Friday 12 February 2016

Hati kosong tanpa Iman


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Ketenangan jiwa bukan datang dari harta, bukannya dari pangkat dan kedudukan, bukan juga dari kecantikan atau ketampanan. Ketenteraman adalah kurniaan dari Allah yang ditiupkan kesetiap jiwa hamba-hamba yang dekat dan redha pada ketentuanNya. 



Hati kosong tanpa Iman


Ujian adalah tarbiah dari Allah. Bersabarlah. Anggap ia sebagai Kifarah. Menguji ketabahan hamba-hambaNya. Moga sakit itu menjadi penghapus dosa. Sekuat mana kesusahan atau kesukaran yang dilalui akan membuatkan kita lebih meghargai kesenangan. Semua itu adalah nikmat dari Allah. Ingatlah...dengan mengingati Allah, jiwa pasti menjadi tenang.



Salam Jumaat. Terimakasih membaca :)


Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap pada manusia ~ Abi bin Abi Thalib

Wednesday 3 February 2016

Idea Untuk mendapatkan Daun Bawang fresh setiap hari


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum..


Tadi godeh-godeh pc, konon2nya nak buat housekeeping.. terjumpa pula gambar ni, Nurul pun dah lupa kat mana Nurul download.. huhuu.. sorry, tak dapat nak bagi kredit.. timbul keinginan untuk share kat blog.. manatau berguna juga pada yang lain kan :)

Semenjak Nurul menyediakan sarapan pagi untuk dijual di kiosk akak, Nurul memerlukan daun bawang setiap pagi untuk ditaburkan diatas mee/mee Hun/Lontong goreng.. tak perlu banyak sebab untuk hiasan je, rasa sesuailah kalau Nurul cuba praktikkan idea gambar dibawah tu kan.. Nurul bangun lebihkurang pukul 5am dan sediakan semuanya, pukul 7am Nurul bersiap gi keje.. nanti akak bawalah gi kiosk dia nanti dalam pukul 9am gitu.


Idea Untuk mendapatkan Daun Bawang fresh setiap hari


Bekas plastik tu bole kita gunakan bekas minyak 5kg tu kan, satu bag tanah kalau beli kat kedai bunga RM2 ~ RM2.50 je sekampit besar tu.. tidak ada istilah terlupa beli daun bawang lagi lepas ni ok Nurul... heheee.. jimat dan fresh lagi! 


Jommm sesama kita try! :)


Gambar : Muat turun dari Internet