Sunday 29 March 2015

The place where my heart belongs


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


The place where my heart belongs


Tetiba rindu sangat dengan tempat-tempat ni (T T)

Friday 27 March 2015

GST? Groupon tetap offer yang murah jeee..


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nurul nak share satu yang Nurul suka sangat.. :)) urmmm... sapa pernah beli deals kat groupon.my? kalau kita subscribe, kita akan mendapat notification latest promo.. memang jauh lebih murah dari harga sebenar.. banyak deals yang ada di groupon.my tau.. bukan sekadar Food & Drink, tapi termasuk juga beauty, wellness, healthcare, goods, travel, leisures, service dan yang lain-lain.. 

GST? sini tetap offer yang murah jeee..

Yang ini Nurul beli, dah call hotel untuk booked nak datang esok.. 
Seorang RM25 tapi kalau kita beli dua dapat kurang lagi RM19 je sorang.. betolll ni .. tak tipu! :D


GST? sini tetap offer yang murah jeee..


selepas beli Deal tu, kita akan dapat Voucher macam kat gambar atas, kita cuma perlu print untuk diserahkan nanti.. mudahkan? banyak pula jimatnya :)) huyeayyyy! walaupun GST dah kene.. tapi kehidupan normal tetap berlangsung seperti biasa so kenalah bijak berbelanja :))


kalau nak tengok Deals lain yang menarik dan berbaloi-baloi boleh klik link bawah tu.. memang best!
untuk Getaways tu ade installment plan lagi :D


 Dining / Beauty / Leisure


 Goods Deals


 Getaways Deals

Selamat mencuci mata :D



Thursday 26 March 2015

You will survive!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


You will survive!

Moving on is never easy.
You fight to hold on.
You fight to let go.
Put on a smile.
Move on...
for life is not meant to be traveled backwards.
It will hurt but In shaa Allah, you will survive!


Wednesday 25 March 2015

Kubur itu semakin dekat untuk didiami..


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nurul dapat ni dari Whatsapp.. ia begitu memberi kesan dalam fikiran dan Nurul mengambil keputusan untuk kongsi dilaman ini.. semoga kita semua berusaha untuk kekal didalam keredhaan Allah. 

Nurul tidak tahu artikel ini berasal dari mana, sekira anda tahu sila beritahu Nurul nak letak kredit. 
Terimakasih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom fikir-fikirkan...

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak dan suami/isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Kubur itu semakin dekat untuk didiami..
Ihsan Google Image

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!


Kubur itu semakin dekat untuk didiami..
Ihsan Google Image.

Kesedihan atasmu ada 3:
1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. 

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! 

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia" dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.


Kubur itu semakin dekat untuk didiami..
Ihsan Google Image

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh-sungguh:
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. 


"Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami...

Tuesday 24 March 2015

Seronoknya belajar buat kek!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum..

Last Saturday, 21/3/2015, Nurul join class buat kek.. jangan tak caye uolls.. hahaa.. keinginan pada perubahan yang lebih baik menambah ilmu yang serba tak ada ni.. hehee.. cantik tak? cantik tak? Kek Vanilla Strawberry namanye :)

Seronoknya belajar buat kek!
Jemput cuci mata :))

Bukan Nurul sorang yang buat.. satu group ada tiga orang.. so sama2 buat sama2 punya idea.. best dapat kawan satu grup yang sekepala.. gila2 macam Nurul juga.. fun sangat-sangat.. 


Seronoknya belajar buat kek!
Kawan sekepala yang best!

Sebelum menghadiri class ini, Nurul selalu merasakan yang buat kek ini susah gila.. tak mungkin Nurul mampu membuatnya.. tapi selepas menghadiri kelas ini, pandangan itu berubah... bila ada kemahuan, pasti semuanya akan dipermudahkan... in shaa Allah.. 


Seronoknya belajar buat kek!
Dalam ni resipi kek kat atas tu..

