Wednesday, 30 October 2013

Rabu yang bisu # 6

Salam Rabu semua... 
Semoga kita semua sentiasa didalam keredhaan Allah.... Amiin.

 








Monday, 28 October 2013

Sifat-sifat hantu yang boleh dicontohi....

1. Toyol
Toyol masih kecil sudah berdikari, bole cari wang sendiri

2.Pontianak
Susah senang selalu tertawa. Ini menunjukkan keperibadiannya yang optimis.


3. Pocong
Dari dulu bajunya tidak pernah berganti, ertinya, dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja.

4. Hantu Air
Walau menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap an sopan, dia tak pakai baju renang, ertinya, dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

5. Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya, dia tidak mahu menyusahkan orang lain.



6. Jebon
Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walaupun mukanya buruk, hancur badannya bau dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar.

Buktinya, dia baca tulisan ini sampai habis...
Hahahahhahaa

Sunday, 27 October 2013

Adakah ini yang dinamakan YAKIN?

Nurul suka sangat dengan video singkat ini...tengok berulang-ulang kali pun tak bosan... terhibur dengan expresi muka yang pelbagai, dalam pada kelakar tu, Nurul kagum dengan `keyakinan tinggi' wanita ini :)

Enjoy....hahaha :D




Friday, 25 October 2013

Kisah Nabi Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan.

Baginda pun bertanya, "Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?"

Lelaki Ansar itu menjawab, "Ya ada. Iaitu pakaian kasar yang dapat menggalas punggung unta. Sehelai kami gunakan dan yang sehelai lagi kami hamparkan dan juga bekas minuman.

Rasulullah SAW pun terus berkata, "Bawa kedua-duanya kepada aku."

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah SAW lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, "Siapa yang mahu membeli dua barang ini?"

Seorang lelaki menjawab, " Aku akan membelinya dengan 1 dirham."

Rasulullah SAW pun berkata dan mengulangi 2, 3 kali, "Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?".

Seseorang pun menjawab., "Saya mahu membelinya dengan 2 dirham."

Rasulullah SAW pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, "Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawakan kepadaku."

Lelaki Ansar tadipun melaksanakan arahan Rasulullah SAW dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda.

Rasulullah SAW memasangkan dengan kayu lalu berkata, "Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu disini selama 15 hari ini."


Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari, lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah SAW bersama 15 dirham.

Rasulullah SAW berkata, "Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya, meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan."

Thursday, 24 October 2013

Ayam Sunat?


Seorang member me'wassap'kn pic kat atas pada Nurul.. blur seketika, ingatkan die bergurau..rupenye betul, pic ni diambil somewhr in Perak..seriously, memang tak pernah tau adenye bende ini.... 

Nampak tak ke'innocent'nye kat situ... hahaha :P

Surf punye surf, rupenye, ia dimaksudkan untuk ayam yang dicastrate atau capon (Ayam Kebiri)

Hasil surf: 
Ayam kebiri ialah ayam jantan atau ayam bujang yang telah dikembiri untuk meningkatkan kualiti daging untuk makanan .

Proses Caponization adalah dengan membuang testis ayam jantan(muda), dengan pembuangan itu hormon seks nya tidak lagi berfungsi, sekaligus menjadikan ia tidak agresif seperti ayam jantan normal, dengan perbezaan hormon dan juga pergerakan yang tidak aktif, menjadikan daging ayam kebiri ini lebih tender, juicy dan sedap.

*Maaf dan tolong betulkan kalau ade hasif surf yang kurang tepat ye... 

 Tapi apa2 pun.. macam semacam jek plak bile disebut ayam sunat.. kan? kan?

Wednesday, 23 October 2013

Rabu yang Bisu # 5

Urrmm....nak kesian ke tak ea?

Jom kita refresh jap :)

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/36824
http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/05/22/anjuran-membunuh-cicak/







Tuesday, 22 October 2013

Kanser menyerang tidak kenal siapa...


