Wednesday 18 September 2013

Segmen 1st Mama

Apakhabar semua?

Blogwalking hari ni membawa Nurul ke satu Blog yang baru saja Nurul kenali bloggernye semalam, Norhasniza Bt Khalid, selepas beliau meninggalkan komen pada Entry Aktiviti Hujung Minggu Wk37 walau sudah lama dalam G+ follower.. Nurul tertarik nak join segmen ni sebab segmen ni simple disamping memberi support sesama kawan blog :D



 Semoga Mama terus suksess~!

Jum terjah blog osem ni dengan klik gambar diatas^^

Rabu yang Bisu #3

Hadiah tidak semestinya dengan wang ringgit... apa yang paling bernilai dalam satu2 perhubungan adalah keikhlasan...setuju?



Tuesday 17 September 2013

Aktiviti Hujung Minggu Wk37

Selamat Hari Malaysia semua.. baru sehari berlalu, mood masih ada kan? :)

Cuti 3 hari kemana ye? Sabtu(14/09/2013) Nurul gi kebun, orang jaga kebun tu bagitau rambutan semua dah masak dan SUDAH DIPETIK!Adesss... macam paksa amik jek ni.. haha


Tidak ada pilihan... kene datang juga angkut, sampai rumah kebun nengok ade 7 karung rambutan dan yang separuh karung tu cempedak bersusun kemas depan beranda rumah, tunggu diangkut aje... adoii.. nak buat ape banyak2 gini??



Home Sweet Home... Rambutan tiba rumah dengan selamatnya..lagi duk fikir banyak ni nak buat ape ye? 2 karung dah bagi2 pada sedara-mara...lagi lebih 5 karung ni...urmm...Jeng-Jeng...


MARI...MARI.... RAMBUTAN MANIS...RAMBUTAN LONGKAH...
1KG RM2.. BELI 3KG SPECIAL RM5... MARI..MARI... (* _*)'


Yeah~!.. Aktiviti ujung minggu yang sungguh menguntungkan.. haha.. 
ala...jual murah2 je.. pekan bawah sana jual 1KG RM3.50, 3KG RM10.. ha...kan banyak jimat tu^^

Oye.. masa melihat-lihat pokok2 buah kat kebun tu, Nurul perasan pokok cempedak kena balut dengan anyaman daun kelapa macam pic bawah ni.. 


Unikkan? biasa Nurul nampak orang balut dengan kertas suratkhabar, karung plastik atau baju2 lama je...rajin sungguh Pak Agus dengan isterinya. Mereka memang sangat baik dan amanah, memang bertuah siapa yang dapat pekerja seperti mereka ni. 

Thursday 5 September 2013

Tanda-tanda hidup tak berkat

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.



1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.