Esok sambung cerita dan gambar2 sekitar class yang Nurul hadiri tu ea.. stay tune babe :))


Monday 23 March 2015

Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor 23 Mac 2015


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

DAULAT TUANKU. 
TAHNIAH DIATAS KEMAHKOTAAN TUANKU



Diputerakan pada 22 November 1958 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dididik dan diasuh untuk menjadi seorang Raja yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa dan berdaulat. Tuanku mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah tamat persekolahan Tuanku dilantik sebagai platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi. Kemudiannya di atas jemputan khas Tuanku mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia USA. Selain dari itu Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas berehat dua bulan, Tuanku meneruskan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada waktu malam. Tuanku dipilih dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Indonesia.
Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri. Dalam masa yang sama Tuanku menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan Tuanku dibenarkan mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan, Tuanku berjaya lulus satu kursus lebih awal dari peserta lain. Tuanku dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan dalam mana Tuanku menjadi ketuanya.
Tuanku juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut, sekaligus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.
Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan Raja yang berwibawa dan dihormati, Tuanku meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts USA. Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Laws of the Seas’.
Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran negeri.
Tunku Ibrahim dilantik sebagai Waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta kerajaan Johor dan dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong. Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan rakyat.
Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.



Tuanku mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan puteri, iaitu:
  1. DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
  2. YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim
  3. YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor
  4. YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor
  5. YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor
  6. YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor
DYMM Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai banyak keistimewaan dan pencapaian yang membanggakan, selain keperibadian yang menawan hati rakyat. Sultan yang berjiwa rakyat ini cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti yang berteraskan kerja sosial yang diilhamkan oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim sejak 2001 ketika Tuanku menjadi ‘Tunku Mahkota Johor’. Program Kembara Mahkota Johor dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dijadikan acara tahunan yang disertai YAB Menteri Besar dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi disemua 10 daerah di negeri Johor. DYMM Tuanku Sultan Ibrahim juga turut membabitkan ahli keluarganya, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan putera puteri Tuanku menyertai program mesra rakyat ini.
Dalam Kembara Mahkota pertama yang diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2001, penjelajahan tiga hari dua malam, diiringi oleh 28 buah motosikal berkuasa tinggi, menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi lapan daerah di negeri Johor sejauh kira-kira 870 kilometer. Ekspedisi bermotosikal yang julung kali diadakan itu bertujuan mendekatkan istana dengan rakyat selain mempromosikan industri pelancongan. Lantaran keberkesananya, Tunku Mahkota ketika itu mengumumkan Kembara Mahkota Jelajah Johor, dijadikan acara tahunan dan meletakkan matlamat menjadikannya sebagai program amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Tunku Mahkota ketika itu bertitah, Kembara Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menerusi ekspedisi ini, DYAM Tunku Mahkota dapat melihat kesetiaan pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India menyambut ketibaannya di merata tempat. Siri kedua program ini berlangsung selama empat hari dan tiga malam iaitu pada 25 hingga 28 Mac 2002 merentasi tujuh daerah dengan lebih 15 destinasi sejauh 1002 kilometer melalui jalan raya.