Lama juga tak menyentuh blog ni, sejak awal pagi 5th Oct terbang ke Sarawak menemani adik ngan babynye.. balik kesini awal pagi Raya Haji(15thOct).. masuk keje je, melambak la juga task yang menanti sentuhan kasihsayang... haha... selalu ade mase pendek-pendek je so blogwalking je la jawabnye.. buat hilang2 stress :)

Nurul nak share satu bende yang penting untuk kite specially kaum wanita, salah satu symptom yang mungkin menunjukkan adanye kanser, dan kita bole lah take precaution. Rasa simpati yang tidak terhingga bila memikirkan adik, yang suddenly mendapat tahu yang dia menghidapi kanser rahim namun syukur alhamdulillah dapat dikesan pada early stage.

Kisahnya begini, Adik melahirkan baby awal tahun ini, 20th Jan 2013, and bleeding berterusan sampai sekarang. Mula-mula adik ingatkan darah nifas but nonstop sehingga April, Adik gi hospital dan pihak hospital mengatakan yang dinding rahimnya masih tebal sebab itu bleeding berterusan beserta ketulan2 darah. Ia berterusan lagi sehingga July, pihak hospital memutuskan untuk mengambil sedikit sample selepas adik kembali bleeding dengan lebih teruk selepas ubat yang dibekalkan habis.

Syukur alhamdulillah, semasa pengambilan sample tu, pihak hospital accidentally terambil sedikit dinding rahim, dan dari situlah kanser itu dapat dikesan.

Chemo pertama dijalankan pada 23rd Sept 2013, keluar wad pada hari Rabu, dari Khamis sehingga Ahad terpaksa berulang-alik ke hospital untuk injection pagi dan petang(jarak masa 12hrs) rehat seminggu selepas tu kene buat lagi chemo (dos bergantung pada pemeriksaan darah yang dijalankan). Dah buat chemo 2 circles but belum ade kesan2 penurunan sel kanser.. malah semakin naik, last reading 200K over.

Kesan Chemo, mual yang teramat sangat, bile tak makan gastrik pula menyerang dan juga rambut gugur, badan lemah, fizikal and mental kene kuat. Sokongan keluarga sangat diperlukan.


Dikalangan kawan-kawan Nurul, memang ramai yang ambil lewa dan berat-hati untuk menjalani yearly breast exam, pap smear also mammogram.  Antara alasan yang sering Nurul dengar ialah malu, takut dengan result, takde masa, saya jaga kesihatan, saya mengamalkan pemakan yang begini-begitu dan macam-macam alasan lagi...

Untuk pengetahuan, adik Nurul ni seorang yang very conscious tentang kesihatan tapi takdir Allah tidak dapat kita jangka, memang ramai yang bertuah diluarsana, sihat dan jauh dari sakit tapi itu untuk hari ini... esok lusa kita tak tahu kan? bila kita membaca atau mendengar tentang kanser, seolah-olah jauhhhh dari kita tapi bila terjadi pada seseorang yang dekat apalagi pada orang yang kita sayang, barulah kita merasa yang rupa-rupanya ia sangat dekat sekali dengan kita...begitulah yang Nurul rasa.

So,  ramai-ramai la kita gi buat pemeriksaan lepas ni ye...



**Update 23/10/2013 : Esok adik akan menjalani operation, buang rahim, kerana sel kanser terlalu banyak dan nonstop bleeding.. Hospital mengambil langkah tersebut kerana adik semakin lemah kerana kekurangan darah... doakan adik Nurul ea (T_T)

***Update 12/03/2014 : Adik disahkan sudah bebas dari Kanser.. Subhanallah.. syukur sangat kepada Allah... Alhamdulillah

Pics credit : Google Images

Wednesday, 2 October 2013

Rabu yang Bisu # 4

Sama-sama kita renung2kan....