Friday, 18 July 2014

Pray for MH17

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine

Kita masih meratapi kehilangan MH370, sekali lagi kita dikejutkan dengan pesawat penumpang Boeing 777, MH17 yang membawa 295 penumpang yang berlepas dari Amsterdam pada pukul 2.14pagi dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6pagi tadi telah terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia dipercayai ditembak jatuh... atas tujuan apa? masih dalam siasatan.


KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas malam ini, kata setiausaha akhbarnya.

“Poroshenko berpendapat pesawat ini ditembak jatuh, ia bukan kemalangan, bukan bencana, tetapi perbuatan pengganas,” kata Svatoslav Tsegolko. - Reuters 


Bila Nurul dengar berita ni, Nurul rasa semacam ada satu kekosongan yang menyakitkan dalam ruang hati.. jadi blur kejap dan terfikir, satu demi satu musibah melanda Negara kita. Pelbagai kemungkinan bermain-main dalam benak Nurul ni. 


Takziah buat semua ahli keluarga penumpang juga krew MH17. Sabar dan redha menghadapi ketentuan ilahi. Mereka yang tidak bertanggung-jawab, lambat atau cepat pasti akan mendapat hukuman yang setimpal. Sama-sama kita doa untuk penumpang dan krew MH17, kita doakan juga agar misteri  MH17 dan MH370 akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.. In shaa Allah.. Aamiin.



Friday, 11 July 2014

Mutiara Iman : Perbualan antara Rasulullah dan Iblis

Ustaz Azhar Idrus Berkata "Kita relax dan baca ni, perbualan antara Rasulullah & iblis...

Rasulullah bertanya : “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “Aku berasa panas dingin dan gementar”

Rasulullah : “Kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”

Rasulullah : “Jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”

Rasulullah : “Jika ia berhaji?”
Iblis : “Aku seperti orang gila”

Rasulullah : “Jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “Aku merasa meleleh laksana timah diatas api”

Rasulullah : “Jika ia bersedekah?”
Iblis : “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”

Rasulullah : “Mengapa boleh begitu?“
Iblis: ”Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dalam hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dari dirinya,

Rasulullah : “Apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Rasulullah : “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “Taubat orang yang bertaubat”

Rasulullah : “Apa yang dapat membakar hatimu?”
Iblis : “Istighfar di waktu siang & malam”

Rasulullah : “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
Iblis : “Sedekah yang diam2”

Rasulullah : “Apa yang dapat menusuk matamu?”
Iblis : “Solat fajar”

Rasulullah : “Apa yang dapat memukul kepalamu?”
Iblis : “Solat berjemaah”

Rasulullah : “Apa yang paling mengganggumu”
Iblis : “Majlis para ulama”

Rasulullah : “Bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “Dengan tangan kiri dan jariku”

Rasulullah : “Dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “Dibawah kuku manusia”

Rasulullah : “Siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “Penzina”

Rasulullah : “Siapa teman tidurmu?”
Iblis : “Pemabuk”

Rasulullah : “Siapa tamumu?”
Iblis : “Pencuri”

Rasulullah : “Siapa utusanmu?”
Iblis : “Tukang sihir (dukun)”

Rasulullah : “Apa yang membuatmu gembira?”
Iblis : “Bersumpah dan cerai”

Rasulullah : “Siapa kekasihmu?”
Iblis : “Orang yg meninggalkan Solat Jum'at”

Rasulullah : “Siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”


Wallahu'alam


Salam Jumaat. Moga bermanfaat.

Wednesday, 9 July 2014

Rabu yang bisu # 27


Nak tau selanjutnya baca disini : bebeja.com

Kuih-Muih Bazaar Ramadhan

Assalamua'alaikum...

Lama Nurul tak update blog ni. Minta maaf kalau ada sesapa yang datang menjenguk tapi takde entry baru. Agak terlambat Nurul mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua.. maafkan Nurul kalau selama berceloteh disini atau komen-komen yang ditinggalkan diblog yang Nurul kunjungi, ada yang menyinggung perasaan, Nurul dengan rendah hati mohon ampun dan maaf.

Urmm.. jom bercerita pasal gambar kuih-muih kat bawah ni.. bukan sengaja nak mencabar puasa tau hehee.. Kuih-muih ni antara kuih yang mak Nurul buat untuk dijual diBazaar Ramadhan.. Mak tak jual tapi orang amik.. orang tu amik dalal.. mak bagi 25%..(huh... kelas mak aku! main percent bagai hihi..) Ada sesapa yang tak kenal kuih-muih ni? Adaaaaa? takde la kot ye.. :p kalau ade yang baru nak berkenalan silalah layangkan mouse anda digambar kuih-muih tu :)) 

Kuih-Muih Bazaar RamadhanKuih-Muih Bazaar Ramadhan

Kuih-Muih Bazaar RamadhanKuih-Muih Bazaar Ramadhan

Kuih-Muih Bazaar RamadhanKuih-Muih Bazaar Ramadhan

Kuih-Muih Bazaar RamadhanKuih-Muih Bazaar Ramadhan

Kuih-Muih Bazaar Ramadhan








Thursday, 3 July 2014

Yakinlah! Ia pasti berlalu...


Yakinlah! Ia pasti berlalu...Dalam riuh ada sepi
Ada hati yang merintih
kepiluan tersirat berjuta pertanyaan

Aduhai hati yang merintih
Keampuhanmu pernah menjadi sebutan
Ketabahanmu pernah menjadi sanjungan
Desakan kerikil sekecil ini mana mungkin kau goyah!

Namun…
Dibalik tirai itu,
Hujan mengalir deras..
Untuk yang kesekian kali
Membanjiri tanah gersang
Menuruni lurah, melalui longkang, parit, sungai
Alirkan sekali keluh kesah yang menyesak dada
Hanyutkan hingga tidak bersisa

Kilauan matahari esok masih sama
Andai hujan turun lagi pun..
pasti berguna
   pada pokok-pokok,
   pada rumput-rumput,
   pada bunga-bunga..
pasti semakin segar…subur
bersama haruman semerbak

Siapa tahu..
Mungkin dipenghujung gerimis ini
ada pelangi menanti
memberikan warna-warna kehidupan
tidak menjanjikan kemewahan
tapi cukup dengan keikhlasan

Biarkan sepi berlalu bersama kilasan masa…

Yakinlah!

Ia pasti berlalu!

Wednesday, 2 July 2014

Rabu yang bisu # 26