Siri ketiga Kembara Mahkota tahun 2003, yang berlangsung selama empat hari tiga malam mulai 8 hingga 11 Mei, meneruskan tumpuan terhadap kerja amal dan kebajikan, antaranya Tunku Mahkota Johor telah menyumbangkan komputer, pakaian dan basikal kepada murid-murid miskin di luar bandar. Melalui Kembara Mahkota, rakyat merasakan bertuah bernaung di bawah institusi istana Johor yang sentiasa memberi perhatian terhadap soal kebajikan, kesejahteraan dan kepentingan pendidikan rakyat. Kembara Mahkota juga memberi faedah besar kepada Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Johor. Para pemimpin negeri dan pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil bahagian dalam acara berprestij ini, dapat melihat sendiri dan mengumpul maklumat mengenai aspirasi dan keperluan rakyat secara lebih jelas. Berbekalkan pengalaman yang dilalui dan maklumat yang diperolehi, mereka berupaya melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang tinggal di luar bandar.
DYAM Tunku Ibrahim ibni Sultan Iskandar setelah menyelesaikan penjelajahan siri ketiga tahun 2003 sejauh 1,116 kilometer, bertitah:
Saya tidak menjangka sambutan rakyat yang begitu hangat di setiap persinggahan. Saya amat terharu melihat rakyat keluar beramai-ramai menyambut saya serta rombongan. Sesungguhnya saya amat tersentuh dengan sambutan hangat yang telah diberikan oleh rakyat. Pada mulanya saya hanya ingin meneruskan tradisi mulia Ayahanda saya, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor untuk menziarah rakyat jelata di segenap pelusuk negeri. Sambutan luar biasa yang telah diberikan oleh rakyat Johor telah menguatkan azam saya untuk meneruskan program Kembara Mahkota Johor. Program ini menjadi satu acara tahunan yang saya sentiasa nanti-nantikan sebagai salah satu cara untuk saya berdamping rapat dengan rakyat jelata.
Kini, Kembara Mahkota Johor telah pun berlangsung selama empat belas tahun, melalui laluan darat (motosikal, pacuan 4 roda, keretapi dan bas), jalan air (bot dan kapal).
Pada 5 Febuari 2012, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah memperkenankan Bandar Muar (Bandar Maharani) menjadi Bandar Diraja ketika Tuanku menghadiri sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Ibrahim, Bandar Maharani, Muar. Terdapat beberapa sebab DYMM Sultan Johor bertitah bahawa Bandar Maharani akan diisytiharkan sebagai Bandar Diraja.
Bandar Maharani adalah bandar kedua terpenting selepas Bandaraya Johor Bahru. Terletaknya Istana Tanjung yang menjadi Istana Persemayaman ketika Tuanku berangkat ke Bandar Maharani. Di Bandar Maharani, semenjak Almarhum Sultan Abu Bakar, diadakan beberapa kali sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Istiadat Penganugerahan Bintang Kebesaran. Hubungan istana di Johor Bahru yang begitu rapat dan akrab dengan daerah Muar membawa kepada pengisytiharaan Bandar Muar oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 12 Ogos 1887 sebagai Bandar Maharani yang bermaksud ‘Bandar Permaisuri Sultan’ merujuk kepada Maharani Fatimah.
Semenjak bandar Muar dibuka pada tahun 1884. Baginda Sultan Abu bakar dan DYMM Sultan-sultan selepasnya sering berangkat ke Muar. Kerabat-kerabat Diraja semenjak pembukaan Muar dilantik mentadbir Muar, antaranya YM Ungku Sulaiman, YM Ungku Abdul Majid, YM Tunku Temenggung Ahmad dan YM Ungku Mohd Khalid. Pemilihan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja kerana Tuanku menggemari suasana bandar yang tenteram dan harmoni. Dalam satu istiadat yang bersejarah, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengisytiharkan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor pada 24 November 2012, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku pada 22 November 2012.
DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa. Turut menjadi kegemaran Tuanku ialah sukan tenis, luncur layar, menembak, memandu dan payung terjun. Tuanku juga telah mencipta sejarah memperolehi Lesen Memandu Kereta Api Kelas 26 setelah menyempurnakan acara pusingan lokomotif seberat 86 tan menggunakan alat ‘turn table’. Tuanku juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Majlis penyampaian lesen memandu kereta api ini disempurnakan oleh Dr. Aminuddin Adnan, Presiden Kereta Api Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada 29 Jun 2010 di Stesen Kereta Api Gemas.
Sifat-sifat kepimpinan, ketokohan dan keperibadian yang menawan hati rakyat ini telah menjadikan DYMM Tuanku seorang sultan yang amat disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat Negeri Johor.

Untuk info lebih lanjut tentang Istiadat Pemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim bolehlah melawat web ini.

Friday 20 March 2015

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Jadi Mangsa Tag +sha dhira untuk join giveaway Cik Puan Jelita  :))


 http://cikjelita899.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html

Tarikh GA : 01 -20 Mac 2015 (Hari ini!)

