Monday, 14 March 2016

2nd Mini Giveaway by Tashira


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum

2nd-mini-giveaway-by-tashira.html

Klik Banner untuk Join

Tarikh tamat penyertaan : 20 Mac 2016


Thursday, 10 March 2016

Menangislah..Jika itu bisa membuatmu tenang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum

Allah anugerahkan pelbagai rasa. Adakalanya rasa itu menghambat pemikiran. Adakalanya ia menghantui hidup dan mengambil masa yang terlalu lama untuk hilang. Percayalah. Allah memilih kita untuk melalui keadaan itu dan bukan orang lain kerana Allah mempunyai perancangan yang khusus untuk kita.

Jangan fikirkan, "Kenapa aku?" kerana setiap kita sudah Allah tentukan rezeki masing-masing.



Menangislah..Jika itu bisa membuatmu tenang



Menangislah..jika itu bisa membuat hatimu tenang, kerana kasih Allah pada kita, Allah ciptakan Airmata.
Bersangka-baiklah pada Allah. 





Ingatlah Aku, Aku pasti ingat padamu ~ Al-Baqarah:152



Kredit : Image internet download


Wednesday, 9 March 2016

Gambar-Gambar Kreatif Gerhana Matahari


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum
 


Syukur Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk melihat gerhana matahari hari ini, bagi sape2 yang tak berkesempatan tengok tu, jangan sedih ok, Nurul share gambar-gambar yang diambil oleh ahli keluarga dan dikongsi dalam grup whatsapp kitorang.


Gambar-Gambar Kreatif Gerhana Matahari
Gambar yang ini diambil oleh my bro yang duk dan keje kat Labuan..
menggunakan Kamera /night mode. Very clear dan cantik kan?


Gambar-Gambar Kreatif Gerhana Matahari
Gambar yang ini diambil oleh my cousin yang keje kat Semporna, Sabah.
Gambar ni diambil dari imej pantulan. 

Gambar-Gambar Kreatif Gerhana Matahari
Gambar sempoi yang ini pula diambil oleh seseorang yang tidak ingin
dikenali yang bekerja di JB... kreatif tak? hahahaa.. layannn!



Gambar-Gambar Kreatif Gerhana Matahari
Jangan terperanjat, orang Sabah memang kreatif semuanya.. hahaa..
gambar atas tu adalah Hand Held Helmet with Filter Lens..
nampak tak matahari yang kecil comel tu kat filter lens tu....


Gambar-Gambar Kreatif Gerhana Matahari

Gambar last ni diambil oleh my sis yang duk KL.. 
menggunakan 3 lapis negatif filem lama. Stylo kan?




Semoga kita semua dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama dapat peluang lagi untuk menyaksikan gerhana matahari pada masa akan datang. In shaa Allah.



#1 Pernah nampak macam ini tak?


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum


Wordless Wednesday # 48 : Ada sesiapa tahu ini apa?


Nurul menghadiri satu jemputan majlis persandingan di Singapore dan nampak hidangan ini kat atas pentas, bersebelahan pelamin. Nampak sangat unik dan menarik. Tak pasti adakah ia untuk dimakan ataupun sekadar pameran. Nurul tak pernah nampak macam tu sebelum ini.

Ada sesiapa yang tahu? boleh berkongsi maklumat?






Tuesday, 8 March 2016

Muhasabah diri


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum


Sungguh singkat masa kita bermusafir disini, semailah apa yang boleh kita tuai disana nanti. Jangan sesekali jemu untuk terus berusaha kembali kepangkal jalan andai tersasar dari landasan. Sejauh mana pun kita tersesat dimalam hari, bintang tetap ada untuk kita jadikan panduan arah, andai masih tersesat juga, tunggulah siang datang, semua akan terang benderang mampu dilihat dengan mata namun cubalah pandang dengan mata hati, kadang mata pun boleh menipu diri. Janji Allah, keampunan sentiasa ada selagi nafas masih ditenggorokan.



Muhasabah diri
Tidak mudah melawan kata hati, membenci sesuatu yang kita cintai, menghindar sesuatu yang kita sayangi, namun pilihan apa yang kita ada? masa semakin suntuk, kalau dimenangkan kata hati, punah, pilih hawa nafsu, hancur. Dunia sudah terlalu tua hampir dengan qiamat. Teringat kata-kata Imam As-Syafie "Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun".



Tidak semua yang menggembirakan hati itu elok untuk kita kan? kadang-kadang, yang menggembirakan hati kita itupun ada derita yang tersembunyi, begitu juga tak semua yang menyakitkan hati kita itu racun, kadang-kadang disitulah letaknya bahagia yang sebenar.




Allah hadirkan seseorang dikala kita memerlukan, sama-sama bersedih, sama-sama menghuraikan apa yang keliru, sebagai petunjuk arah jalan yang benar, membantu kita menilai antara buruk dan baik. Allah berikan apa yang kita perlukan pada masa itu, pada masa kita sangat memerlukan, cuma dipinjamkan seketika untuk menyedarkan kita yang dunia ini tidaklah seperti yang kita fikirkan. Ada derita pasti ada bahagia. Ada tangis pasti ada tawa. 


Dia hadir memberikan setitik rasa bahagia yang ingin kita miliki namun malangnya, tidak ditakdirkan jadi milik kita. Kuatkan hati. Yakinlah. Pasti ada hikmah disebalik semua itu. Tidak semua yang kita mahu, perlu kita jadikan kenyataan walaupun kita mungkin mampu. Kalau kasih sanggup berkorban. Bukan hanya kata-kata kosong.



