rangup dan sedap?

1. Buah yang hendak dijeruk (Mangga/Kedondong) bersihkan dan buang kulit, hiris macam pic, kalau kedondong biasanya biarkan sebiji-sebiji je.

2. Pernah nampak tak benda ni? kat kedai runcit ada jual. Inilah Kapur yang dimakan dengan sirih tu.. jangan pandang sebelah mataaaa^^.. Hang Tuah makan tau benda ni.. hehe.. Buat larutan kapur dengan air, air cukup menutupi buah je.. kalau 1kg mangga dalam 1sudu makan penuh kapur. Tak yah banyak sangat. cukuplah air tu nampak keruh dengan kapur sirih tu. 

Buah mangga yang sudah dibuang kulit dan dihiris masukkan dalam larutan tu, sambil teruslah buat yang sama pada semua buah yang hendak dijeruk. Info tambahan: Kapur bole buh dalam bancuhan tepung untuk goreng pisang/keledek/etc.. juga dengan tujuan sama.. tapi awas, jangan terlebih letak ye.. haha.. berbuih minyak nanti.. eheehe.. urmm.. 1kg tepung beras boleh la letak satu sudu teh kapur... kena try and error la ea :)

3. Biarkan buah tadi berendam happily dalam larutan tu dalam 30minit~1jam. Selepas tu, buang air kapur tu dan bersihkan dengan sebersih-bersihnya dari larutan kapur. Pastuh, toskan kejap. Masukkan dalam mangkuk yang bersesuaian untuk dimandikan dengan gula dan sedikit garam. 

4. Untuk 1kg mangga Nurul guna setengah kilo gula(Biar lebih jangan kurang ea..), 1sudu makan garam(bukan 1senduk tauuu..). Gaul sebati. Masukkan dalam balang. Kalau buat sedikit jeruk boleh la buat macam ni. tapi kena simpan dalam peti sejuk. Kalau nak buat jeruk dalam kuantiti yang banyak dan amik masa lama untuk menghabiskan, Nurul cadangkan buat air gula. Gula tadi campur dengan air dan masak sampai air jadi pekat. Tunggu betul-betul sejuk, masukkan hirisan mangga/buah kedondong.  Simpan dalam balang. 

Biarkan sehari dalam suhu bilik. Esoknya dah menjadilah jeruk tu.. bole makan dan balance masuk dalam peti sejuk.. lagi sedap makan sejuk2.. :D


Selamat mencuba^^



Thursday, 21 February 2013

Kerabu Kolagen



Hari ini Nurul nak share resipi Kerabu Kolagen... mabless!

Bahan-bahan
200gm Rumpai Laut yang sudah direndam semalaman(Gred AA atau AAA) - dipotong sepanjang 1cm
3 biji Tomato- dipotong dadu dan sebiji dipotong memanjang
5 biji cilipadi hijau(lebih kalau sukakan pedas) - dihiris halus
1 biji cili merah besar - dihiris bulat2
1 biji bawang merah besar - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 biji Lemon


Cara-cara
1. Semua bahan-bahan diatas digaul
2. Perahkan lemon
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Jangan letak Ajinomoto sebab rumpai laut bercampur ajinomoto boleh menimbulkan rasa muak/loya.
5. Kacau-kacau sehingga sebati.
6. Simpan dalam peti sejuk dan sediakan untuk dimakan~!


Selamat Mencuba~!

Wednesday, 20 February 2013

Dadih Kolagen




DADIH KOLAGEN

Bahan-bahannya:
100gm Rumpai Laut Kolagen(yang sudah direndam semalaman)
1cwn gula (lebih atau kurang ikut rasa manis yg disukai)
1.5 Liter air putih biasa
1 Liter susu segar
3 helai daun pandan (jika suka)
Perasa mengikut kesukaan(Saya menggunakan Coklat/Bandung/Jagung mcm pic)


Cara Menyediakan :
1. Rebus Rumpai Laut bersama daun pandan dengan 1.5L air sehingga Rumpai laut hancur, jgn lupa dikacau-kacau ya :)

2. Setelah Rumpai Laut hancur, masukkan gula, kacau lagi sehingga larut gulanya.

3. Masukkan susu segar, kacau sebati.

4. Akhir sekali, bubuh perasa kesukaan dan kacau2 bagi sebati.

5. Keluarkan daun pandan, masukkan dalam bekas, tunggu sejuk dan masukkan dalam peti sejuk.


Tips : 
* Semasa merendam rumpai laut kolagen pun saya meletakkan 3 helai daun pandan.
* Saya menggunakan Kolagen Gred AA untuk membuat dadih ini. Rumpai Laut Gred ini tidak hanyir dan anak2 pun akan menggemarinya. Anda bole pelbagaikan rasa dadih ini mengikut kesukaan.

SELAMAT MENCUBA :)