Hadiah-hadiahnya :

1. BBCREAM SEQYBEAUTY x 1
2. CLEANSER SEQYBEAUTY x 1

Nak tag :



Thursday 19 March 2015

Entry penghargaan CPUV Nuffnang # 1


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum... 

Ini entry Nurul yang pertama berkaitan dengan CPUV Nuffnang, sebagai penghargaan pada Nuffnang dan pada Digi project byte, Brighter Smile, Sensodyne, Digi Live, Physiogel, Ikea dan juga Umobile kerana sudi beriklan disini... Yeayyyy! Thank you! \(^_^)/


Entry penghargaan CPUV Nuffnang # 1


Zillion thanks juga kepada kengkawan bloggers juga readers yang sudi berkunjung ke humble blog ni.. uhuksss... Nurul akan cuba bw pada semua yang singgah kesini.. in shaa Allah. :)) 

One more thing, kalau ada yang Nurul tak follow back blog tu, tolong bagitau ea.. rasanye ade yang Nurul tak perasan.. kadang ade juga yang Nurul tak dapat nak trace blog, bila Nurul click avatar, ia akan direct Nurul ke G+ dan tiada link ke blog.. kalau bole tinggalkanlah link blog kat G+/About tu ye kawan2 :))

Wednesday 18 March 2015

Rabu yang bisu # 41 : Jagalah Allah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Rabu yang bisu # 41 : Jagalah Allah


Monday 16 March 2015

Perjalanan dari Tamparuli ke Terminal Feri Menumbok


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum...

Sekarang ni, Nurul berada di Labuan, sedang bercuti balik kampung dan mengambil kesempatan jalan-jalan kesini, ini merupakan kali pertama Nurul ke Labuan.. driving dari kampung, Tamparuli ke Terminal Feri Menumbok mangambil masa selama 3jam dgn purata kelajuan 100km/j.. 
Perjalanan dari Tamparuli ke Terminal Feri Menumbok Sabah
Perjalanan melewati perkampungan, bukit-bukau dan jalan raya dua hala.. Keadaan jalan yang seperti ular dipalu, selekoh tajam-tajam dan ada juga kawasan yang jalannya landai dan lurus, urmm.. Time tu memang speeding.. Mengejar masa, tiket feri untuk kereta dah beli pukul 2.30pm, bertolak dari rumah pukul 11am..

Perjalanan dari Tamparuli ke Terminal Feri Menumbok Sabah

Nurul tidak dapat mengambil gambar sepanjang perjalanan sebab Nurul la drivernya.. Kita nengok gambar kereta dalam feri menuju ke Labuan, kemudian nanti Nurul akan share story ye..  :)

Perjalanan dari Tamparuli ke Terminal Feri Menumbok Sabah

 Terimakasih datang membaca ke sini, Nurul akan blogwalking soon after Nurul balik ke JB Rabu ini! C ya later k.. take care.. :D


Friday 13 March 2015

Deep thoughts # 3 : Ambillah pelajaran dari alam


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 Assalamu'alaikum...




Thursday 12 March 2015

Resipi Tapai Pulut yang sedap


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Ada sesiapa yang berminat nak mencuba membuat Tapai Pulut selepas membaca entry Nurul tentang Tapai Pulut kat SINI? Ni ada resipinye.. ce la buat :))


Resipi Tapai Pulut yang sedap
Tapai Pulut Daun Keladi



Bahan-bahan :
  • 1kg beras pulut
  • 1/2 biji ragi
  • Bekas untuk menyimpan/daun untuk membungkus


Cara membuatnya :
  • Tanak pulut. Jangan terlebih masak nanti lembik. Nisbah pulut sama dengan nisbah air 1:1
  • Selepas masak.. Sejukkan pulut. Keluarkan dari periuk dan ratakan nipis-nipis dalam bekas yang leper. Contohnya : Dulang
  • Pastikan dah betul-betul sejuk sebelum menaburkan ragi yang telah ditumbuk halus.
  • Gaulkan/terbalikkan pulut dan letak lagi ragi jika ada pulut yang tak terkena ragi. 
  • Sebaik-baiknya ayak ragi yang telah ditumbuk tu diatas pulut yang sudah sejuk.
  • Masukkan dalam bekas plastik atau bungkus dengan daun
  • Simpan lebihkurang 2 hari untuk tapai masak.