Muhasabah diri
Bila aku berkata yang aku sedang berusaha memperbaiki diri dan berubah, tidaklah bermaksud yang aku tidak akan terbabas dan tersilap langkah. Oleh itu, tegurlah aku dengan kasih dan bukannya dicerca, maafkan aku dan bukannya dihina,  sayangi aku dan bukan dibenci, cuba fahami dan bukannya diperli, berikan arahnya dan bukan menyusahkan. Pinjamkan aku semangat untuk tetap meneruskan perjalanan ini.





"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (QS.Al-Hasyr (59):18).



Credit : Image Internet download.



Friday, 12 February 2016

Hati kosong tanpa Iman


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Ketenangan jiwa bukan datang dari harta, bukannya dari pangkat dan kedudukan, bukan juga dari kecantikan atau ketampanan. Ketenteraman adalah kurniaan dari Allah yang ditiupkan kesetiap jiwa hamba-hamba yang dekat dan redha pada ketentuanNya. 



Hati kosong tanpa Iman


Ujian adalah tarbiah dari Allah. Bersabarlah. Anggap ia sebagai Kifarah. Menguji ketabahan hamba-hambaNya. Moga sakit itu menjadi penghapus dosa. Sekuat mana kesusahan atau kesukaran yang dilalui akan membuatkan kita lebih meghargai kesenangan. Semua itu adalah nikmat dari Allah. Ingatlah...dengan mengingati Allah, jiwa pasti menjadi tenang.



Salam Jumaat. Terimakasih membaca :)


Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap pada manusia ~ Abi bin Abi Thalib

Wednesday, 3 February 2016

Idea Untuk mendapatkan Daun Bawang fresh setiap hari


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum..


Tadi godeh-godeh pc, konon2nya nak buat housekeeping.. terjumpa pula gambar ni, Nurul pun dah lupa kat mana Nurul download.. huhuu.. sorry, tak dapat nak bagi kredit.. timbul keinginan untuk share kat blog.. manatau berguna juga pada yang lain kan :)

Semenjak Nurul menyediakan sarapan pagi untuk dijual di kiosk akak, Nurul memerlukan daun bawang setiap pagi untuk ditaburkan diatas mee/mee Hun/Lontong goreng.. tak perlu banyak sebab untuk hiasan je, rasa sesuailah kalau Nurul cuba praktikkan idea gambar dibawah tu kan.. Nurul bangun lebihkurang pukul 5am dan sediakan semuanya, pukul 7am Nurul bersiap gi keje.. nanti akak bawalah gi kiosk dia nanti dalam pukul 9am gitu.


Idea Untuk mendapatkan Daun Bawang fresh setiap hari


Bekas plastik tu bole kita gunakan bekas minyak 5kg tu kan, satu bag tanah kalau beli kat kedai bunga RM2 ~ RM2.50 je sekampit besar tu.. tidak ada istilah terlupa beli daun bawang lagi lepas ni ok Nurul... heheee.. jimat dan fresh lagi! 


Jommm sesama kita try! :)


Gambar : Muat turun dari Internet



Wednesday, 13 January 2016

Bersedekah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum

Bersedekah


Bersedekah


Bersedekah


Bersedekah





Monday, 11 January 2016

Mata Ikan!! Owhh Noooo!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Panas terik sungguh cuaca sekarang ni kan.. rasanye Nurul minum air macam biasa banyaknye juga tapi mata ikan ni kenapa bole jadi gak.. huhuu... semalam letak garam.. perghhh.. sedap giler pedih! hahaa.. so hari ni gi lunch kat airport tadi. singgah Guardian .. 

"Bonjela ade?"

"Takde kak.. Bonjela kena beli kat Farmasi.."

"Arhh? Farmasi?" 
sambil mata Nurul memandang ke sekitar Guardian tu... huhuuuu.. saba je la dengan adik tu.. Nurul pun bertanya kat kaunter.. uhukss... siap bagi 3 pilihan... Bonjela, Oral Aid dan Hurix's.. belek punya belek, pilih Oral Aid.. dah try tadi, tak berangin dan pedas macam Bonjela.. yang ini manis dan wangi macam Strawberi.. Strawberry flavour la katakan.. hahaa.. takkan rasa durian plak kan... hahaa :p


Owhh Noooo! Mata Ikan!!
Oral Aid perasa stobeli..

Nurul sempat baca descriptionnya : Contains Choline Salicylate(a local analgesic), which is a pain killer and anti-inflammatory effective on sore areas in the mouth, and cetalkonium chloride, an antiseptic to kill bacteria and help infection.


Sekarang ni kan Fenomena El-Nino tengah melanda negara kita, dijangka hujung bulan Januari sehingga Mac adalah kemuncaknya, Jabatan Meteorologi menjangkakan kenaikan suhu sehingga 40°C sama macam tahun 1998 dulu, hujan akan kurang antara 20 ~ 60%  dan suhu pula akan naik 0.5°C ~ 2.0°C dari biasa. 


Bila dah hujan kurang dan suhu pula naik, masalah lain automatically akan timbul seperti cuaca panas, kebakaran disana-sini, jerebu, krisis bekalan air dan bila keadaan itu berlaku ia akan mengakibatkan pula masalah kesihatan, dehidrasi, strok haba, cepat letih dan kurang bertenaga lalu immune badan pun akan berkurangan dan kita akan mudah terkena penyakit seperti demam, selesema, batuk, lelah dan jangkitan paru-paru, sesiapa yang berkenaan tu, cepat-cepatlah gi jumpa doktor ye.. jangan tunggu sampai teruk ok!


Kena banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar, elakkan terdedah pada cuaca panas dalam masa yang lama, usahakan untuk selalu berlindung didalam bangunan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik.


Sama-sama kita jaga kesihatan diri kita dan keluarga :))


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota : 

** El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua ~ empat tahun di Timur Lautan Pasifik

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan, sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.