Thursday 28 May 2015

Entry penghargaan CPUV Nuffnang # 2


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Urm... menyedari diri ini amat terbatas masanye menjenguk blog kesayangan ini lately.. rasa terharu pula masih ada yang sudi beriklan disini.. timekasi McDonald's Family[PC]

Entry penghargaan CPUV Nuffnang # 2

Honestly, tersuntik semangat yang hampir-jampir malap sudah.. Masih ada yang sayang.. huhuuu



Wednesday 27 May 2015

Rabu yang bisu # 43


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




Friday 8 May 2015

Masa yang tercepat atau aku yang terlambat?


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum... 

Salam pagi Jumaat everyone. rasanye macam lama betul tak update kat sini.. nak kata busy tu..  memanglah busy..huhuu.. tapi nak bagi alasan sebab busy sampai tak mampu nak mengemaskini blog ..urmm... rasa macam tak ngam plak ea.. ye laa..macamlah ko sorang yang berblog tu busy.. orang lain pun busy jugok..hihii..  tapi itulah alasan yang sebenarnya, ape yg Nurul busykan ea? flashback sat.. urmm.. kat office sibuk dengan beberapa procedure baru juga procedure lama yang baru nak dienforcekan.. hahaa.. tu dia, bahasa english yang diberi imbuhan.. not bad.. hahaa ..  memang mencabar mental betol.. rasa macam setiap titik peluh yang jatuh lately ni, sungguh berharga... erkk.. sebelumnya pun berharga juga occay.. :))



Nak dapat feeling berblog bila dah lama tak update dan blogwalking pun satu masalah juga.. takde idea atau otak masih tertumpu kat perkara-perkara yang lain? berkaitan la tu ea.. ibaratnya, badan kat sini, hati kat lain.. 


Nurul juga sebenarnya nak belajar-belajar berniaga..... bila dalam satu masa banyak sangat yang menjadi priority, memang satu cabaran untuk menguruskan masa dengan lebih effective.. boleh menghambat keinginan.. masa yang berlalu tak terasa, seolah-olah baru bangun pagi dan kena tidur lagi hahaa... dasat tak? dasat tak? balik keje, kat umah pula menunggu tugasan lain, ditambah lagi dengan planning bisnes tadi.. 
Bukan senang nak senang..kann? :))




Next week, 13 hingga 16 Mei, Nurul akan ke Vietnam.. Ho Chi Minh.. meriki-riki peluang bisnes, in shaa Allah. Doakan semoga Nurul berjaya memulakan bisnes kecil-kecilan ni ea.. timekasih banyak-banyak uolsss :))



Monday 4 May 2015

Memberi dan menerima teguran kerana Allah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Perkongsian dari seorang kawan. 
Contoh 1

1) Seorang lelaki, pakai jubah kopiah dan serban. Hisap rokok belakang masjid. Kantoi dengan orang kampung, kena ejek. Esoknya lelaki tersebut terus tak pakai jubah, kopiah, serban bahkan tak datang lagi ke masjid tapi masih hisap rokok. Alasannya, dia adalah fitnah pada agama sebab merokok.

Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang patut dia tinggalkan ialah ROKOK, bukannya tinggalkan jubah, serban, kopiah atau masjid.

Contoh 2
2) Seorang perempuan, berjubah, berniqab. Suka berselfie, tayang bodi pada ajnabi di fb, dipuja dipuji para lelaki sampai ada yang komen berahi. Komen-komen islamik memang tak ketinggalan. Kemudian ada ustaz tegur, perempuan tu terasa, esoknya dia pakai tudung pendek, niqab dibuang, pakai baju adik. Bila orang tanya kenapa dah tak pakai purdah dan tudung labuh, katanya dia tak mahu jadi fitnah pada agama sebab suka menggedik.

Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang patut dia tinggalkan ialah KEGEDIKAN, bukannya tinggalkan jubah, purdah dan tudung labuh.




Inilah hakikat manusia zaman sekarang, bila ditegur, mereka bukan jadi baik, tapi mereka pertahankan yang jahat, dan tinggalkan yang baik.


Yang menegur pun sama, bila menegur bukan untuk kebaikan, bukan untuk keredhaan Allah, tapi untuk lepaskan nafsu semata-mata sebab nampak keburukan orang lain. Mereka menegur dengan cara "buang kebaikan, dan kembali menjadi jahat".


Contohnya: "Kalau nak merokok, buang dulu kopiah tu.". Ini juga merupakan kebodohan dalam menegur, sepatutnya dia suruh buang rokok, bukan buang kopiah.


Contoh lain, kaum hijabista bebeh meleleh berkomen jiwang islamik di fb dengan lelaki ajnabi. Penegur tegur: "Kalau nak berzina, buang dulu purdahnya."


Ini adalah kebodohan, sebab yang perlu diseru ialah kepada kebaikan, bukannya seru kepada kejahatan dan galakkan perbuatan mungkar. Penegur dan ditegur, kedua-duanya bodoh.


Jadi mari kita jadi pandai dan keluar dari kebodohan. Kepada penegur, kita mengajak manusia kepada kebaikan, dan mencegah manusia dari kejahatan, bukannya ajak buat jahat dan cegah manusia dari kebaikan.


Yang ditegur pula, perlu muhasabah diri dan berubah kepada lebih baik, bukannya berubah menjadi lebih jahat, sebab Allah dah bagitahu dalam quran yang mafhumnya peringatan itu baik dan bermanfaat untuk orang mukmin. 



Jadi, kalau peringatan yang baik tu tak beri manfaat pada diri korang, bermakna korang belum lagi jadi mukmin sebenar-benar mukmin. Dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan islam.


Nota Kaki : Kebodohan dan kejahilan itu berbeza, jahil itu tiada ilmu, manakala bodoh itu lemah akal. Contoh di atas bukan untuk orang jahil, tapi untuk orang bodoh. Semua orang pun ada ilmu sekurang-kurangnya asas untuk tahu mana baik dan mana buruk, hanya kebodohan sahaja yang membezakan kita samada untuk guna ilmu tu sebaiknya atau spin bagi tunggang terbalik ikut nafsu kita



*Nurul tidak tahu penulis asal, kalau ada yang tahu sila beritahu, Nurul bagi kredit. 
Terimakasih.