Selamat Mencuba :))

Wednesday 11 March 2015

Rabu yang bisu # 40 : Telur dan jangka masa masak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...



Tuesday 10 March 2015

Tapai Pulut Daun Keladi


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum

Pernah ke makan Tapai  Pulut yang dibungkus dengan daun keladi? keladi berdaun extra lebar ni, biasanya tumbuh meliar je, tidak ditanam, kata Mak, tak bole makan ubinye.. so far memang keladi ni cuma kita gunakan daunnye je..jangan lak memandai amik sebarangan daun keladi untuk bungkus tapai ye.. cuma daun keladi macam dalam gambar bawah ni je.. kalau takde daun keladi jenis ni, guna daun getah pun bole, Nurul pernah makan kat rumah sahabat dari Terengganu.. ok juga, adalah aroma daun getahnye kat situ.. itu yang membuatnya unik kan..


Tapai Manis Sabah yang unik


Cantik Lipatan Tapai Pulut Daun Keladi ni kan? kelihatan kemas, tebal bungkusan ni sebab daun keladi tu sangat lebar..Hihii.. tu diaaa.. daun je besar, tapainye to'eeettt jek tapi manis dan sedap :))


Tapai Manis Sabah yang unik


Di Sabah, tapai pulut mudah untuk dijumpai, apalagi kalau tiba musim tamu.. ia dijual sama darjat dengan kuih-muih yang lain macam gambar bawah ni.. 


Tapai Pulut Daun Keladi Sabah yang unik


ermacam-macam jenis kuih boleh dijumpai masa hari tamu.. kuih-muih tradisi kaum masing... kuih yang berwarna hijau dan coklat kat bawah ni adalah kuih penjaram atau penyaram kuih tradisi kaum Bajau. 

Tapai Pulut Daun Keladi Sabah yang unik
Kuih Cincin ~ Ihsan google images

Satu kuih yang sangat popular dikalangan pelancong ke Sabah adalah Kuih Cincin, kuihnya manis lemak dan sangat crunchy..kuih ini kuih Tradisi orang Brunei.. rasa sekali nak berali-kali.. wahh.. gitu! hahha..  jangan lupa mendapatkan Kuih ini kalau jenjalan ke Sabah ye :)



Monday 9 March 2015

SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum 


CLICK BANNER TO JOIN!



Assalamualaikum semua=)


Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .


Jemput join semua ye. Thanks!! =))

Tarik tamat: 15/03/15

Sunday 8 March 2015

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.
Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.
"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk mendapatkan pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.
Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Sumber: BH Online

MH370 dalam kenangan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalamu'alaikum..


Saturday 7 March 2015

Velvet Cake dari Si dia...


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  

Assalamu'alaikum...

Sesekali dapat kek dari orang tersayang ni best juga kan.. huhuu.. comel je kek ni, half kg je tu, kek nun disebalik coklat kit-kat adalah separuh dari ketinggian tu je.. atas dipenuhi coklat M&M, ceria sungguh nampak warna-warna tu.. seceria hati yang menerima ini.. hihiii :))


Velvet Cake dari Si dia...


Timekasi.. lainkali bagilah lagi... :))

RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Assalamu'alaikum...


Selamat petang semua :)) lately macam seronok plak join segmen demi segmen ni.. :))
apaa? takde idea? no laaaa... support rakan blogger la ni hihii
Jom la sesama join.. mana tau rezeki kan?


 http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/03/redbellas-segmen-keep-calm-follow-me.html
Klik banner atas untuk Join :)


Hadiah-hadiahnya:

Cenderamata daripada IKEA

~ Giveaway berakhir pada 31 March 2015  ~
                                   20 April 2015


Friday 6 March 2015

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamu'alaikum...


