Friday, 25 April 2014

Mutiara Iman : Short Tazkirah

Assalamu'alaikum..

Short Tazkirah for sharing...  

1. Org yg tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain ~ Ustaz Azhar Idrus


2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya
~ Ustaz Kazim Elias


3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia"
    ~ Ustaz Don Daniyal


4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda ~ Datuk Ismail Kamus


5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat ~ Ustaz haslin baharin


6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa
    kemudian baru bangun”
 ~ Al-Habib Ali Zainal


7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya 
    ~ TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


8. Jagalah solat anda kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya 
    ~ Sheikh Abdullah Jahaf.


9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang ~ Ustaz Dasuki Rani


10. Jangan cakap : "Pergi solat! Kalau tak, masuk api neraka! "Tapi cakap : "Jom solat, nanti kita masuk syuga Allah sama-sama ya, InsyaAllah..." ~ Tuan Guru Harun Din


11. Kalau dalam solat pun tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah?
      ~ Ustaz Pahrol



Salam Jumaat. Moga bermanfaat.

No comments :