Wednesday, 26 February 2014

Manusia semakin gila!

Pagi-pagi ni, buka aje blog, click dashboard, Nahh...terpampang depan mata cerita penganiayaan terhadap kanak-kanak sehingga mati... baca tajuk besar je dah buat hati Nurul ni sentap.. hari yang ceria serta-merta bertukar suram, Kenapalah manusia jenis ni mesti ada? Hati jenis apakah yang mereka miliki? Apakah agaknya bermain difikiran mereka dikala melakukan perkara itu? Tidak sayukah hati mereka mendengar tangisan dan esakan kanak-kanak itu? Langsung tidah terlintaskah sekelumit perasaan kasihan? Seribu satu macam perasaan berkecamuk datang silih berganti menggasak ruang fikiran..

Secara peribadi, kalau Nurul terbaca berita-berita seumpama ini berkaitan penderaan kanak-kanak, Nurul memang sangat-sangat emosi.. mungkin juga lumrah, naluri seorang ibu yang juga mempunyai anak. Fikiran Nurul ni automatically akan imagine keadaan itu, betapa kesakitan yang kanak-kanak itu tanggung dan lalui.. Ya Allah.. ! dan seperti biasa.. untuk memujuk hati, Nurul akan fikirkan begini.. kanak-kanak itu sekarang dah riang-ria berlari, berkejaran, bermain-main dan hidup bahagia di syurga Allah. In shaa Allah.

Boleh baca disini Blog santai dan disini akakdisebalikpintu


Friday, 21 February 2014

Kenapa saya tidak terfikir sebelum ini?

Macam gempaq jek title entry kan? macam tak berapa nak sesuai pun ye juga hahaha.. yang sebenarnya, penat den pikiaq nak buh lagu mana tajuk tu, yang ada skema belake.. alaaa buh aje la :p

Nurul rasa beberapa tips ni bagus juga untuk dikongsi bersama.. Nurul nak try pic yang first tu, nak kumpul bread bag clips bebanyak dulu :D











Friday, 14 February 2014

Cuti-cuti Malaysia : Merang, Terengganu, Malaysia

 
  

Info lanjut klik  The Aryani Resort

Personal review(dari kacamata seorang pelanggan) : 3/5

Reason : Chalet/interior kurang penyelenggaraan, Water heater tidak berfungsi.
beach house tidak digunakan/tidak terjaga, Satu chalet yang atap/bumbung hadapannya rosak/bocor mengganggu pemandangan. Sarapan pagi RM28/head/adult tidak munasabah dengan sarapan yang disediakan. (roti + kordial oren, ayam(macam masak kari), Nasi(mungkin nasi minyak sebab brminyak), kacang panggang(dalam tin punya), telur goreng, sosej, buah, teh & kopi)

Kelebihan : Suasana persekitaran yg sunyi dan tenang, laut/pantai/ombak yang cantik. Sesuai untuk honeymoon.








Wednesday, 12 February 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, 11 February 2014

Mekanik wanita yang comel

Last Saturday Nurul nampak sesuatu yang memang rare! Nurul hantar keta untuk servis aircond, Nurul ke bengkel ni atas rekemen seorang kawan, katanya salah satu yang terbaik disini....sambil tunggu orang nak layan Nurul, Nurul duduk la kat satu kerusi, nampak someone baring kat lantai bawah sebijik MPV.. tak kisah la tu, pemandangan biasa kot kat bengkel.. eh....ehh... Pompuan laaaa.. muda lagi.. comel plak tu^^ 

Beberapa pertanyaan berlegar kat fikiran...
Bunga diantara kumbang-kumbang :D
Inilah bengkelnya.. censored beberapa info.. takut membahayakan cik adik comel ni :)




Wednesday, 5 February 2014

Rabu yang bisu # 15

Adakah mereka yang membuang sampah dari kenderaan itu boleh dikategorikan sebagai pembersih?


Pic diketik di Paka, Terengganu