Jom support GA by Mama3Farhanah

 http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/03/first-giveaway-by-mama3farhanah.html

Hadiah Menarik.. mungkin rezeki ANDA.. siapa tau kan?

:: Senarai Hadiah ::
Shawl × 3 pemenang
Purse comel × 2 pemenang
Frame gambar × 2 pemenang
Note book + pensel × 3 pemenang
Keychain × 3 pemenang
Fridge Magnet × 3 pemenang
Sheseido Mask (3) × 2 pemenang
Top up RM5 × 2 pemenang


Hurry peeps! click banner :))


SEGMEN MARI TINGKATKAN "FOLLOWER BLOG"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...


Simple segment by Bonde Riang

 http://kumahuitu.blogspot.com/2014/11/segmen-mari-tingkatkan-follower-blog.html

Klik banner untuk Join :)

Tarikh segmen : 04 ~ 31/3/2015

Thursday 5 March 2015

All of me...


All of me...




Happy listening :))

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...


Semalam kita jenjalan melihat hasilan laut di Tamu Tuaran, hari ni kita jenjalan Tamu Tamparuli pula. Tamu ni diadakan pada tiap pagi Rabu, Ada antara peniaga sudah pun bersedia pada petang Selasa kerana kepayahan untuk mendapatkan pengangkutan pada awal pagi Rabu, pekebun ini memasarkan hasil titik peluh mereka sendiri, Mereka datang dari kampung-kampung terpencil, dari daerah lain, juga kawasan sekitar, harga yang mereka tawarkan memang murah,

Nurul rasa agak terkilan dan sedih bila mendengar masih ada pembeli yang menawar harga.. cian tau dorang datang dari jauh, penat memikut beban nak bawa jual kat sini..huhuu..


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Kelihatan berjenis-jenis hasil kebun tapi dalam kuantiti yang sedikit

Hasil kebun yang dipasarkan berjenis-jenis tapi dalam kuantiti yang sedikit, kerana mereka ini bukanlah pekebun sepenuh masa tapi menggunakan masa yang ada selepas menoreh getah atau bertanam padi bila tiba musimnya. Salah satu alternatif lain untuk membantu ekonomi keluarga. Ada juga hasil dari hutan, Lemiding yang berwarna merah, tegak berdiri dalam balutan daun pisang, orang semenanjung panggil Pucuk Midin.  


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Beberapa jenis beras Bukit

Antara jenis beras bukit.. urmm.. minta maaf la ye.. Nurul tak tau pulak nama beras-beras ni.. tapi beras-beras ni wangi sangat, family Nurul biasanya membeli beras ni dan dicampurkan dengan beras packet 10 atau 5kg tu. Beras bukit mereka proses sendiri, ditumbuk dalam lesung besar, ditampi dan dijual, tapi ada juga yang hantar ke kilang untuk diproses membuang kulit padi tu.


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Comel je nampak jenis2 jualan ni kann :))

Kelihatan diatas tu Gorouk (Labu kundur), Magalad (Kacang Botol), Sangop (timun).. Kodop (cendawan kukur/sisir) comelkan nama-nama sayur tu dalam bahasa ibunda Nurul? hahaa.. belajar sikit-sikit bahasa dusun.. ok kan? :) Rebung ada, bunga matahari ada, macam-macam ada...


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Buah apa agaknya? ce teka...

Sape tau buah apa yang bulat-bulat warna coklat dan yang bujur warna hijau ni? hehee.. ok2.. tau rupenye.. hihii.. yang coklat tu buah bambangan.. sedap tau buat Jeruk ni.. nanti dalam entry lain, Nurul kongsikan lebih detail ye.. yang bujur tu pula buah Belunu, orang di semenanjung panggil buah Binjai kan? buah bambangan Nurul tak pernah lagi nampak selama Nurul duk semenanjung ni.. Orang sini pun tak tau Bambangan tu ape melainkan mereka yang pernah ke Sabah.


