Friday, 12 December 2014

I miss u dad!

Assalamu'alaikum..

Dua tahun yang lalu, pada tarikh ini 12/12/14, Aku kehilangan seorang bapa. Pergi yang tak mungkin akan berganti. Seorang yang aku hormati dan kasihi, aku akui, aku tidak pernah mampu mengucapkan rasa kasih ini, rasa sayang ini, namun jauh direlung hati, aku pasti bapa mengetahuinya, kerasnya kehidupan mungkin mengeraskan hatiku untuk melahirkan kata-kata sentimental begini, namun setiapkali aku balik kampung, aku pasti mengucup tangan bapa dalam-dalam, mungkin dia menyedari mungkin juga tidak.. 



Aku kongsi perasaan hati dalam satu artikel Disember tahun lalu pada tarikh genap setahun pemergian bapa dalam artikel ini << Kenangan mengusik perasaan >> bukan aku menyangsikan kredibiliti seorang doktor, my sis juga seorang doktor dan aku tahu, dia sangat terkilan dengan kecuaian yang tak seharusnya terjadi, dia begitu mengambil berat kesihatan bapa dan sering mengingatkan bapa untuk membawa file perubatannya kemana pun dia pergi untuk memudahkan pihak hospital, namun.. kuasa Allah.. kita berusaha, Allah menentu... kecuaian boleh terjadi pada sesiapapun andai melakukan tanggungjawab sambil lewa.



No comments :