Showing posts with label Berita sedih. Show all posts
Showing posts with label Berita sedih. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.
Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.
"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk mendapatkan pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.
Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Sumber: BH Online

Monday, 29 December 2014

Tarikh baru sesi persekolahan Tahun 2015 akibat banjir

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

29 December 2014


KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

SUMBER DISINI

Tuesday, 6 May 2014

Maafkan aku kucing...


Maafkan aku kucing...
pic dari google images
Pagi tadi Nurul lewat sampai ofis.. bukan sebab terlambat bangun, bukan juga sebab trafik jem, tapi disebabkan seekor anak kucing. Nurul terlanggar semasa mengundurkan keta dari porch.. sebelum tu, Nurul perasan ada 3~4 ekor anak kucing bermain-main dibawah meja halaman depan rumah, tapi disebabkan nak cepat, Nurul tak berfikir lebih2 sangat tapi rasa pelik.... mana datangnya anak-anak kucing ni? Tentu ada orang meninggalkan anak-anak kucing disitu malam tadi sebab balik keje around 7pm semalam takde pun anak-anak kucing ni…

Masa Nurul undur keta, terdengar bunyi “meowww…”.. Nurul terus stop dan buka pintu keta.. ohh goshh! bawah tayar belakang terbaring seekor anak kucing sedang menggeletek-geletek dengan nafas akhir.. ya Allah!  dengan darah dan isi yang terburai..  menggigil Nurul melihatnya... sampai la ni Nurul terbayang-bayang.. kenapalah orang tu sampai hati nak letak anak kucing kat rumah Nurul dan berakhir macam ni?

Nasib baik la ada anak sedara peniaga sarapan depan umah Nurul ni .. berani mengangkat bangkai anak kucing tu dengan alas plastik, Nurul tanamkan tepi luar rumah.

Kejadian tadi begitu mengganggu emosi, asik teringat-ingat, rasa bersalah menyelubungi hati, terbayangkan saat-saat nafas akhir anak kucing tu tadi, dengan darah, isi yg bertabur tadi… Mak bekalkan nasi goreng pun masih tak berjamah, hilang selera, hilang tumpuan… Kepala makin rasa berat, leher rasa lenguh semacam.. rasa macam nak demam pun ye juga...

Thursday, 22 August 2013

Kemalangan di Genting Highland

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.. 



Semalam sambil menunggu jiran sebelah untuk sama2 bermarhaban di rumah jiran lainnya, Nurul menonton TV dan membaca tulisan kat bahagian bawah TV yang bergerak2 tu (tak tau la ape nama nye) Kemalangan Bas express terjunam ke dalam gaung berhampiran Genting Highland.



Pagi ni, on the way pegi kerja, HOT.FM buat Hot Chat tentang ini juga dari surf net, Nurul mendapat info yang Bas tersebut sebenarnya adalah bas penumpang biasa yang menjadi pengangkutan pergi dan balik kerja sebilangan besar pekerja-pekerja Genting Highland. Bas tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di KM3.6 Genting hingland sekitar pukul 2.20pm(21/08/2013). Bas tersebut membawa 52 penumpang. Seramai 37 penumpang disahkan meninggal dan 16 penumpang lagi cedera dimana kebanyakannya cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.



Nurul terkejut dan merasa amat sedih dengan berita kemalangan yang yang mengejutkan ini. Salam takziah untuk mangsa dan keluarga mangsa dan Nurul doakan semoga sabar dan tabah.

Sama-sama kita hadiahkan AL-fatihah buat yang terkorban.