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Ada tak yang tak kenal buah kecik-kecik bulat kuning hijau tu?

Perasan tak.. cara berniaga mereka sangat simple kan? scroll atas balik nampak.. hahhaaa.. ada antara mereka ni datang jauhhhhh dari kawasan pedalaman dan terpaksa datang petang Selasa dan bermalam disini, sebab ketiadaan atau susah mendapatkan kenderaan awal2 pagi untuk berniaga disini. Tamu ni kalau kita datang dalam pukul 10 pagi dan hampir lengang dan kebanyakan peniaga-peniaga bukan lagi pekebun tu tapi sudah dipajak dan dijual balik dengan harga yang lebih mahal.


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Jambatan Gantung Tamparuli (Tamparulis Suspension Bridge)

Kelihatan besar dan teguhkan? Takkan tak berani naik :)).. cuma ye la.. dah namanya bergantung so mestilah ia terbuai-buai apalagi bila kita sampai ditengah-tengah jambatan tu.. best! :D


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah

Kelihatan nun disana tu, kawasan lapang yang ada pondok-pondok berbumbung biru.. disitulah sebahagian dari Tamu Tamparuli, selebihnya lagi dikawasan pasar.. memang happening dan terkenal Tamu Tamparuli ni.. kalau nak merasa suasana tu, kenalah pegi awal pagi ye :)) 


Wednesday 4 March 2015

Deep Thoughts # 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Deep thought

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Sapa pernah pergi Tamu di Sabah? ok2.. ramai nampaknye yang angkat tangan.. hehee.. tapi masih ada yang turun tangan kat situ tuuu.. :)) so walaupun sorang je yang turun tangan, terpaksa la juga Nurul kongsikan gambar-gambar ni hahahaaa... Nurul nak share gambar-gambar yang Nurul rasa unik je ni.. ni dari bahagian laut dulu...jom layannnnnn.. oopss.. Tamu Tuaran ni diadakan setiap hari Ahad pagi.. ok.. jomm.. 

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah

Nurul tanye peniaga tu, siput ni apa nama.. peniaga tu kata siput Kimo.. nama saitifik jangan tanya haa.. ini dah isi siput tu, cengkerangnya dah takde.. cengkerang tu besarrr.. sebesar pinggan makan kat umah tu.. bukan kat Hotel tu tauuu.. belakang siput tu adalah rumpai laut.. biasanye dijadikan kerabu.. 

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah

Tau tak ape yang panjang-panjang tu? serupa ular pun ye juga kan? inilah dia belut.. dipercayai bole dijadikan ubat tau.. biasa dibeli dimasak sup, baik untuk luka-luka dalaman, sikit lebih kurang macam Ikan Haruan gitu lah fungsinya...

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah

Kebanyakan peniaga hasilan laut ditamu-tamu di Sabah ni adalah dari kaum wanita, dan kaum yang biasanya berniaga hasilan laut ini adalah dari kaum Samah, salah satu suku kaum Bajau, mereka ini terkenal sebagai pelaut juga penunggang kuda yang hebat.

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah

Beginilah cara mereka bermiaga masa Tamu.. simple je.. :))

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah


Nurul rasa ini yang dipanggil Lokan.. betul tak? Kulit Lokan ni dijadikan kapur, kapur yang makan dengan sireh tu.. biasa nampak mak buat dulu tu, mak cuci bersih-bersih2 kulit ni pastu masukkan dalam tin milo, tutup ketat-ketat, masa nak bakar sampah, bakar sekali tin milo tu.. esoknye, bila tin milo dah sejuk, Nurul suka tolong mak buka tutup tin milo tu, nanti nampak susunan kulit kerang tu tapi bila kita sentuh akan pecah.. dah jadi macam tepung tu :))


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah

 Berwarna-warninye ikan ni..

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tuaran, Sabah

Besarrrr... Ini Tongkol Putih kan? dari keluarga Tuna..

Sekian.. nanti sambung gambar-gambar dari Tamu bahagian hasilan kebun plak ea.. :))