Showing posts with label kisah kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kisah kehidupan. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Modern Tradition

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



21st century....
We are become lesser by the day

Our Communication - Wireless
Out Telephone - Cordless
Our Cooking - Fireless
Our Youth - Jobless
Our Food - Fatless
Our Labour  Effortless
Our conduct – Worthless
Our relation – Loveless 
Our attitude – Careless
Our feelings – Heartless
Our politics – Shameless
Our education – Valueless
Our follies – Countless
Our arguments – Baseless
Our Job – Thankless
Our Boss – Brainless
Our Salary – Very less
Most emails – useless

Thursday, 3 July 2014

Yakinlah! Ia pasti berlalu...


Yakinlah! Ia pasti berlalu...Dalam riuh ada sepi
Ada hati yang merintih
kepiluan tersirat berjuta pertanyaan

Aduhai hati yang merintih
Keampuhanmu pernah menjadi sebutan
Ketabahanmu pernah menjadi sanjungan
Desakan kerikil sekecil ini mana mungkin kau goyah!

Namun…
Dibalik tirai itu,
Hujan mengalir deras..
Untuk yang kesekian kali
Membanjiri tanah gersang
Menuruni lurah, melalui longkang, parit, sungai
Alirkan sekali keluh kesah yang menyesak dada
Hanyutkan hingga tidak bersisa

Kilauan matahari esok masih sama
Andai hujan turun lagi pun..
pasti berguna
   pada pokok-pokok,
   pada rumput-rumput,
   pada bunga-bunga..
pasti semakin segar…subur
bersama haruman semerbak

Siapa tahu..
Mungkin dipenghujung gerimis ini
ada pelangi menanti
memberikan warna-warna kehidupan
tidak menjanjikan kemewahan
tapi cukup dengan keikhlasan

Biarkan sepi berlalu bersama kilasan masa…

Yakinlah!

Ia pasti berlalu!

Wednesday, 26 February 2014

Manusia semakin gila!

Pagi-pagi ni, buka aje blog, click dashboard, Nahh...terpampang depan mata cerita penganiayaan terhadap kanak-kanak sehingga mati... baca tajuk besar je dah buat hati Nurul ni sentap.. hari yang ceria serta-merta bertukar suram, Kenapalah manusia jenis ni mesti ada? Hati jenis apakah yang mereka miliki? Apakah agaknya bermain difikiran mereka dikala melakukan perkara itu? Tidak sayukah hati mereka mendengar tangisan dan esakan kanak-kanak itu? Langsung tidah terlintaskah sekelumit perasaan kasihan? Seribu satu macam perasaan berkecamuk datang silih berganti menggasak ruang fikiran..

Secara peribadi, kalau Nurul terbaca berita-berita seumpama ini berkaitan penderaan kanak-kanak, Nurul memang sangat-sangat emosi.. mungkin juga lumrah, naluri seorang ibu yang juga mempunyai anak. Fikiran Nurul ni automatically akan imagine keadaan itu, betapa kesakitan yang kanak-kanak itu tanggung dan lalui.. Ya Allah.. ! dan seperti biasa.. untuk memujuk hati, Nurul akan fikirkan begini.. kanak-kanak itu sekarang dah riang-ria berlari, berkejaran, bermain-main dan hidup bahagia di syurga Allah. In shaa Allah.

Boleh baca disini Blog santai dan disini akakdisebalikpintu


Wednesday, 4 December 2013

Rezeki yang mahal...

Agak lama juga gambar-gambar dibawah ini menghuni ruang photos di hp Nurul, gambar-gambar ini diambil semasa Nurul menjemput anak balik sekolah, sambil menunggu, Nurul berbual dengan salah seorang akak peniaga jajan disitu.


Menurut beliau, mula-mula berniaga memang terasa malu sangat tapi dipujuknya hati, lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.

"Majlis sekali-sekala akan datang memberi amaran namun tidaklah sampai bertindak drastik menyita barang dagangan kami. Mungkin pegawai-pegawai itu kesian dan faham yang pendapatan kami bukanlah banyak mana dan niat kami untuk membantu keluarga, Anak akak 4 orang, kecil-kecil lagi, kalau akak keluar bekerja, anak hantar pada orang pun, sorang dah RM200~RM250 sekarang ni, kalau 4 orang dah berapa?"


"Pada zaman sekarang ini, selangkah keluar rumah semuanya duit, dengan pendapatan suami akak yang bekerja sebagai penyelia kilang, dengar jumlahnya macam banyak tapi terus-terang akak akui, memang agak sempit, bukan tidak bersyukur namun itulah hakikatnya, dengan berniaga sebegini dapat juga akak membantu paling kurang RM1500 sebulan untuk menyelesaikan komitmen kami" 

Terbetik dalam hati, boleh tahan juga pendapatan akak ni.. rupanya, seawal 3 pagi beliau sudah bangun untuk  menyediakan kuih-muih untuk dihantar ke satu kedai runcit berdekatan rumahnya, beliau keluar rumah untuk berniaga jajan dalam pukul 11pagi hingga 1ptg di satu Sekolah Rendah area sini, selepas itu ke Sekolah Agama sekitar sini juga dari 1ptg hingga hampir 4ptg, balik rumah sebentar untuk mengoreng mee, kentang dan hotdog untuk dibawa ke Sekolah Menengah ini pula dari pukul 5.30ptg~7.15mlm.



Tidak lama perbualan kami terputus, jam rupanya sudah menunjukkan pukul 6.45ptg, kereta akak ni mula dikerumuni pelajar-pelajar sekolah yang kebanyakannya merupakan pelanggan tetapnya.. 


Sambil melihat akak ni mesra melayan telatah pelanggan-pelanggan kecilnya, dalam hati terselit pelbagai perasaan, perasaan simpati dan kagum silih berganti. Nurul percaya, sampai rumah sahaja, beliau pasti tidak akan duduk diam berehat selepas seharian 'bekerja'.


Begitulah secebis kisah kehidupan, Alhamdulillah, rezeki tetap ada bila dikais, ia ada dimana-mana bagi yang mahu dan berusaha!