Showing posts with label Pesawat MAS MH370. Show all posts
Showing posts with label Pesawat MAS MH370. Show all posts

Tuesday, 25 March 2014

Dear Indian Ocean.. keep them safe until we come to take them home

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Semalam adalah hari yang sangat menyedihkan untuk Nurul bila mendengar berita pengesahan dari Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib tentang Misteri kehilangan pesawat MAS MH370.

Sukar untuk Nurul menerima berita sedih ini, harapan yang sentiasa positif tersemat dalam sanubari mengharapkan kepulangan semua penumpang dan anak kapal kepangkuan keluarga masing-masing, namun ternyata, Allah lebih menyayangi mereka.

Nurul mengikuti berita berkaitan MH370 dari hari pertama (08/03/2014) sehinggalah kehari ini dengan doa yang tidak putus-putus, mengharapkan keajaiban demi keajaiban namun kasih Allah pada mereka mengatasi segalanya.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mereka dalam keadaan dan masa yang sedemikian.

Airmata menitis dikala mendengar berita itu, bukan kerana berputus harap dengan Allah, bersimpati dan empati dengan keluarga mangsa, juga meletakkan diri ditempat mangsa semasa keadaan itu berlaku.

Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah sebaliknya. Jangan sesekali kita memandang serong pada apa yang berlaku, semua berlaku atas izinNya jua. Setipis manapun harapan, jangan sesekali berputus harap dengan Allah. Tiada yang mustahil bagiNya.

Marilah kita sama-sama terus berdoa, semoga urusan pencarian dapat dilaksanakan, mangsa dapat ditemui biar dalam apa keadaan sekalipun termasuklah kotak hitam untuk menjawab segala misteri sebenar kehilangan Pesawat MAS MH370. Al-Fatihah...


Berita lanjut :

Saturday, 8 March 2014

Pray For MH370

14jam sudah berlalu tanpa apa-apa berita yang sahih tentang pesawat MAS MH370.


Banyak spekulasi tersebar, di internet, laman sosial, tweeter, utube juga berita online, seluruh dunia membicarakan tentang ini. 

Apa yang lahir difikiran atau dilisankan itu juga merupakan satu doa. Selagi belum ada bukti depan mata, kita masih boleh menaruh harapan dan berdoa semoga semua penumpang dan anak-anak kapal terselamat. 

Secara peribadi, Nurul amat mengharapkan satu info tentang signal SOS masih ada walaupun dah lemah itu mampu memberikan satu keajaiban. 

Marilah kita semua, rakyat Malaysia bersatu, ikhlaskan hati berdoa untuk penumpang dan anak kapal juga untuk keluarga mereka, sabar menghadapi ujian ini.


 Juga buat semua mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam usaha mengesan dan menyelamat. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.

 In shaa Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.




Gempar!! Pesawat Malaysia MH370 ke Beijing hilang??

Sama-sama kita berdoa semoga semuanya dalam keadaan selamat dan berjaya ditemui secepat mungkin.


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.


"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Dapatkan update disini : http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-mas-dari-kl-ke-beijing-hilang-31459

Klik disini untuk penumpang dan Kru MH370 : Senarai penuh penumpang dan kru pesawat MH370