Thursday, 6 November 2014

Perkampungan Nelayan ~ Kampung Pendas Baru, Gelang Patah, Johor

Assalamua'alaikum...

Seperti dijanjikan, Nurul share gambar-gambar yang Nurul ketik kat perkampungan nelayan, kampung Pendas Baru ni. Sebenarnya, Kampung ni namanya Tanjung Adang, Kampung Pendas Laut yang sebenarnya berdepan dengan Tanjung Adang ini, tapi kerajaan mengambilnya untuk menaiktarafkan keadaan disitu dan memindahkan penduduknya ke sini dan menamakan kampung ini Kampung Pendas Baru. 

Dari Senai mengambil masa selama lebihkurang 40minit melalui highway dan akan memasuki kampung-kampung untuk kesini. Suasana kampung kelihatan tenang dan damai sepanjang perjalanan.

Tempat makan-makan ni...
Nurul pun tak pernah datang makan-makan sini lagi, buka malam je.. agak jauh juga 40minit dan rasa cam agak gelap perjalanan kesini.. ada niat nak kesini, nak tengok suasana malam.. dalam masa terdekat kot.. in shaa Allah..
Pandangan depan.. 
 Macam ini suasana rumah yang dibina oleh kerajaan, lebih tersusun dan nampak kemas, gerai-gerai jual ikan tu didepan rumah tepi jalanraya.. urmm.. cam dah moden la kan? :))

Rumah kelihatan kemas tersusun sejajar dengan jalanraya..
Bila hujung minggu memang compact jalan ni, banyak kereta masuk dengan tujuan yang sama, membeli hasil laut yang segar.. banyak juga kereta-kereta dengan plat no. negara jiran sebelah, biasanya chinese.. memborong ikan-ikan yang besar-besar, ikan merah, siakap, kerapu.. banyak pulak tu.. bayangkan kalau sekilo RM55.. sekor ikan dalam 2~3kg. urmm...mungkin ada restoran kot.. harga taklah murah sangat tapi berbaloilah dengan kesegaran ikan tu...

Beginilah rupa gerai ikan tu..
Antara ikan segar yang dijual...
Jeti antara rumah, belakang tu paya bakau,
perahu/bot berlabuh kat situ
Penghuni rumah ni mesti.. "proud to be Johorean.. yeayy!"
Nampak bot ni baru nak berlabuh.. banyak kot tangkapannya.. :)
Minggu sudah, ambil masa sedikit.. ke bahagian kiri perkampungan ni, melihat-lihat kawasan lain, sedih melihat keadaan dibawah ini.. pembuangan sampah yang tidak terkawal.. boleh mengakibatkan penyakit,
apalagi ia terapung-apung diatas air.. kalau hidupan laut sesat kesini, tak jumpa jalan keluarnya, kebanyakan sampah adalah jenis plastik, bekas makanan, polisterin yang tidak diterima tanah untuk berkurun lamanya..

Tentu banyak penyakit yang akan timbul jika tiada
 tindakan diambil dalam masa terdekat
Post a Comment